Saturday, February 20, 2010

Tiba Di Sydney Airport...


Sebelum mendarat, kami dijamukan dengan 'light breakfast'. Saya ingat, mesti breakfast yang best, nasi lemak ke, roti dengan jam ke? Memang sarapan ringan sungguh... coklat cake kecil, biskut oat, dan air teh atau kopi. Jus oren atau jus jambu batu memang sentiasa ada...

Sebelum mendarat, kita telah mengisi borang 'declaration custom' mengenai barangan yang dibawa. Saya menanyakan seorang profesor DNA yang duduk di sebelah saya samaada saya perlu 'declare noddle' yang dibawa. Beliau menjawab, "yes!" Profesor ini berkhidmat di salah sebuat universiti yang ada di Sydney. Sydney mempunyai 6 universiti kesemuanya dan hanya satu bertaraf Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Saya sempat bertanya mengenai gaji seorang profesor di sini. Beliau menjawab sekitar $123,000 setahun, lebih kurang $10,000 lebih duit Australia sebulan.

Apabila tiba di airport, begitu ramai sekali beratur untuk melepasi 2 halangan utama; imigresen dan kastam. Aku terpandang juga Prof Dr Halimaton (saintis pemenang Anugerah Merdeka) yang juga turut sama beratur.

Melepasi imigresen tidak sesusah mana... Cuma ditanya di mana kita akan menginap, berapa lama akan tinggal di Australia dan atas urusan apa kita ke sini?

Pengalaman di airport Belfast 2 tahun lalu, menghantui fikiranku. PM Dzurll lepas dengan mudah, tanpa disoal tetapi aku terpaksa membuka beg dan diperiksa satu persatu. Aku mendoakan supaya pengalaman itu tidak berulang lagi di sini!

Dalam kami beratur, tiba-tiba datang seorang pegawai kastam bernama Frank kepada ku. Dia menanyakan samaada aku membuat perjalanan persendirian atau dalam kumpulan. Aku menunjukkan 2 orang lagi kawan ku yang membuat perjalanan bersama.

Dia mengarahkan kami untuk ke kaunter pemeriksaan. Frank menjelaskan bahawa kami terpilih untuk dibuat pemeriksaan secara 'random'. Katanya, "The good thing about it is that you don't have to wait in queue."

Frank mengambil pasport dan melihat borang 'declaration' kami dan menanyakan samaada kami memahami soalan-soalan yang ditanya dalam borang tersebut. "Do you pack your bag by yourself or someone else packed it for you?", tanya Frank lagi. Kami semua memaklumkan bahawa kami tahu apa yang terkandung dalam beg kami.

Frank dengan ramah tetapi tegas menyuruh kami mengeluarkan makanan yang telah kami tanda dalam borang tersebut. Saya mendahulu kawan-kawan yang lain mengeluarkan pek Ali Tea dan maggi mee. Frank memanggil rakannya dari Unit Kawalan Kemasukan Barangan Tenusu dan Pertanian untuk memeriksa barangan yang telah kami keluarkan. Hasilnya ialah, Ali Tea, Nescafe 3 in 1 semuanya dirampas kecuali maggi. Barangan yang ada ramuan susu tidak dibenarkan!

Agak lama juga saudara Najib terpaksa menunggu kami di luar sana. Saudara Najib yang juga staf fakulti kami, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University of Wollongong telah datang untuk menjemput kami di airport.

Setelah kami keluar, kami berkesempatan untuk berjumpa dengan seorang pegawai JPA yang menunggu kedatangan 2 keluarga dari Malaysia untuk belajar di peringkat Sarjana di Sydney. Di kesempatan ini, kami menanyakan tentang penginapan di Sydney Malaysian Hall buat beberapa hari. Beliau yang mempunyai 'rapport' yang baik dengan pegawai bertugas di Malaysian Hall, iaitu Kak Hani berjaya memberikan penginapan kepada kami sehingga hari Ahad. Katanya pada hari Ahad ini segerombolan pelajar tajaan MARA akan sampai untuk belajar di Sydney.

Apabila kami sampai di Malaysian Hall, kami menjelaskan segala bayaran termasuk deposit untuk kad pintu keluar masuk. Kami juga sempat solat Jumaat bersama pelajar-pelajar lain. Malaysian Hall telah dijadikan tempat solat Jumaat setelah tempat solat di universiti ditarik balik... Kemudian kami keluar makan ke Restoren Thai hampir jam 3 petang.

Alhamdulillah, setakat ini kita masih mempunyai tempat untuk berehat sehingga Ahad. Kebanyakan hotel di Sydney penuh sehingga minggu depan kerana mereka menyambut perayaan Mardi Gras secara besar-besaran.

No comments:

Post a Comment