Kita mempunyai segalanya; rumah, keluarga, kenderaan, saudara mara, sahabat handai dan segala-galanya. Tetapi tidak semua milik kita itu 'perfect' dari pandangan mata kita. Manakala orang lain apabila mereka melihat kepada kita, mereka berkata, "Alangkah seronoknya keluarga si Mat, semuanya cantik, terurus, tersusun rapi dan tiada cacat celanya".
Kita pula apabila melihat kepada keluarga si B, maka tutur kata yang sama juga mungkin keluar. Seronok dan sejuk hati melihat keluarganya yang aman damai dan bahagia. Dan begitulah keluarga B melihat keluarga yang seterusnya dan seterusnya.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah tiada kesyukuran dengan apa yang kita ada dan miliki. Semua orang punya nampak cantik dan semua yang kita punya ada aje yang tak kena...
Marilah kita banyak-banyak bersyukur dengan apa yang kita ada!
Kadang-kadang kita susah untuk menilai apa yang kita miliki dan berterima kasih kepadaNya. Betapa nikmatnya, Allah anugerahkan anak pinak yang ramai. Sebab itu, ada ayat di dalam al-Quran menyuruh kita berwaspada dengan bilangan anak yang ramai kerana ia mungkin suatu ujian buat kita. Dahlah ramai, tiada pula yang cacat cela yang memerlukan penjagaan sepanjang masa. Alhamdulillah...
Kita pula memiliki harta rumah, kenderaan dan sebagainya. Cuba bayangkan mereka yang tiada rumah dan masih hidup dengan menyewa... Cuba bayangkan mereka yang hanya mempunyai motosikal untuk ke hulu dan ke hilir... Alangkah susahnya untuk bergerak ke sana ke mari dengan jumlah bilangan ahli keluarga yang ramai. Apatah lagi dalam suasana hujan... Kepada yang tiada kenderaan langsung, lagilah sedih! Tetapi sekurang-kurangnya dia masih mampu berjalan.
Nikmat yang manakah yang engkau hendak dustakan?
Kita juga tidak mempunyai masalah untuk makan, pakai dan sebagainya. Tidak pernah anak-anak kita menangis sehari semalam kerana tiada makanan... Tidak juga pernah anak-anak kita tidak boleh keluar rumah kerana tiada pakaian...
Pun bagi sesetengah keluarga yang ada rumah, kadang-kadang rumah tak sempurna. Bila hujan, perlu membawa besen ke sana ke mari untuk menadah air yang bocor. Aku merasai keadaan rumah seperti ini semasa aku kecil dulu. Kadang-kadang 3-4 besen tidak cukup untuk menadah beberapa tempat ketirisan atap.
Rumah kita sekarang mempunyai air-conditioner tetapi rumah ibubapa kita dulu, kalau mempunyai kipaspun sudah cukup baik. Rata-ratanya kertas yang dihayun ke kiri dan ke kanan itulah yang menjadi kipas buat kita.
Rumah kita sekarang mempunyai peti ais besar. Bukan satu, bukan dua tetapi tiga! Makanan penuh di dalamnya berbanding dengan peti ais ibubapa kita yang hanya digunakan untuk menyimpan ikan supaya tidak busuk!
Nikmat manakah lagi yang engkau hendak dustakan?
Ibubapa kita kalau hendak ke mana-mana maka kakilah yang dihayunkan ke kiri dan ke kanan! Kita tidak lagi sebegitu. Kemana saja kita naik kenderaan walaupun dekat atau jauh.
Maka nikmat manakah lagi yang engkau hendak dustakan?
Itulah sebenarnya fitrah manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang ada... Semua orang punya cantik belaka dan hanya yang kita punya banyak cacat celanya.
Wahai anak-anakku, belajarlah menjadi manusia yang bersyukur! Susah payah kamu, susah lagi ayah di masa lalu.
Pada pagi ini, anakku Rasyid meminta sedikit duit untuk bayaran Kelab Badminton sekolahnya. Aku menyuruhnya untuk mengambil di dalam dompetku. Diambilnya RM50. Aku bertanya kenapa banyak sangat? Katanya untuk membeli bulu tangkis dan sebagainya.
Semasa aku kecil, usah diharap wang sebanyak itu untuk aktiviti sekolah. Duit RM50 mungkin cukup membeli ikan selar kuning selama 2-3 minggu bagi kami sekeluarga!
Ibuku yang amat ku kasihi... Pengorbananmu untuk kami adik beradik amat tinggi nilainya. Arwah ibu sentiasa memikirkan untuk menjana pendapatan. Jual kain batik berharga RM10 dengan bayaran ansuran RM1 sebulanpun diterimanya.
Apa yang arwah ibu tidak pernah jual? Jual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak... sudah biasa. Jual barangan kedai runcit, jual tikar mengkuang, jual kain, jual barangan kemas, jual sarang kuih tembaga, jual ayam itik... Semuanya arwah ibu pernah lakukan.
Itulah pengorbanan yang ibu lakukan untuk membesarkan daku dan adik beradik yang lain.
Dan peristiwa yang cukup manis bagiku apabila ibu dikhabarkan menangis apabila menerima wang hantaranku dari California. Hanya USD300 yang ku hantarkan tetapi ibu menangis kerana ibu tidak menyangka aku mampu korbankan duit biasiswaku semata-mata untuknya.
Dan satu lagi peristiwa yang amat aku terasa ialah apabila tiada siapa yang mampu meyakinkan ibu untuk ke hospital di saat-saat penghujung usianya tetapi apabila aku menyuruhnya, ibu akur dengan permintaanku.
Aku dokong ibu masuk ke kereta sepertimana ibu mendukungku semasa aku kecil dulu.
Dan akhirnya, aku mampu memandikan mayat ibu di atas ribaku...
Rabbiq firli waliwaa li dayya warham humaa kama rabbaya ni soghiraa... Ya Allah, aku bermohon kepadamu untuk menempatkan roh kedua ibubapaku bersama-sama para solehin...Amin!
AsSalam,
ReplyDeleteBaru hari ni sempat catch up with yr blog entries. Semua perkongsian yang baik-baik.
Betullah kata orang, bersyukur dan sabar tu 2 benda yg paling susah nak buat. Bila dtg angin tak bersyukur saya, saya selalu beritahu diri sendiri :"There are millions of women out there wanted to be in the place where u are now(sambil bayang perempuan kurus menggendong anak kebuluran di Africa, Sudan....". It works everytime. Ha..ha.
Keep on writing, Sir!
p/s : Jgn risau sgt pasal PhD tu. Kalau dah rezeki tak ke mana.
Zah, this phrase really mean a lot to me. "Jgn risau sgt pasal PhD tu. Kalau dah rezeki tak ke mana." I really mean it.
ReplyDeleteMoga kita semua bersabar dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Semuanya untuk menguji kita...nothing more! Cumanya kadang2 kita tak tahan diuji. It's very easy to say sabar but it's really paintful sometimes...