Terima Kasih Semua...
Assalamu'alaikum
wrth. wkth.
Saya mewakili Pengerusi Badan Keluarga FGHT, Pengarah
Program Ibadah Qurban, dan AJK BKFGHT yang lain ingin merakamkan ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program
ibadah qurban yang julung-julung kalinya kita adakan di FGHT.
Terlampau ramai
untuk dicoretkan nama satu per satu, dari jaga lembunya, tukang
lapahnya, tukang potong daging dan tulangnya, tukang masaknya, tukang
membeli peralatan memasaknya, tukang memotong bawangnya, tukang
pembersihannya dan lain-lain lagi... Tidak ketinggalan juga kepada peserta-peserta qurban kerana tanpa
mereka kita tidak dapat menumbangkan 2 ekor lembu dan seekor kambing.
Makanan yang dimasak oleh tukang-tukang masak kita memang best! Sehingga menjilat jari...
Semoga objektif program ini untuk merapatkan hubungan sesama staf dan
mahasiswa tercapai. Dan yang paling afdal, kita sama-sama mendoakan semoga
ibadah qurban kita ini diterima Allah SWT. Masing-masing dari kita mempunyai
saham masing-masing di sisi Allah walaupun kita hanya membantu menjayakan program ini.
Saya juga selaku Ketua Biro Kerohanian, BKFGHT ingin memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya dan AJK BKFGHT yang lain sekiranya ada terkasar bahasa dan mengguris hati mana-mana pihak sepanjang program berlangsung pada hari ini.
Kita mendoakan supaya program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
Alhamdulillah..dan tahniah.
ReplyDeleteRaya Qurban juga adalah best moment bagi kami sekeluarga di sini sejak berpindah ke Batu Anam. The only time in a year Ariffin akan seboleh-bolehnya untuk bangun dan duduk di wheel chair dan menyaksikan darah lembu Qurban ditumpahkan. Momen yang sangat sentimental, kerana ini saja masa Ariffin akan ada peluang to mingle with the kampung folks-berjabat tangan, bertanya nama dan bertanya khabar. Dan juga to take our annual family photo:-).
Sadly, tahun ni Ariffin cuma dapat bertahan duduk 3 jam sahaja, tp sudah cukup manis bagi ana dan anak-anak. We still have lots more to be thankful for.
Tanah lapang di depan rumah sewa kami telah digazetkan sebagai Dataran Qurban oleh org kampung di sini. Dengan khemah segala, ana rasa at peak time we can gather more than 100 people.
InsyaAllah, ada rezeki dan umur, next year kitaorang jemput akhi sekeluarga datang ya. This year tak sempat nak invite kerana I lost yr hp number..
Azizah&Ariffin
InsyaAllah...and jazakillah for the thought.
Delete