Friday, November 13, 2009

Susahnya Hendak "Forward"kan Pandangan Ke Atas...


Semalam saya menulis surat di bawah, atas dasar bimbang akan nasib bangsa untuk di'forward'kan kepada perbincangan dalam internet di peringkat universiti. Tetapi seperti diduga, tidak dilepaskan oleh pihak moderator!

Kadang-kadang, susah untuk kita menyatakan pandangan apatah lagi pandangan kita tidak selari dengan perancangan 'orang atasan'. Kita diasuh dari kecil supaya menerima saja, jangan banyak soal! Kalau banyak sangat soalan, gelap masa depan...

Tulis atau nyatakan apa yang orang atas 'suka' dengar saja. Pandangan berbeza hanya hadamkan sendiri dan tidak perlu heboh-heboh. Pada saya, kalau macam inilah gayanya, lambat lagilah kita hendak menjadi negara maju....

*********************************************************************************
Assalamu’alaikum Wrth. Wkth.,

Saya tak pasti e-mail ini akan keluar ke medan bacaan tuan/puan Prof, PM, Dr, dan En., atau ia hanya sampai setakat 'screening' pihak moderator sahaja.

Saban hari, saya berfikir dan berfikir. Tetapi di mana hendak saya luahkan? Akhirnya, saya berkata kepada diri saya, elok saja saya luahkan di sini.

Mungkin ada dikalangan cerdik pandai yang mungkin terfikir seperti saya dan mempunyai jawapan dan seterusnya boleh mententeramkan jiwa saya.

Kenapa semua fakulti perlu dikecilkan bilangan kursus? Di FKSG, kemungkinan Jabatan Pentadbiran Tanah akan dijumudkan di peringkat ‘undergraduate’ dan disatukan dengan Jabatan Pengurusan Harta Tanah. Begitu juga, Jabatan Geoinformatik, Jabatan Remote Sensing akan disatukan dengan Jabatan Geomatik.

Saya dengar, FKE (kursus yang paling popular dikalangan permohonan kemasukan ke UTM) pun akan dikecilkan kepada 3 kursus. Betul ke? Fakulti-fakulti yang lainpun sama juga ke?

Cuma, yang menjadi persoalan kepada saya ialah berapa ramai ‘intake undergraduate’ yang akan kita ambik? Kalau dulu 4, 5 ribu satu sesi, dan yang akan datang mungkin hanya 2 ribu saja?

Macamana dengan peningkatan bilangan mereka yang mengambil SPM saban tahun? Dan kita dengar keputusan SPM bertambah baik ‘year after year’. Maknanya bilangan mereka yang mendapat 9A ke atas bercambah dari tahun ke tahun.

Boleh ke UiTM, semua universiti baru (UTHM, UniMAP, UMK, etc), Politeknik, Institut Perguruan menyediakan ruang untuk mereka, apabila semua universiti lama i.e USM, UM, UPM, UKM, UTM, mengurangkan pengambilan?

Saya takut kita terlalu mengejar benda yang tak pasti berguna kepada rakyat. ‘Ranking’, apa ada pada ranking sekiranya sebahagian besar rakyat kita tidak boleh masuk universiti kita. 'Research University' (RU), seorang pensyarah hanya mengajar satu subjek dan masa yang lain buat 'research'…. Betul ke? Kata orang Melayu ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'. Kalau dah 45, 50 tahun baru nak ubah, saya tak pasti pulak buluh takkan patah.

Cukuplah kita dikorbankan semasa Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Bukan sedikit menjadi mangsa… Sekarang apabila kita sudah merosakkan peluang anak bangsa kita di peringkat sekolah rendah dan menengah, kita teruskan pula di peringkat universiti.

Anak Melayu tak mampu nak masuk kolej swasta. Apa sudah jadi dengan perancangan untuk mengimbangkan bilangan jurutera, doktor, ‘lawyer’, bumiputera dan bukan bumiputera? Siapa yang buat kajian bilangan mereka di Kolej swasta, siapa majoriti? Setakat saya dok baca di akhbar, nama-nama mereka yang lulus rata-ratanya bukan bumiputera dan 2, 3 kerat saja bumiputera…

Akhir sekali, saya memohon ampun & maaf sekiranya bicara saya tidak menepati ruang di sini dan mengganggu sesiapa.

WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL

2 comments:

  1. salam...

    sy sokong dengan pendapat tuan wan..tp yg sy musykilkan, mmg sume universiti lama pun diterhadkan pengambilan ke??mcm UKM,USM...klu btol, mmg susahlah ank2 melayu selepas ni...

    mungkin kesan drpd mengurgkan pengambilan menyebabkan ramai anak2 melayu yg tak berpeluang menuntut pengajian mereka di universiti..mungkin hanya pelajar2 yg lebih cemerlang saja yg diambil disebabkan pengambilan dh terhad...jd, ape nsib pelajar2 lain yg kurang cemerlang yg juga bercita-cita utk belajar universiti...

    xsume yg mampu nk belajar di swasta...alhamdulillah,walaupun sy sudah berjaya melanjutkan pengajian di universiti,tp sy masih terpikir tentang nsib saudara2 sy yg masih diperingkat sekolah...adakah mereka mampu untuk memenuhi ruang diperingkt universiti...

    sy rasa, mungkin pihak atasan kne pikir dahulu sblm ape2 keputusan dibuat...kte pun skang dlm '1 Malaysia' kan..jd, nape bende2 mcmni diabaikan...

    wassalam...slmat ari rye aidiladha=)

    ReplyDelete
  2. this post have been post in http://rotuutm20.ning.com in title
    'TINTA Mejar Hj Wan Ibrisam Fikry Bin Hj Wan Ismail'

    Join the discussion with ning through ROTU UTM BATCH 20's discussion at:
    http://rotuutm20.ning.com/forum/topics/tinta-mejar-hj-wan-ibrisam

    ReplyDelete