Tuesday, March 30, 2010

Bertegur Sapa...


Saya rasa ramai juga yang saya kenal dikalangan 'orang-orang besar' UTM. Ini adalah kerana saya pernah berkhidmat dengan pejabat HEP, baik sebagai Felo mahupun Pengetua (1996 - 2007). Saya juga penah menjadi Perwakilan dalam Mesyuarat Agung Koperasi UTM beberapa kali (2003/2004, 2006/2007, 2009). Dan saya juga adalah Pegawai Staf PALAPES UTM (1998 - Kini).

Mengenali orang-orang besar bukanlah suatu kebanggaan kepada diri saya. Tiada apapun yang pernah saya minta kepada mereka. Untuk mendapat jawatan Pensyarah Kananpun adalah hasil usaha saya sendiri disamping rezeki yang telah disuratkan oleh Allah SWT dengan 3 kali permohonan.

Ingatlah, "Barangsiapa yang ingin menyakiti atau mencederakan kamu, tiada apa yang akan berlaku kepada kamu melainkan apa yang telah disuratkan oleh Allah SWT; Dan barangsiapa yang ingin memberi manfaat atau kebaikan kepada kamu, tiada apa yang dapat diberikan kepada kamu melainkan apa yang telah disuratkan oleh Allah SWT."

Berpegang kepada prinsip ini, kita tidak merasa takut atau gentar dan mengharapkan kepada sesiapa melainkan kepada Allah jua!

Pagi tadi saya pergi minum di Taman Sri Skudai dengan seorang sahabat. Kebetulan di situ, saya berjumpa dengan Ismail Hj Arshad, bekas Timbalan Pendaftar UTM yang sudahpun pencen beberapa tahun yang lepas.

Saya memaklumkan kepada beliau bahawa Cik Hajjah Lelawati bte Anuar yang juga mantan Timbalan Pendaftar UTM telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad lepas. Beliau tidak mendapat maklumat tentang berita ini.

Apabila beliau berlalu ingin meninggalkan gerai, beliau memaklumkan bahawa nasi dagang saya dan kawan saya telahpun dibayar...

Saya rasa itu adalah kelebihan kita menyapa orang, bukan saya kenal rapatpun. Saya juga pasti beliau tidak mengetahui nama saya... Walau apapun, mudah-mudahan rezekinya bertambah dan melimpah ruah...

No comments:

Post a Comment