Monday, December 26, 2011

Setahun Berlalu Program Bina Insan FGHT...

Jumaat yang lalu, tanggal 23 Disember, berlangsung Program Bina Insan terakhir untuk tahun masehi 2011. Sepanjang tahun 2011, kami telah melaksanakan 10 program ceramah kepada semua warga FGHT. Program yang dianjurkan merangkumi program-program berbentuk keagamaan dan juga persediaan kaunseling bagi staf menangani masalah, kerenah dan gelagat pelajar.


Antara penceramah-penceramah yang telah diundang adalah;
i) PM Dr Hj Hussin b. Salamon
ii) Ustaz Hj Ahmad Kilani b. Mohamed
iii) PM Dr Hj Ustaz Aminuddin b. Ruskam ad-Dawamy
iv) PM Ustaz Hj Ajmain b. Safar
v) Ustazah Dr Hjh Siti Norlina bt. Muhamad
vi) Ustaz Hj Ahmad Marzuki b. Mohamed
vii) PM Dr Hj Mohamed Sharif b. Hj Mustaffa
viii) Ustaz Hj Wan Hassan b. Wan Embong
ix) PM Dr Hj Hishamuddin b. Mohd Ali & PM Hj Mohamad Nor b. Said

Pada program yang terakhir, kita telah mengemukakan 2 ahli panel FGHT yang baru kembali dari mengerjakan ibadah haji. Tajuk yang kita berikan kepada mereka untuk disampaikan ialah 'Pengalaman Hujaj Sebagai Tetamu Allah'.


Alhamdulillah, kedatangan staf akademik dan bukan akademik amat memberangsangkan. Ini mungkin juga kerana kita mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada mantan AJK Badan Keluarga Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah di dalam majlis yang sama. Kedatangan dekan ke majlis ini juga turut menyumbang kepada pertambahan pendengar, saya rasa...


Dan tidak boleh dinafikan juga bilangan yang agak ramai ini disebabkan oleh mereka ingin mendengar secara 'live' pengalaman dan pengajaran yang boleh ditimba dari ahli fakulti yang baru saja pulang dari Mekah dan Madinah. Bak kata orang, berita dan cerita yang masih panas!

InsyaAllah pada tahun hadapan, kita akan menampilkan lebih ramai lagi ustaz dan ahli akademik dengan tajuk-tajuk yang kontemporari.


Ya Allah, sesungguhnya Engkau terimalah sedikit amal yang kerdil ini yang kami lakukan untuk memartabatkan agamaMU...Amin!

No comments:

Post a Comment