Kali ini aku balik kampung bersama 'Ammar dan Rasyid. Aku balik ke Kelantan menggunakan perkhidmatan Firefly. Kalau tak silap aku, ia adalah anak syarikat MAS. Seperti biasa aku telah menempah tiket ini sejak bulan Mac yang lalu untuk mendapatkan tambang yang murah. Tiket pergi balik untuk 3 orang hanya RM334. Lebih murah dari perkhidmatan bas dan keretapi. Dan lebih menjimatkan masa.
Masa itu penting! Ia tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Disamping melawat kedua orang tua (bapa dan ibu mertua) di Pengkalan Chepa, pusara kedua ibubapa dan adik beradikku di Palekbang, aku juga berjaya menubuhkan Tabung al-Qardhul Hassan keluarga Haji Wan Ismail dan Hajjah Che Zainab.
Tujuan penubuhan tabung ini adalah supaya kami, anak dan cucu arwah ayah dan ibuku dapat menyimpan wang untuk masa depan. Sekiranya mereka terdesak untuk meminjam wang di waktu kecemasan ada peruntukan yang membolehkan mereka berbuat demikian tanpa dikenakan sebarang faedah atau 'interest'.
Seramai 20 orang telah memberi persetujuan untuk bersama dengan tabung ini.
Sebenarnya telah lama aku mengimpikan hasrat ini untuk direalisasikan oleh kaum keluargaku. Aku melihat kawan-kawanku di Johor telah lama menubuhkan tabung ini dan menamakan sebagai Yayasan Si Anu bin Si Anu.
Banyak faedah hasil dari penubuhan tabung ini. Pertama, ia memupuk semangat menabung. Kedua, ia mempunyai konsep taawun atau bantu membantu sesama keluarga. Ketiga, ia menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah. Keempat, ia menyediakan perkhidmatan khairat kematian. Kelima, ia menyatukan atau merapatkan ukhuwah sesama keluarga. Dan banyak lagi.
Lama-kelamaan setelah duit tabung banyak, kita juga boleh menceburi dalam bidang perniagaan pula.
Aku merasa puas dan gembira kerana berjaya membawa idea ini kepada keluargaku. Semoga ia berjaya, insyaAllah!
Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Saturday, September 27, 2014
Saturday, September 20, 2014
Bicara Pengetua 10
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera…
Sejak kebelakangan ini kita dengar Rukun Negara
dilaung-laungkan kembali. Malah disarankan supaya semua IPT menubuhkan Kelab
Rukun Negara di kolej-kolej kediaman. Seingat saya, kita hafal Rukun Negara
semasa di bangku sekolah rendah dan dari segi penghayatan mungkin sedikit.
Apabila memasuki sekolah menengah ia sudah menjadi rutin dan apabila memasuki
universiti sudah tidak kedengaran lagi.
Dasar Rukun Negara yang dilancarkan sekitar tahun 1970 oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat
Malaysia bahawa kita mesti berpegang kepada 5 prinsip utama iaitu;
v Kepercayaan
Kepada Tuhan
v Kesetiaan
Kepada Raja dan Negara
v Keluhuran
Perlembagaan
v Kedaulatan
Undang-undang
v Kesopanan
dan Kesusilaan
Apa itu dasar? Sesebuah dasar itu digubal oleh kerajaan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada ketika itu.
Kita tahu bahawa pada tahun 1969, kita menghadapi krisis perkauman iaitu
Peristiwa 13 Mei. Tak kurang juga sekitar tahun tersebut kita menghadapi
ancaman komunis sehinggalah mereka dibawa ke meja rundingan di Baling. Bijak
tak Tun Razak dalam mengatur dasar negara?
Sudah pasti langkah memperkenalkan
dasar Rukun Negara pada waktu itu amat tepat sekali. Masyarakat perlu berpegang
pada Rukun Negara bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
Berdasarkan Rukun Negara, kita bukan rakyat Malaysia
sekiranya kita tidak percaya kepada Tuhan. Dalam akhbar kita baca sudah ada
belia remaja yang terjebak dengan budaya Black Metal yang tidak lagi
mengagungkan keesaan Tuhan bahkan mereka memuja syaitan. Dan sekiranya kita
percaya kepada Tuhan, kita tidak akan lakukan perkara-perkara laranganNya.
