Tuesday, January 22, 2013

Notis Tuntutan Dari Johor Land Berhad

Semalam aku mendapat surat dari Johor Land Berhad yang bertajuk Notis Tuntutan. Perincian tuntutan adalah seperti berikut;

1) Tuntutan Denda Lewat Bayar RM3,505.21
Tolak: Pengurangan RM3,505.21

Jumlah denda yang perlu dibayar RM0.00
2) Tuntutan Kos Setem Hasil (TNB) RM10.00
3) Tuntutan Deposit Air RM90.00
4) Tuntutan Deposit TNB RM800.00
5) Tuntutan Kos Penyenggaraan Perkhidmatan RM180.00
6) Tuntutan Cukai Harta Penggal 2/2012 (sebahagian) RM13.75
7) Tuntutan Cukai Tanah Tahun 2012 (sebahagian) RM3.75
8) Tuntutan Cukai Tanah 2013 RM72.00
Jumlah Tuntutan Yang Perlu Dijelaskan RM1,169.50

Surat itu juga menyatakan bahawa pihak kami (Johor Land Berhad) telah menerima bayaran penuh harga beli harta pada 04/01/2013.

Sebenarnya, aku telah membeli sebuah harta tanah di Bandar Dato' Onn dengan menggunakan 'government loan'. Inilah rumah pertama yang aku gunakan pinjaman kerajaan. Rumah yang aku duduki sekarang adalah menggunakan 'bank loan'. 'Islamic bank loan to be exact'...

Semalam juga aku menerima surat dari Perbendaharaan Malaysia yang ditujukan kepada Bendahari UTM. Surat tersebut bertajuk ARAHAN POTONGAN GAJI. Gajiku akan dipotong sebanyak RM2,468.10 sebulan bermula April 2013. Tarikh tamat tempoh potongan ialah Dis 2042. Ha..ha..ha.. dikala usiaku 78 tahun! Masih hidupkah aku?

Walau bagaimanapun insyaAllah segala hutang rumah ini akan aku langsaikan apabila pencen nanti. Aku tidak ingin menanggung hutang apabila aku pergi... Walaupun ada takaful yang diambil untuk membayar hutang sekiranya kita pergi dahulu tetapi aku rasa lebih elok kita menjelaskan segala hutang dari membiarkannya diuruskan oleh takaful.

Selepas pencen, kita boleh guna duit 'gratuity, golden hand shake', dan sebagainya untuk menjelaskan hutang yang masih ada.

Apabila melihat kepada tuntutan dari Johor Land Berhad di atas, aku merasa agak terkilan kenapa cukai harta dan cukai tanah tahun 2012 dituntut dari kita? Sedangkan sehingga hari ini, 22 Januari 2013, kunci rumahpun aku masih belum dapat atau dengan kata lain, Johor Land Berhad masih belum menyerahkannya kepadaku. Wajarkah cukai dibayar sekiranya kita masih belum memiliki atau mendiami sesuatu premis?

Apapun aku amat berterima kasih kepada Johor Land Berhad kerana tidak mengenakan aku sebarang denda lewat bayar. Tetapi kalau difikirkan, memang patutpun ia tidak dikenakan kerana pembayaran dibuat oleh Bahagian Pinjaman Perumahan secara terus kepada pemaju. Tidak ada kena mengena dengan ku...

Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan aku dari membayar riba kepada urusan pembelian rumah yang telah dijalankan.

5 comments:

  1. Jadi macam mana jalan penyelesaiannya tuan?

    ReplyDelete
  2. Penyelesaian masalah cukai pintu dan cukai tanah ke? Bayar aje... bukan mahalpun.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah masa pergi bayar tuntutan Johor Land Berhad tadi, cukai harta & cukai tanah 2012 telah di'waive'kan. Tak payah bayar! So, tadi hanya bayar RM1,152.00 sahaja.

    Ke dia orang baca blog aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadinye hanya tggu dapat kunci la ni ye... mudah2 han diwaivekn... saya kne thn 2018 nie... 😬

      Delete
  4. waahh..untunglah.cuba tulis pasal masalah inflasi.mana tau pak menteri baca,pas tu terus keluar arahan turunkan harga barang2...he..he..

    ReplyDelete