Friday, April 8, 2011

Tambahan Saham Bank Rakyat Dibuka...

Saya merayu kepada orang-orang Islam supaya jangan melepaskan peluang keemasan ini! Saham Bank Rakyat sudah lama ditutup tetapi kini dibuka semula tetapi had maksimum saham yang boleh dibeli bagi setiap individu ialah hanya RM500.

Kepada yang sudah ada saham, minta tolong tambah RM500 lagi. Kepada yang belum membeli saham Bank Rakyat, minta tolong beli RM500 sekarang!

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan untuk membeli saham Bank Rakyat ini kerana beberapa sebab. Pertama, ia adalah mematuhi hukum syariah (syariah compliance) dan kedua, keuntungannya setiap tahun melebihi dari mana-mana bank dan Tabung Haji.

Saya membeli syer Bank Rakyat pada tahun 2001 kerana ingin membuat 'refinance' rumah yang saya beli menerusi Bank Standard Chartered. Pada masa itu, Bank Rakyat meletakkan syarat sesiapa yang ingin membuat pinjaman dengannya maka minima saham sebanyak RM500 perlu dibeli.

Pada tahun 2002, saya menambah lagi saham sebanyak RM6,000. Dividen pada tahun 2002 ialah sebanyak 10%. Pada tahun berikutnya, saya menambahkan saham sebanyak RM1,200 lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM8,200. Dividen pada tahun 2003 ialah 15% (10% dividen tunai dan 5% dividen syer).

Dan saham terakhir yang saya boleh tambah sebelum ia ditutup sepenuhnya ialah pada tahun 2005. Itupun saya terpaksa 'queue' dengan mengisi borang dan memaklumkan berapa banyak kita hendak menambahkan saham. Dalam borang itu, saya menyatakan bahawa saya ingin menambah sebanyak RM5,000 tetapi apabila permohonan saya diluluskan (saya dipanggil menerusi telefon), wang yang saya mampu cari, hanyalah RM1,000. Jadi 'instead of' memasukkan RM5K, saya hanya memasukkan RM1K saja.

Pada tahun 2004, 2005, dan 2006, dividennya sama iaitu 15%. Pada tahun 2007 dan 2008, dividennya meningkat kepada 20%. Kemudian, turun semula kepada 15% pada tahun 2009 dan 2010.

Saya sangat-sangat berharap agar ramai orang-orang Islam merebut peluang ini. Jangan biarkan orang bukan Islam sahaja menambahkan saham mereka. Dan saya pasti, jika tiada had diberikan maka saham-saham ini akan habis dibeli oleh mereka.

Sungguhpun begitu, saya juga ingin membuat saranan kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya menambahkan juga saham akhirat kita. Kita tidak selama-lamanya akan berada di sini. Kita akan berhijrah ke tempat asal kita yang kekal abadi.

Oleh itu, jangan dilupa untuk membeli saham-saham akhirat kita, antaranya ialah DANA HIDAYAH yang kita boleh membeli sahamnya. Bangunan sekolah agama ini masih memerlukan sumbangan! Bangunan yang menelan belanja RM1.8 juta masih dalam pembinaan. Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ini tidak mendapat apa-apa peruntukan dari kerajaan.

Marilah kita sama-sama meningkatkan saham dunia dan akhirat kita!!!

6 comments:

  1. Assalamu'alaykum,

    TOk Wae, macamana kita nak apply ni? pergi bank rakyat, nak bawok apa?

    sangat2 berminat nih...hehe~

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Zakri,

    Bawa salinan kad pengenalan 2 keping ke Bank Rakyat. Itu aje.

    Satu salinan IC disertakan bersama dengan borang untuk beli saham sebanyak RM500 dan satu lagi salinan IC untuk isi borang 'stand by' kalau kita hendak 'waiting' tambah saham.

    Kalau tak nak 'waiting' untuk tambah saham hanya satu salinan IC dah cukup. 'Waiting' ni belum tentu dapat lagi...

    ReplyDelete
  3. Siti Kholijah HashimAugust 16, 2011 at 3:57 PM

    Dah 2 tahun saya tunggu ia dibuka. Sebelum ni saya selalu cari maklumat bila saham akan dibuka... Dah beberapa bulan saya tak cari maklumat ini, rupanya ia dah dibuka sejak april... hari ni baru saya tahu.. rugi, rugi...

    ReplyDelete
  4. Camne nak tau bank rakyat buka pluang tambah saham?

    ReplyDelete
  5. Salam...jika berminat utk menjual saham bank rakyat boleh email saya di phefit3@gmail.com..putrajaya..

    ReplyDelete