Berapa ramai kita baca remaja terlibat dengan seks luar nikah sehingga kerajaan
terpaksa membuat dasar baru memberi kondom percuma bagi mengelakkan penularan
gejala AIDS. Berapa ramai orang Islam yang meninggalkan solat lima waktu
sehingga ada kajian mengatakan 80% masyarakat Islam Malaysia tidak memenuhi
tuntutan solat lima kali sehari. Kita menuju kearah budaya hedonisme yang
menggalakkan hiburan semata-mata.
Setiakah kita pada raja dan negara sehingga kerajaan
terpaksa menghabiskan jutaan ringgit bagi melaksanakan Program Latihan Khidmat
Negara. Taatkah kita pada undang-undang dan perlembagaan negara yang telah
diluluskan di parlimen? Sopankah kita berurusan dengan orang tua sehingga
kempen Budi Bahasa Budaya Kita terpaksa diperkenalkan?
Pada hemat saya, amat wajar dasar Rukun Negara ini digembar
gemburkan kembali supaya kita back to basic. Kita hayati semula apa yang
disarankan oleh Tun Razak supaya kita tidak tersasar jauh dalam usaha untuk
menjadi negara maju menjelang 2020.
Kepada siswa Islam elok juga kita tinjau
atau buat revisit kepada Rukun Iman dan Rukun Islam yang kita dukungi
selama ini. Adakah ia masih padu atau kian hari kian terhakis dari pegangan?
Friday, September 19, 2014
Bicara Pengetua 9
Assalamu’alaikum
Warah Matullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Semester
baru muncul lagi. Rasakan cuti sebulan begitu cepat berlalu. Keputusan semester
lepas dahpun diketahui; ada yang meningkat dan tak kurang juga yang menurun.
Pelajar bijaksana sentiasa membuat muhasabah diri, kenapa kita mendapat keputusan
begitu?, apa usaha yang telah kita lakukan?, bagaimana strategi pembelajaran
lepas?, apakah keberkesanannya? Hasil dari refleksi diri ini kita buat strategi
baru supaya keputusan semester ini akan bertambah baik.
Sebenarnya
tak banyak yang boleh saya katakan untuk memotivasikan diri saudara-saudara.
Apatah lagi saudara-saudara adalah pelajar kanan yang telahpun berjaya
mengharungi gelora samudera tahun satu. Kejayaan melepasi tahun satu adalah
satu pencapaian. Tak semua pelajar tahun satu terselamat dari bahaya tsunami
tersebut. Pun begitu jangan pula kita leka! Langkah-langkah bijak perlu diatur
supaya kita tak kecundang di tengah jalan. Kadang-kadang pengaruh kawan yang
menyebabkan kita kurang belajar dan ingin hidup berfoya-foya. Keputusan yang
cemerlang bukan lagi menjadi matlamat tapi ingin sekadar cukup-cukup makan.
Mengikut pengalaman saya, mengingatkan penat jerih pengorbanan ibubapa dan
mengimbau kesusahan mereka menghantar kita ke universiti boleh menyuntik
kembali semangat ingin berjaya dengan cemerlang.
Mungkin juga
dengan adanya data seperti di bawah dapat melonjak aktivisme kita untuk terus
belajar dengan tekun. Data di bawah adalah bilangan pelajar-pelajar KG (Dibuang
Universiti Kerana Gagal Mendapat CGPA 2.0) bagi setiap semester dari tahun 2001
hingga 2005.
