Tuesday, March 2, 2010

Hujan Turun Dari Semalam...

Pagi ini sepatutnya, kami ke Australia Zoo di Sunshine Coast. Zoo yang tidak asing dengan nama Steve Irwin, 'a crocodile hunter'. Katanya, zoo tersebut sekarang ini dijagai anak perempuan mendiang Steve yang meninggal dunia kerana tercucuk ikan 'sting ray' di dada.

Cuaca di luar nampak suram. Hujan renyai-renyai tidak berhenti-henti sejak petang semalam. Nampaknya agenda ke zoo terpaksa di 'scrap out'.

Tadi sempat berborak dengan saudara Jufri (tuan rumah yang kami sewa) sebelum beliau keluar ke tempat kerja tentang Islam, bagaimana beliau berjaya membawa isterinya kepada Islam (chinese convert), pegangan atau pandangan beliau tentang sesuatu isu, dan sebagainya.

Sebenarnya, kami mendapat jemputan makan malam di rumah Wawa malam ini. Sebagai menghargai tuan rumah kami, saya memaklumkan kepada Wawa bahawa saya juga akan membawa tuan rumah kami bersama. Wawa memaklumkan bahawa beliau juga menjemput Ustaz Juhazreen al-hafiz sekeluarga bersama.

Saudara Jufri mempunyai pendirian yang agak tegas dan beliau menolak pelawaan saya untuk makan malam di rumah Wawa. Katanya, I think it's islamically wrong to go to a sister's house for a dinner. Saya menerangkan kepada saudara Jufri bahawa she's inviting me due to the fact that I used to be her lecturer before. Perhaps, because of respect, and showing appreciation to me, she's cooking for us. After all, we'll go to her house in group. But, Juf stays with his opinion...

I respect Jufri's stand. I couldn't say more...

No comments:

Post a Comment