Friday, December 16, 2011

SBPA...

"Saraan Baru Perkhidmatan Awam", itulah maksud SBPA. Pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi, majoriti masyarakat UTM berada di Dewan Sultan Iskandar (DSI) untuk mendengar penerangan tentang SBPA. Masyarakat UTM Kuala Lumpur pula mendapat perkhidmatan secara 'live telecast' dari program yang sama.

Sistem SBPA, adalah satu sistem penggajian baru bagi menggantikan SSM, SSB, dan JKK. Pekerja kerajaan diberi masa 2 minggu, sehingga 1 Januari 2012 untuk menerima atau kekal dengan sistem lama.

Kalau dilihat sejarah lalu, tiada orang yang untung apabila mereka kekal dengan sistem lama. Setiap pembaharuan kepada sistem penggajian hanya diberi kepada mereka yang menerima opsyen sistem baru dan sistem lama terpinggir! Akhirnya, beza gaji diantara mereka yang kekal sistem lama dan mereka yang menerima opsyen sistem baru begitu jauh walaupun kemasukan mereka ke perkhidmatan kerajaan lebih kurang sama.


Pada saya, suka atau tidak, secara paksa rela kita seharusnya menerima opsyen SBPA. Dalam masa 3 tahun akan datang elaun SBPA pula akan di'revise' (kaji semula). Tangga gaji SBPA memang sudah cukup menarik, DS52 misalnya, gaji matinya lebih RM9K berbanding SSM yang hanya RM7K. DS54 lagi menarik! Dulu beza gaji mati DS52 dan DS54 hanya dua tiga ratus saja tetapi dibawah skim SBPA, gaji mati DS54 menjangkau lebih RM11K.

Cuma yang agak kurang menarik sistem SBPA ini ialah dia punya 'exit policy'. Kalau kita mendapat markah prestasi tahunan 70 atau kurang, kita boleh disuruh berhenti.

Di UTM buat masa sekarang, pensyarah begitu mudah untuk mendapat markah 70 lebih. Dan ini dikira pergerakan gaji statik dibawah skim SBPA. Ini disebabkan oleh skim penilaian baru yang menekankan kepada fenomena 'publish paper'. Mereka yang tak 'publish paper will perish'!


Di satu jabatan di sebuah fakulti UTM, majoriti mendapat markah 70 lebih kerana KJ (Ketua Jabatan)nya menilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Tiada 'corner corner'! Semuanya 'follow the book'. 'And at last', orang yang kurang produktif dari jabatan lain dalam fakulti tersebut mendapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana KJ yang menilainya lebih berpijak di bumi nyata.

Jika budaya penilaian yang sama diteruskan, maka tiada lagi orang yang 'volunteer' untuk mendengar ceramah 'Potrait of a thousand smiles' dari Pro-Canselor, ingin melakukan kerja-kerja amal seperti menerajui badan keluarga fakulti dan sebagainya. Hanya mereka yang ikhlas dan ingin berbakti demi Allah saja yang akan turun. Silap hari bulan, arahan KJ yang tidak ada kaitan dengan nilai pretasi akan ditolak oleh staf mentah-mentah! "Buat apa aku buat kerja sia-sia ini, bukan dikira markahpun..."


Apapun, saya bersetuju untuk kita memelihara mereka yang produktif dan mempunyai budaya kerja tinggi sahaja. Buat apa, kita membebankan kerajaan dengan menjaga mereka yang dikatakan sudah 'dead wood'. Tetapi sekiranya ramai atau majoriti dari jabatan itu memperoleh markah yang rendah maka saya pasti, ia bukan salah pekerja sebaliknya sistem penilaian itu yang harus diperbaiki...

Kita bekerja mencari bekalan untuk akhirat jua. Jangan kita terlampau mengejar nilaian markah demi peningkatan gaji dan terlupa berniat untuk bekerja kerana Allah. Hasil rezeki yang diterima digunakan untuk mencari sesuap dua untuk anak isteri. Imbangilah keperluan duniawi dan ukhrawi...

BEKERJA UNTUK UTM KERANA ALLAH

No comments:

Post a Comment