Saturday, March 13, 2010

DF Souvenirs Shop Di Colombo St.


Sesiapa yang datang ke Christchurch dan ingin membeli 'souvenirs' sebelum balik ke Malaysia, bolehlah datang ke kedai DF Souvenirs Shop. Kedai ini terletak di Colombo Street, dalam 'city center'.

Di 'city center', memang banyak dan bertaburan kedai 'souvenirs'. Harganya memang mahal-mahal belaka. Apatah lagi kalau kita cuba 'convert' dari matawang New Zealand ke matawang Malaysia.

Semangat bersaing antara satu kedai dengan kedai yang lain juga tinggi. Apabila saya bertanya beberapa kedai tentang DF Souvenirs Shop, semua berkata kedai 'duty free shop' sudah tutup 6 bulan lalu dan sekarang ini hanya beroperasi di airport.

Barangan di kedai DF Souvenirs Shop tidaklah semurah seperti di Paddy Market, Sydney, yang mungkin 2 kali ganda lebih murah!

Saya menaiki bas balik semula ke Riccarton Road dan berhenti makan di Restoren The Taste of Bengal. Hanya kedai makan halal selain kedai kebab di Westfield yang kita tahu. Beriani kambingnya enak sekali! Cuma harganya kurang enak, NZ$12.50 untuk sepinggan dengan air kosong.

Untuk balik ke Ascot Vale motel, saya menaiki bas semula. Tetapi bas merah bernombor 20 tidak melalui Riccarton Rd. sepenuhnya. Di pertengahan Riccarton Rd, bas ini membelok ke simpang University of Canterbury.

Saya cuba tekan loceng semasa bas membelok masuk ke simpang lain. Cuma ditakdirkan Allah, loceng yang saya tekan tidak berbunyi!

Sayapun membuat keputusan untuk duduk aje dalam bas dan biarkan ke mana saja ia pergi. Akhirnya, hanya tinggal saya seorang...

Sayapun memberitahu pemandu bas bahawa saya hendak ke Riccarton Rd. Pemandu bas dengan wajah ceria memberhentikan basnya dan turun untuk menahan sebuah bas merah lain di belakangnya.

Secara 'polite', pemandu tadi memberitahu pemandu bas merah nombor 3 bahawa saya ingin ke Riccarton Rd tetapi tersalah bas. Pemandu bas nombor 3 dengan senyuman ceria menerima saya.

Sistem tiket bas di sini agak berbeza. Kalau kita membeli tiket untuk ke suatu destinasi dan jika kita pulang dalam masa 2 jam, kita tidak perlu membeli tiket lain. Memadai dengan tiket pergi saja!

Satu lagi ialah tambang bas di sini agak lain. Walau jauh atau dekat, bayarannya tetap sama! Ini benar bagi perkhidmatan bas dalam bandar sahaja!

No comments:

Post a Comment