Didalam Rukun Islam, yang pertamanya kita mengucap dengan mulut dan dibenarkan dalam hati bahawa "Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah". Seterusnya ialah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Kemudian berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Keempat ialah mengeluarkan zakat dan yang kelima ialah menunaikan fardhu Haji di Baitullah jika mampu.
Rukun Iman pula ialah kepercayaan kita kepada Allah SWT; Percaya kepada para malaikat; Percaya kepada kitab-kitab; Percaya kepada rasul-rasul; Percaya kepada hari akhirat dan kepercayaan kita kepada Qadha' dan Qadar.
Asas Rukun Islam dan Rukun Iman ini sudah sebati dengan kita supaya kita tidak merasa sedih, gundah gulana, dan melakukan perkara-perkara yang di luar dari suruhan Allah SWT.
Kita sekali-kali dilarang dari mencabut nyawa sendiri, apatah lagi mencabut nyawa orang. Biarpun sebesar mana dan seberat mana masalah kita tetapi kita wajib bersabar menerima kenyataan.
Sekarang budaya mengambil nyawa yang telah ditugaskan Allah kepada Izrail telah semakin berleluasa dikalangan orang Islam sendiri. Ini menunjukkan betapa semakin jahilnya umat kita.
Apakah kita fikir apabila kita sudah mati maka kita akan aman di sana? Hilang dari keserabutan dan kepayahan hidup di dunia? Tidak sama sekali! Lainlah kalau kita mati syahid setelah pergi berjihad di jalan Allah menentang tentera Israel yang menganiaya saudara Palestin kita...
Pada hemat saya, para ustaz dan ustazah perlu lebih berperanan menerangkan tentang masalah ini. Kita takut nanti ia menjadi budaya kepada anak-anak muda. Kalau orang tua boleh bunuh diri, apatah lagi orang muda? Mari kita sama-sama berdoa supaya perkara yang tidak sihat ini tidak akan menular ke dalam masyarakat Islam yang kita sayangi ini.
No comments:
Post a Comment