Thursday, March 4, 2010

Selamat Tinggal Brisbane...

Alhamdulillah, seminggu di QUT hampir tamat. Pagi tadi kami telah membentangkan 'research progress' bersama pelajar-pelajar 'post-graduate' QUT yang lain sehingga jam 2.30 petang.

Selesai solat Zohor di QUT, Cik Wa membawa kami mengelilingi 'Brisbane Inner City' dengan menaiki bas percuma yang disediakan oleh pihak Majlis Tempatan Brisbane. InsyaAllah, esok kami akan bertolak balik ke Sydney. Dan lusa, kami akan terbang ke Auckland, New Zealand.

Saya amat terhutang budi kepada Ustaz Juhazreen al-hafiz sekeluarga kerana telah bersusah payah mencari tempat kediaman untuk kami. Tanpa bantuan Ju, saya tidak pasti dimana kita terpaksa tidur. Juga terima kasih diucapkan kepada isteri Ju diatas penyediaan sarapan nasi lemak tempohari.

Saya juga amat berterima kasih kepada Cik Wa diatas segala pertolongan dan bantuan semasa kami di sini. Semoga perkahwinan yang dirancangkan pada bulan Oktober ini akan berjalan lancar.

Tidak dilupakan kepada tuan rumah penginapan kami, saudara Jufri, jasa anta hanya Allah yang akan membalasnya. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua...

Sekiranya aku kembali ke sini, insyaAllah akan ku bawa isteriku bersama.

Sayonara, Auf wie der zein, Bye-bye, Adios Brisbane!

No comments:

Post a Comment