Tuesday, November 17, 2009

Usrahku Semasa Menjadi Pengetua Kolej Bersambung Kembali...


Alhamdulillah usrah yang pernah ku asaskan di Kolej 16 & 17 dulu, kini bersambung kembali. Jam 9pm tadi, aku bersama Firdaus dan Muhaimin memulakan kembali usrah yang pernah kami lalui lebih 2 tahun dulu.

Masa di kolej dulu, aku anjurkan usrah bagi Felo, Pembantu Felo dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM). Dari segi tempat, aku 'rotate' di rumahku dan rumah felo-felo. Ustaz Ahmad Kilani Mohamad pernah ku undang untuk menyampaikan bahan dalam usrah kami. Khabarnya, selepas aku berhenti dari menjadi pengetua, program berlangsung buat seketika dan kemudiannya mati.

Tadi kami mulakan dengan bacaan Surah Al-Baqarah 5 ayat seorang dan kemudian Muhaimin membaca maksud ayat 1 hingga 15. Seterusnya, aku menceritakan sedikit tentang kepentingan kita berusrah.

Aku tekankan sekali lagi bahawa usrah sudah tidak menjadi perkara asing lagi kerana ahli Senat UTM pernah berusrah dulu. Di Radio IKIM setiap petang Rabu, usrah dibuat secara 'life' dan pendengar boleh kemukakan soalan kepada ahli usrah.

Aku juga membentangkan 3 rukun Usrah; Taaruf, Tafahum dan Takaful yang perlu kita hayati bersama-sama.

Dan usrah kami diakhiri dengan sedikit juadah mee hoon goreng, keropok, anggur dan air teh O yang disediakan oleh isteriku. Disebabkan minggu depan, Muhaimin ingin pulang beraya di kampung, usrah kami akan diteruskan pada minggu yang berikutnya.

Sungguhpun bilangan ahli sekarang tidak seramai dulu namun aku merasa seronok kerana dapat menghidupkan kembali majlis ilmu bagi kita saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Mudah-mudahan ia berpanjangan, insyaAllah....

2 comments:

  1. Terima kasih atas Post En Wan ke blog ini. InsyaALLAH, usrah juga usaha dakwah - Muhaimin, emi21081@gmail.com / http://padi-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Min. Semoga usaha kita diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT, insyaAllah.

    ReplyDelete