Saturday, February 20, 2010

Perjalanan Ke Australia...


Petang Khamis (18 Februari), aku bersama isteri dan anak-anak kecil ke Hidayah untuk mengambil anak-anak SRIH dan SMIH sebelum menuju ke Senai Airport. Walaupun cuba mencari abang di SMIH tetapi tidak berhasil. Walau bagaimanapun, aku sudah berjumpa dengan abang semasa beliau balik bercuti Hari Raya Cina kelmarin.

Di airport, aku berjumpa dengan 2 orang lagi kawanku yang akan berangkat sama iaitu PM Dzurllkanian dan saudara Mustafa Omar. Masing-masing datang dengan keluarga masing-masing. Aku dan PM Dzurll sudah ke Belfast pada 2 tahun yang lalu, oleh itu ia sudah menjadi rutin biasa buat keluarga kami. Cuma saudara Mus merupakan pengalaman pertama beliau ke luar negera selain Indonesia. Kami bercadang ke Australia dan New Zealand untuk bertemu dengan pakar dalam bidang kajian PhD kami.

Flight dari Senai bertolak agak lewat kerana terpaksa menunggu beberapa orang yang datang lewat. Itu yang dimaklumkan oleh Kapten pesawat kami! Agak menghairankan juga apabila ini masih berlaku. Kebiasaannya, kalau bas atau keretapi, sesiapa yang lewat akan ditinggalkan aje.

Apabila kami tiba di KLIA, sekitar pukul 7.30 malam, kami terus menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara jamak serta qasar. Selesai menunaikan tanggungjawab kepada Allah, kami ke aras 2 untuk memenuhi tuntutan jasadiyah setelah mengisi tuntutan ruhiyah. Aku makan Nasi Goreng Ikan Masin... Baru dapat makan nasi untuk hari ini setelah sehari menguruskan pelbagai keperluan sebelum bertolak ke Australia. Banyak yang perlu dibuat... Antaranya, tunaikan cek wang pendahuluan di bank, beli beg, tukar duit $Australia, dan sebagainya.

Flight dari KLIA ke Sydney penuh kerana ia merupakan gabungan flight KLM, MAS dan Sri Lanka. Ini merupakan pengalaman pertama kami ke Australia. Flight bertolak jam 2240 dan mengambil masa lebih kurang 7 jam setengah. Dari segi masa, Australia adalah 3 jam lebih awal dari Malaysia. Maksudnya, apabila jam Malaysia 2240 (18 Februari), jam Australia ialah 0140 (19 Februari). Flight dijangka tiba di Sydney jam 0915.

Setelah berlepas, kami dijamukan makan malam (Supper). Selesai makan, saya menanyakan pramugari waktu solat Subuh. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan menanyakan Kapten pesawat nanti. Kebetulan, dalam pesawat ada seorang yang saya agak dari Jamaah Tabligh bersama keluarga beliau. Saya juga menanyakan beliau tentang waktu solat. Sahabat tabligh ini dengan mudah berjanji akan mengejutkan saya apabila tiba waktu Subuh. Itu yang saya tabik kepada sahabat tabligh, mereka begitu menjaga waktu solat.

Sekitar jam 0200 waktu Malaysia, pramugari datang memaklumkan kepada saya bahawa waktu Subuh ialah jam 0330 waktu Malaysia.

Selesai bertayammum, saya berjumpa dengan sahabat tabligh tadi dan beliau menunjukkan tempat solat yang 'special' yang berada di depan pesawat. Alhamdulillah, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pramugara MAS yang menjadikan sedikit ruang kecil untuk kemudahan solat. Saya agak sahabat tabligh ini mungkin berwarganegara Australia yang berasal dari Pakistan.

Selesai mengerjakan solat Subuh, saya menunjukkan tempat solat 'special' itu kepada saudara Mus.

Sangkaan saya sebelum ini meleset, rupa-rupanya ada dikalangan pramugara yang menunaikan solat. Itulah orang kata, "Don't judge the book by its cover!"

No comments:

Post a Comment