Pesan memesan ini adalah tuntutan Al-Quran. "Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr)
Tok Wae mahukan supaya keluarga-keluarga muda merancang dari segi kewangan mereka. Ada orang kata, "Money is not everything. But everything needs money, nowadays." Jangan kita tersalah bajet, nanti 'semua' bajet lari! Banyakkan jimat cermat di awal perkahwinan...
Siapa tak ingin rumah besar, kereta besar, perabot cantik dan menarik? Tetapi anak-anak perlu mengukur baju di badan sendiri. Jangan kerana ingin memenuhi kemahuan, segala keperluan diabaikan! Anak-anak kena pandai membedakan diantara keperluan dan keinginan.
Tak semua barangan yang diingini adalah keperluan!
Banyakkan berjimat cermat. Barangan keperluan anak-anak yang bakal dilahirkan pasti memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Selepas mendapat anak pertama, perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan untuk anak-anak yang seterusnya akan berkurangan. Kebiasaannya kita perturunkan penggunaan peralatan dan barangan dari anak yang pertama kepada anak kedua, ketiga, dan seterusnya.
Yang tak kurang penting juga ialah hulurkanlah kepada kedua orang tua walaupun tak seberapa. Kadang-kadang kita merasakan bahawa abah dan ummi masih bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Maka kita kata air setitik tidak menambah menjadi secawan. Itu kata kita...
Tetapi bagi orang tua pula, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Walaupun sekecil mana pemberian kita, ia masih menjadi satu penghargaan yang cukup besar kepada orang tua. It's not the size or amount that matters but the thought that counts.
Setidak-tidaknya, jarang-jarang sekali balik ke rumah orang tua, belikan makanan kegemaran ummi dan abah!
Tok Wae rasa orang tua tak mintak pun tapi sebagai tanda penghargaan kepada ummi dan abah yang telah membesar dan menyekolahkan kita, apa salahnya memberikan mereka hadiah sekali sekala.
Anak-anak antum menjadi penghibur kepada ummi dan abah. Kadang-kadang, ummi dan abah merasakan mereka tidak sempat bersama membesarkan antum, mungkin kerana kekangan masa kerja hakiki dan kerja dakwah. Kedatangan antum bersama anak-anak ke rumah orang tua sangatlah didambakan.
Gelagat cuculah yang bakal menghibur mereka sementara usia masih ada...
No comments:
Post a Comment