Kita dengar rata-rata rakyat dalam kesengsaraan. Ada yang tak mampu membayar yuran sekolah dan sebagainya tetapi masih ada pak menteri yang sanggup menyambut hari kelahiran di sebuah hotel.
Itulah Malaysia. Pemimpin tak pernah merasa 'guilty' apatah lagi nak 'resign' dari jawatan. Lu lu punya pasal, wa wa punya pasal. Wa tak kacau lu, lu tak kacau wa!
Rakyat disuruh berhemah berbelanja tetapi pemimpin masih berbelanja macm biasa. Sebenarnya siapa yang silap. Silapnya ialah silap kita kerana tidak memilih pemimpin berjiwa rakyat.
Mereka dah lama kenyang. Dan rakyat dikenyangkan secara berkala terutama apabila mereka nampak rakyat marah.
Saya terfikir-fikir apa akan jadi sekiranya ramai di kalangan pemimpin yang mati sekarang. Bila berlaku pilihanraya kecil masih ramaikah yang mendokong dan memuji kerajaan?
Atau ramai yang mula sedar 'enough is enough'... Cuma masyarakat kita kurang berfikiran jauh. Mereka hanya memikirkan 'day to day basis'. Kalau hari ini, seseorang sanggup memberi RM100 maka mereka akan lupa bahawa itu hanya gula-gula untuk mengenyangkan mereka seketika.
Itupun pemimpin atasan hendak. Mereka suka rakyat yang sebegitu. Mudah untuk mereka tipu. Mereka tidak suka rakyat cerdik nanti mereka susah hendak 'bekerja'!
Alas, mereka kutip segala harta. Bukan hanya untuk mereka sahaja tetapi untuk anak cucu cicit mereka sekali. Kalau mereka mati hidup balikpun, mereka tidak akan sengsara seperti rakyat jelata.
Itulah pemimpin kita... Mereka ingin sentiasa berkuasa supaya mereka dapat makan isi dan kita makan kuah.
Agenda melayu sentiasa ke udara supaya kita lupa kita berbalah dengan siapa. Kita dihadapkan kepada masalah perkauman cina tetapi mereka di atas, wa garu lu, lu garu wa...
Inilah pemimpin kita...
Kalau mereka memikirkan tentang kita, itu hanya sendiwara. Yang utama mereka memikirkan untuk kumpul harta. Sebab itu, mereka ingin terus berkuasa.
Tiada lagi perjuangan Tunku Abdul Rahman. Mana ada lagi perjuangan Tun Abdul Razak? Lihat saja Tun Mahathir betapa selesanya dia. Bahkan juga anak cucu dia.
Mana mahu cari pemimpin macam Tok Guru Nik Abdul Aziz? Itulah pemimpin yang takut kepada Allah. Takut ditanya amanah yang dipikul tidak boleh dijawab.
Kita sepatutnya memilih pemimpin seperti ini... Yang sanggup berkorban demi anak bangsa dan bukannya mereka yang memburu harta.
Lihatlah harta mereka, rumah, kereta dan segalanya. Bagai ingin hidup selama-lamanya...
No comments:
Post a Comment