Tiada orang yang menasihati Tok Wae tentang perancangan kewangan apabila Tok Wae baru mendirikan rumahtangga dulu (24 tahun yang lalu). Di sini, Tok Wae ingin mengambil kesempatan untuk memberi nasihat kepada anak-anak yang baru berumahtangga. Bukan apa, hanya sekadar ingin memberi 'tips' langkah penjimatan untuk bekal di hari tua.
Dalam posting Tok Wae bertarikh 30 Mac, 2009, Tok Wae menceritakan bahawa setiap anak Tok Wae yang berumur sebulan terus Tok Wae buka akaun Tabung Haji (TH) untuk mereka. Tok Wae juga menyarankan supaya mereka yang baru bergelar ayah dan ibu membuat perkara yang sama. Kemudian setiap bulan potong gaji terus ke akaun TH kita dan anak-anak.
Lepas itu buat tak reti aje tentang akaun ini. Jangan sekali-kali keluarkan duit kecuali 'benar-benar' terdesak! Walaupun akaun anak kita, kita sebagai penama kedua masih boleh mengeluarkan duit TH anak-anak.
Kedua, Tok Wae menyarankan supaya anak-anak yang baru berkeluarga mengambil skim Takaful. Tak kisahlah takaful diri sendiri atau takaful keluarga. Bayaran takaful ini boleh ditolak 'income tax'.
Tetapi yang lebih penting ialah ambil takaful siswa untuk anak-anak. Potongan RM50 atau RM100 sebulan bakal menyediakan sedikit bekalan untuk belanja kemasukan ke IPT nanti. Ini juga 'tax deductable'!
Ketiga, Tok Wae amat berharap supaya antum yang baru berkeluarga menyertai mana-mana koperasi atau badan keluarga, baik di tempat kerja mahupun di lokaliti perumahan.
Tujuan menyertai koperasi ialah untuk sama-sama membantu sesama ahli. Menyertai koperasi ini tidaklah boleh sangat mengharapkan dividen yang tinggi. Tetapi koperasi banyak menyediakan kemudahan pinjaman secara kecil-kecilan tanpa 'interest' dan memberikan anugerah kecemerlangan kepada anak-anak. Begitu juga badan keluarga. Setidak-tidaknya kita mengambil peduli tentang keluarga yang lain dalam organisasi kita. Badan keluarga juga kebiasaannya menyediakan anugerah anak cemerlang. Biarpun nilainya tak sebesar mana tetapi 'at least' ia boleh menaikkan semangat anak-anak untuk terus cemerlang!
Pada Tok Wae koperasi yang paling cemerlang dari segi memberi anugerah kecemerlangan anak-anak ialah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. Jika anak kita dalam UPSR mendapat 5A, maka dia akan dapat RM50; PMR 8A, dapat RM100; SPM 6A, dapat RM200; Diploma/STPM/STAM (3.5/4A/Mumtaz), dapat RM300; Ijazah Kelas Kedua, dapat RM500; Ijazah Kelas Pertama, dapat RM1,000; Hafiz Al-Quran (30 juzu'), dapat RM2,000; Master, dapat RM1,500; PhD, dapat RM2,000. Dan banyak lagi kelebihannya... Anugerah ini tidak terhad kepada anak-anak sahaja tetapi juga untuk diri kita juga. Contohnya, jika kita mendapat PhD, Koperasi Muslimin akan memberi anugerah kepada kita sebanyak RM2K.
Tok Wae menyertai banyak koperasi dan badan keluarga. Antara koperasi dan badan keluarga yang selalu Tok Wae 'claim' bila anak-anak berjaya dalam peperiksaan ialah;
a) Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
b) Koperasi UTM Berhad
c) Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
d) Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Seri, Pengkalan Chepa, Kelantan
e) Badan Keluarga Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah
Oleh yang demikian, saranan Tok Wae untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga supaya menyertai mana-mana koperasi dan badan kebajikan supaya hidup bantu membantu menjadi agenda kehidupan kita...
No comments:
Post a Comment