Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Kadang-kadang ujian diberikan untuk menyedarkan kita, kadang-kadang mungkin sebagai kafarah diatas perbuatan kita yang kurang baik, dan kadang-kadang mungkin untuk mengajar kepada kita tentang erti kehidupan.
Tetapi apapun asbab dan ibrah yang kita boleh pelajari dari peristiwa ini, ia berbalik kepada Rukun Islam kita yang ke-6, iaitu Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.
Dua hari yang lalu, cermin mata Tok Wae jatuh dalam lubang tandas. Semalam, 'hand phone' pula jatuh semasa kami berhenti minum air kelapa di Pekan, dalam perjalanan ke Kuantan.
Bila Tok Wae sedar 'phone' tak ada dalam pegangan, Tok Wae 'called' nombor Tok Wae menggunakan 'handset' kawan. Ada orang menjawab mengatakan dia juga akan ke Kuantan dan akan menyerahkan 'phone' Sony Ericson Tok Wae yang dah tak boleh ambil gambar itu di sana petang nanti. Ini berlaku tengahari semalam.
Kalau dia tidak mengatakan bahawa dia juga akan ke Kuantan, sudah pasti kami akan berpatah balik ke tempat minum air kelapa tadi.
Apabila kita sampai di tempat penginapan, M.S. Garden Hotel Kuantan, kita 'called' lagi mengatakan kita di bilik 707.
Petang waktu Maghrib, setelah kita membuat tinjaun tempat-tempat untuk Kem LAD I seperti Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Beserah, dan sebagainya, kita 'called' lagi, dia memaklumkan bahawa dia masih bermain bowling.
Kita meminta supaya dia menghantarkan telefon Tok Wae ke kaunter hotel aje, tetapi dia berkeras ingin berjumpa dengan saya. 'All in all', rasanya lebih 5 kali Tok Wae dan rakan Tok Wae menelefon nombor sendiri dan bercakap dengan si dia ni...
Pada permulaannya, kita menyangka bahawa si dia ni seorang yang jujur dan ingin menyerahkan telefon Tok Wae. Tetapi lama kelamaan, dari percakapan dengan insan melayu Islam ini, saya dapat mengagak bahawa dia ingin mendapatkan sesuatu dari saya sebagai balasan.
Kami bergerak ke Tanjung Lumpur untuk makan malam. Di Restoren Ana Ikan Bakar, saya membuat panggilan ke Celcom dan meminta pihak Celcom mematikan perkhidmatan nombor telefon saya buat sementara.
Saya pasti mesti ada sesuatu pengajaran yang Allah ingin berikan kepada saya.
No comments:
Post a Comment