Tuesday, April 10, 2012

Buat Cermin Mata Kali Kedua...

Dalam mendapatkan perkhidmatan dan barangan, kita cuba untuk dapatkan yang terbaik. Barang atau servis berkualiti pada harga yang termurah! Ada ke?

Jarang kita terus ambil barangan yang kita cuba di kedai untuk dibeli. Kita akan menyuruh tuan kedai mengambil saiz barangan yang sama tetapi masih utuh dalam kotak. Tiada siapa yang pernah 'try', atau sentuh, kecuali pihak pengeluar barangan tersebut. Itu perangai kita.


Analogi inilah yang selalu Tok Wae berikan kepada pelajar-pelajar Tok Wae... "Ingat, jangan kita mudah dibawa ke hulu dan ke hilir", tegas Tok Wae kepada pelajar-pelajar siswi.

Sama juga dengan kereta yang disediakan untuk 'test drive', akhirnya harga kereta tersebut dijual agak murah beberapa ribu.

Pagi tadi Tok Wae pergi ke kedai cermin mata 'Nice' di Taman Universiti. Cermin mata yang Tok Wae beli pertama kali dulu di Menara terjatuh dalam toilet di Markas PALAPES, UTM semalam. Harganya hanya RM38. Tok Wae, Kak Long, dan Kak Ngah, selalu menjadi pelanggan Menara kerana kedai kepunyaan orang Islam.


Cuma ada beberapa orang sahabat yang mengatakan 'spec' di Nice adalah lebih berkualiti dan terang kerana peralatan yang digunakan untuk menguji mata kita adalah yang tercanggih.

Jadi pagi tadi, Tok Wae telah menempah satu cermin mata dengan harga RM129, dan dikatakan siap pada jam 6 petang ini.


InsyaAllah, petang ini akan Tok Wae nilai sendiri adakah benar bahawa cermin mata dari kedai Nice lebih berkualiti berbanding dari Kedai Menara. Atau hanya khabaran sahaja untuk mematikan atau membantutkan perniagaan orang Islam?

No comments:

Post a Comment