Thursday, April 5, 2012

MAS Oh MAS!

Dasar Penswastaan diperkenalkan sekitar tahun 1983. Antara objektifnya adalah;
a) Mengurangkan beban kerajaan
b) Meningkatkan kecekapan dan menghasilkan mutu kerja yang lebih baik
c) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
d) Mengagihkan sumber dengan lebih cekap
e) Mempercepatkan pencapaian objektif bagi mewujudkan golongan peniaga bumiputera

MAS tidak terlepas dari menerima pakai dasar ini.


Semasa diswastakan Tajudin Ramli diberi penghormatan untuk menerajui syarikat gergasi ini. Katanya, Tajudin sudah terbukti tokoh korporat yang berjaya! Oleh itu, kita perlu memberi kepercayaan kepada orang yang seumpama ini untuk memajukan lagi kejayaan MAS sepertimana diterajui oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dulu.

Sewaktu dulu, MAS memperuntukkan saham kepada Tajuddin kerana kata Bapa Penswastaan Malaysia pada masa itu, kita sepatutnya mengagihkan saham kepada Tajuddin, barulah dia akan bekerja seperti mengendalikan syarikatnya kerana dia turut mempunyai saham dengan MAS. Kalau dia tiada saham, maka dia akan bekerja seperti makan gaji sahaja.


Pun begitu, MAS tetap gagal. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi memulihkan MAS. Mana yang dikatakan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan?

Berita malam kelmarin masih menunjukkan MAS kurang maju. Mengalami kerugian, dan kurang menyerlah perniagaannya.

Pada saya, tidak semua perkara perlu diswastakan, tambah-tambah lagi jika komoditi tersebut melibatkan kepentingan negara dan keperluan asas awam. Contohnya ialah pengangkutan nasional, tenaga elektrik, air dan sebagainya.


Banyak contoh-contoh yang kurang berjaya seperti syarikat air di kebanyakan negeri.

Kadang-kadang apabila syarikat yang mengambil alih perkhidmatan ini, mereka mementingkan keuntungan semata-mata. 'Social obligation' untuk menyediakan kemudahan asas tersebut sudah tidak menjadi agenda utama lagi. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tiada persaingan di kalangan syarikat untuk menyediakan kemudahan tersebut. Monopoli inilah yang menjadikan rakyat terpaksa membayar harga yang agak tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan.


Berbeza dengan syarikat telekomunikasi. Bila kita mempunyai banyak pilihan maka masing-masing akan cuba menawarkan pakej harga yang kompetitif dan akhirnya rakyat mendapat keuntungan.

Pencantuman Air Asia dan MAS hanya akan menjadikan ia sebagai syarikat monopoli semula.

No comments:

Post a Comment