Tuesday, April 26, 2011

Rumahku Nyaris Dimasuki Perompak...


Asmaa Solehah sudah dua atau tiga minggu merengek-rengek. Ini bermula apabila dia demam. Kadang-kadang, ia beraksi manja yang keterlaluan.

Sejak dua tiga minggu ini, apabila dia bangun malam, dia menangis hendak air masak. Apabila diberi air masak, dia tak mahu. Dia menangis pula hendak susu ibunya... Apabila ibunya cuba menyusukannya, dia menangis tak nak... Tak tahu kita apa yang dia hendak sebenarnya.

Kadang-kadang tangisan yang agak kuat, dua tiga kali satu malam mengganggu ke'sabaran' ayah yang lena berdengkur.

Pagi ini, aku dimaklumkan Achik bahawa telingga mangga solex telah bengkok dan agak susah untuk membuka mangga. Aku dapati ada kesan cubaan untuk mematahkannya! Subhanallah!

Masa aku balik dari pejabat malam tadi lebih kurang pukul 12 tengah malam, telinga mangga ok aje, boleh dibuka dan dikunci dengan mudah.

Mungkin dengan tangisan Asmaa dan suara ibunya dan suaraku yang menegur Asmaa membuat si perompak tidak jadi untuk masuk ke rumahku. Penghuni rumah ini masih belum tidur lena lagi... Astaqfirullahal 'azim!

Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk menjauhi perkara-perkara yang tidak diingini seperti dirompak dan sebagainya.

Kalau mereka berjaya masuk ke rumahku malam tadi, aku ada duit tunai yang diambil semalam sempena hari gaji. Seribu lebih ke semuanya; ada yang hendak aku bayar isytirakat, bil kad kredit, ada hendak aku hadiahkan kepada ikhwah yang memerlukan, elaun bulanan anak-anak sekolah menengah, dan lain-lain lagi. Tidak dikira lagi trauma isteri dan anak-anak yang bakal dialami...

Aku telah membetulkan balik telinga mangga dengan penukul.

Aku hairan juga, rumah aku yang tidak berkereta besar dan berperabot mahal juga menjadi sasaran perompak.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku pada pakcik dan sekeluarga.

    Ada hikmah juga kenapa anak pakcik 'bising' setiap malam. :)

    Semoga Allah menjauhkan pakcik dan keluarga daripada musibah yang menimpa. Ameen~

    ReplyDelete
  2. salam, tokwea, pasal kunci mangga dkt grill tu org senang umpil, rasanya kalau demo tambah lagi besi yg buleh kunci sekali tiang grill dan mangganya dok sebelah dlm, susah sikit org nak cungkil. ada jual dkt giant dlm rm20/pcs ( x tau nama gapo org panggil dia -bentuk u )

    ReplyDelete
  3. Itulah 'Asim, Allah buat semuanya itu supaya kita berfikir... Banyak benda yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    Kita normally takes everything at the face value. Sebenarnya, deep down inside ada ibrah yang kadang2 kitapun tak tahu. Allah knows best!

    ReplyDelete
  4. Ok Saudara Anonymous. Jazakallah. Kawe akae gi cari di Giant.

    Kito cuba dua2, rohani & jasmani.

    Hok rohani tu kito dae anok2 kito duk baca al-Ma'thurat sokmo-sokmo doh...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semua selamat..
    Risaunye...dr jauh, mndoakan agar abah,ummi n adek2 sentiasa dalam pemeliharaan n jagaanNya, dalam n luar, hati(iman) n jasad..moga sentiasa diberi kekuatan dari Dia Yang Maha Esa..
    Moga Asmaa' cepat2 sihat, syafahallah..
    T8 care sokmo..luv u all..

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah kami sentiasa dalam peliharaan & jagaanNya. Kak Long yang kena lebih berhati2, study hard for the exam, nanti tak dapat naik tahun 4.

    Kami sentiasa mendoakan untuk Kak Long!

    ReplyDelete