Saturday, November 28, 2009

Adat Pinjam Meminjam...


Pinjam meminjam merupakan perkara biasa dalam kehidupan bermasyarakat. Jarang kita lihat mereka yang tidak meminjam. Tetapi saya pernah dimaklumkan bahawa ada seorang hamba Allah di sebuah fakulti UTM tidak meminjam untuk membeli rumah mahupun kenderaan kerana untuk mengelakkan daripada riba. Akhirnya, berjaya juga dia memiliki rumah dan kenderaan.

Islam menyuruh kita menulis atau mencatit peminjaman. Siap dengan saksi-saksinya... Begitu halus dan terperincinya ugama kita.... Jarang manusia yang tidak ingin menjelaskan pinjaman apabila dia berkemampuan.

Saya sendiri meminjam dari sahabat saya Prof Madya Dr Zaharuddin sebanyak RM9,800 untuk membayar pendahuluan rumah sekitar tahun 1998. Saya mencatit di sekeping kertas. Prof Madya Dr Rosbi dan seorang lagi yang saya sudah tidak ingat lagi nama dan rupanya menjadi saksi diatas peminjaman tersebut. Alhamdulillah, pinjaman itu telah saya jelaskan.

Dua tiga minggu lepas, saya dikejutkan dengan berita pinjaman RM1,000 yang dibuat oleh kakak saya kepada abang sulung saya, bagi majlis akad nikah saya pada tahun 1988 masih belum dijelaskan. Tanpa lengah, saya terus membayar RM1,500 kepada abang sulung saya. Walaupun rasanya sudah dibayar tetapi demi persaudaraan adik beradik, apa salahnya dibayar sekali lagi...

Hutang walau sekecil manapun perlu dijelaskan apabila kita mampu. Kadang-kadang kita alpa, pinjaman yang diberikan dijadikan harta sendiri.... Astaqfirullah.

Saya pernah mendengar sebuah organisasi dipinjamkan satu platform untuk membantu mangsa penganiayaan dan kezaliman Israel terhadap Palestin tetapi mereka telah menjadikan platform tersebut seperti hartanya sendiri dan tidak mahu dipulangkan kepada pemilik asalnya. Betapa tiada keberkatannya organisasi ini.... Astaqfirullahil 'Azim!

Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Allahumma, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kekafiran dan kefakiran. Allahumma, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau.

1 comment:

  1. saya pun mendengar sendiri dari s/u pertubuhan itu dalam satu taklimat beberapa minggu lepas bahawa pertubuhan itu sangat kecewa/had a very painfull experience dgn platform itu yg belot,keluar dgn hartanya sekali dan akan lebih berhati hati di masa depan dlm organisasi barunya - mesti buat legal binding dgn apa apa platform yg dibentuknya sendiri, tak boleh main percaya shj...Astaqfirullah'azim

    ReplyDelete