Monday, March 8, 2010

Berita Utama Dalam TV Auckland...


Beberapa berita dari New Zealand. Kerajaan New Zealand 'plans to increase GST'. Kita di Malaysia baru hendak diperkenalkan. Pada saya, kita perlu tiru benda yang baik-baik aje... Contohnya, tiada penyalahgunaan wang negara, ketelusan dalam pentadbiran, Bersih, Cekap, dan Amanah, dan sebagainya. Perkara yang membebankan rakyat perlu ditangguhkan dahulu sehingga ekonomi pulih.

Berita New Zealand juga 'highlight' tentang 'academic brain drain'. Ramai di kalangan para pensyarah mereka berkerja di luar negara yang membayar gaji lebih lumayan. Begitu juga dengan pelajar bijak New Zealand yang keluar belajar di negara lain.

Pagi yang nyaman di Auckland telah aku hiasi dengan solat sunat Subuh. Setelah solat Subuh, aku meneruskan tilawah harian dari ayat 106 - 141, surah Al-Baqarah. Kemudian aku susuli dengan al-Ma'thurat Sughra.

Pagi ini, aku dan kawan-kawan akan ke universiti untuk berjumpa dengan beberapa orang profesor yang berkaitan. Harap-harapnya, tiada masalah kerana kami belum membuat 'appointment' lagi. Semasa di University of Western Sydney dan Queensland University of Technology tempohari, kami telah membuat temujanji sejak di Malaysia lagi.

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang di dalam masjid-masjid Allah untuk menyebut namaNya, dan berusaha merobohkannya? Mereka itu tidak pantas memasukinya kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat mendapat azab yang berat. (Al-Baqarah; 114)

No comments:

Post a Comment