
Sukan Antara Jabatan UTM bermula kembali... Sebenarnya, ia bermula semasa aku di Australia lagi. Apabila balik ke sini pada 19 Mac lepas, 'game' badminton sudah habis. So, aku 'missed' badminton...

Kawan-kawan ajak untuk 'join' main volleyball. Katanya, sebelum aku balik, depa dah belasah Fakulti Alam Bina (2-0).

Pada 23 Mac, kami telah bertemu dengan Fakulti Bioteknologi. Sebuah fakulti baru. Namun mereka hanya turun 5 orang... Jadi, kita dapat 'walk-over' kerana depa tak nak main.

Keesokannya (24 Mac), kita lawan Fakulti Sains. Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi (FKSG) sekali lagi menang (2-1) dan dapat masuk ke peringkat 'quarter final'.

Bila 'quarter final'? Petang esok (25 Mac) dan bertemu dengan pasukan yang kita tewas peringkat 'quarter final' tahun lepas, iaitu Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pada 25 Mac 2010, FKSG telah ditewaskan sekali lagi oleh HEP dengan aggregat 2-0.

Sungguhpun tewas, aku merasa agak seronok melihat 'line-up' pemain-pemain FKSG. Hanya aku dan Hj Shaharudin yang berstatus veteran dan yang lain semuanya muda-muda. InsyaAllah, beberapa tahun akan datang FKSG bakal mencipta nama dalam acara sukan antara jabatan di peringkat UTM.

Pada 26 Mac 2010, akupun berurut dengan Hj Qamaruddin. Seorang muallaf yang telah membina kuil semasa zaman Hindunya dan sekarang membina Masjid di kampung halamannya di Indonesia.

No comments:
Post a Comment