Pada saya 11 cadangan yang diberikan untuk menjimatkan duit negara bukanlah cadangan yang rakyat marhaen nampak. Idea yang bagus tetapi ia tidak tiris ke bawah sehingga rakyat dapat menjiwainya!
Apa yang rakyat ingin lihat ialah impak atau kesan yang akan sampai kepada mereka.
Oklah potong elaun 10% tapi kita boleh buat elaun lebih banyak lagi. Tambahkan perjalanan, banyakkan perjumpaan atau mesyuarat, tingkatkan urusan di luar negara dan bermacam-macam lagi.
Pegawai-pegawai yang bukan JUSA ini, hendak pergi lawatan rasmi pun ditapis-tapis. Itu hanya ingin mendapatkan elaun tambahan dua tiga puluh sen aje. Kadang-kadang tak berbaloipun, pergi bersama pelajar naik bas. Apa yang hendak di'claim'nya? Pelajar ni... tahu-tahu sajalah kalau boleh jimat sikit, nak jimat lagi... Masa tidur dalam bas bukannya kita boleh 'claim' gantian lojing!
Pada hemat saya, kalau betul-betul kerajaan ingin menjimatkan perbelanjaan buatlah lawatan ke premis-premis kerajaan. Lawatan dibuat secara mengejut dan terdiri dari mereka yang berpangkat!
Saya pasti banyak pembaziran berlaku di setiap premis kerajaan. Yang paling 'simple' ialah pembaziran air. Kebanyakan tandas di bangunan kerajaan ada yang tidak berfungsi dengan betul. Contoh yang paling senang ialah di Blok B07, UTM.
Tandas di aras 2 dan 3, pelajar-pelajar atau mungkin staf sendiri membiarkan air mengalir kerana pamnya tidak berfungsi. Jadi untuk membiarkan najis berlalu pergi maka dibiarkan air mengalir.
Kalau di rumah kita, ibarat kata orang, rosak hari ini tetapi kelmarin dah 'repair'. Ia menunjukkan ketangkasan kita bertindak kerana ingin mengelakkan dari bebanan bil.
Ada sesetengah paip air yang ditutup rapatpun tetapi air masih keluar. Saya rasa mungkin beratus-ratus gelen air telah dibazirkan sejak tahun lepas lagi!
Bila kita membuat aduan di pejabat, kerani kata "Oh!, itu dibawah jagaan Fakulti Alam Bina..." Maka kita yang kisah sikit-sikit inipun malas nak tunjuk pandai kepada kerani. Apa salahnya, kalau engkau telefon kawan kau di fakulti sebelah untuk memaklumkannya. Takkan tak kenal sama-sama kerani.
Itu baru satu blok. Saya rasa banyak blok lagi yang bermasalah, baik di fakulti mahupun di kolej kediaman. Jarang orang ambil peduli kerana bukan duit dia yang bayar bil tetapi duit UTM.
Apa aku dapat kalau aku buat caknapun...
Semasa aku menjalani kursus di PUSWATAN dulu, aku dapati ada paip bocor tetapi tiada siapa kisah kerana mungkin pusat latihan askar tidak perlu membayar bil air. Maka mengalirlah air bergelen-gelen tanpa diguna...
Begitu juga lampu. Lampu wajib dipasang di tempat-tempat yang gelap bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi kalau lampu terpasang di waktu siang yang terang benderang maka ia adalah suatu pembaziran.
Sekali lagi, saya pohon supaya pegawai atasan membuat rondaan dan jangan mengharapkan kerani yang kadang-kadang alpa dengan tugas mereka. Kalau pegawai besar datang sekali, mungkin lepas itu dia tidak perlu datang lagi sehinggalah 3 atau 4 tahun kemudian. Yang menjadi masalah apabila orang besar tidak pernah turun walaupun sekali! Jadi orang bawah buat tak kisah aje...
Masalah tambang bas. Saya cadangkan supaya kerajaan memberi subsidi minyak kepada pengusaha-pengusaha bas sepertimana kerajaan memberi subsidi minyak kepada nelayan. Kalau boleh... bayaran tolpun dikecualikan kepada bas-bas penumpang. Dengan yang demikian, syarikat-syarikat bas tidak akan mengenakan bayaran yang mahal kepada penumpang. Persaingan yang sihat akan berlaku dikalangan pengusaha bas. Mereka akan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan harga yang kompetetif.
Sekali-sekala biarlah pak menteri menaiki bas. Jika kita tidak pernah menggunakannya, kita tidak boleh buat banyak komen. Rasailah kelajuannya ke, keselesaanya ke, kenyamanannya ataupun harganya...
No comments:
Post a Comment