Bilangan Pelajar KG Per Semester Dari Tahun 2001 Hingga 2005 |
||
Tahun
|
Semester
|
Bilangan
|
2001
|
I
|
314
|
2001
|
II
|
112
|
2002
|
I
|
230
|
2002
|
II
|
122
|
2003
|
I
|
191
|
2003
|
II
|
92
|
2004
|
I
|
96
|
2004
|
II
|
45
|
2005
|
I
|
46
|
Jumlah
|
|
1248
|
Apa yang
menarik dari statistik di atas ialah bilangan pelajar yang “graduan awal” makin
menurun. Ini adalah satu perkara yang positif yang mana pihak TNC (Akademik)
senantiasa berusaha supaya akhirnya kita mencatit KG sifar bagi setiap
semester. Ini tak mustahil berlaku kerana pelajar-pelajar yang terpilih ke UTM
adalah mereka yang tinggi kelayakan pencapaiannya.
Saudara-saudara
yang budiman,
Ingin saya
sebutkan di sini bahawa YAB Perdana Menteri menekankan tentang Pembangunan
Insan untuk memajukan negara. Insan yang mulia tidak bertindak mengikut hawa
nafsu tetapi bersandarkan hati nurani yang berfikiran matang. Pegangan agama yang
kuat disamping budaya bangsa yang luhur dapat memartabatkan diri seseorang dan
seterusnya mengelakkan diri dari terjebak ke kancah kehancuran.
Kita lihat
ramai yang berjaya ‘academically’ tetapi gagal dalam pekerjaan.
Beberapa bulan
yang lalu, kita dikejutkan dengan pegawai tinggi di sebuah kementerian yang
sepatutnya menjaga kebajikan orang-orang kampung tapi terlibat dengan
penyalahgunaan kuasa dan melesapkan wang jutaan ringgit. Kita juga dikejutkan
dengan kes bekas menteri yang berhutang judi jutaan ringgit. Kita juga
digegarkan dengan menteri yang melakukan rasuah politik sehingga dilucutkan
jawatan. Kita juga mendengar selebriti terkenal yang sudah berkahwin tapi
ditangkap berkhalwat.
Is this the price
that we have to pay to be a developed country? Kalau saudara-saudara ingat
dalam 9 cabaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, siang-siang kita
katakan bahawa kita ingin menjadi negara maju dengan acuan kita sendiri. Tidak
model Barat dan tidak juga model Jepun atau Korea.
Kita akan
maju dengan berpaksikan kepada Rukun Negara…
Thursday, September 18, 2014
Bicara Pengetua 8
BICARA
PENGETUA
Bil.23 Semester II Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 Januari 2007
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari
Krismas kepada kawan-kawan kita yang beragama Kristian. Dikesempatan ini juga
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada mereka yang beragama
Islam. Semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakanda tersayang Nabi
Allah Ismail sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada kita. Tak perlu saya huraikan
pengorbanan Nabi Ibrahim sehingga melayakkan beliau menjadi salah seorang dari
Nabi Allah yang bergelar Ulul ‘Azmi.
Saya juga ingin mengajak saudara
mengimbau tahun 2006. Apakah yang telah kita lakukan yang mana ia menjadi tahun
yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya? Saya baru habis membaca buku My
Story oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Saya kagum dengan apa yang dilalui
oleh beliau. Beliau tak tahu berbahasa Inggeris, menggunakan bahasa Hokkien dan
mempelajari Bahasa Melayu, Kantonis dan Mandarin setelah tiba dari Negara China . Di sini
ingin saya turunkan apa yang ditulis beliau secara ‘word by word’ supaya anda
dapat menghayati personaliti beliau secara terus. Hayatilah…
Parental teachings in a traditional Chinese
upbringing have taught me to be humble, polite and respectful to others. Those
who know me know that I don’t put on airs. I can rub shoulders with tycoons and
high officials; I can also get along fine with hawkers and manual workers.
When it comes to appointments, I have a
habit of being punctual. Once I promise to meet someone, I always make it a
point to arrive 10 minutes before the appointed time. To me, all appointments
are important. I do not make excuses to cancel an appointment just because the
other party is not an important person.
When I was young, I was shy, an introvert.
By a kind twist of fate, just after leaving my native Anxi on a boat for Malaya the second time, I realized my handicap and made a
conscious effort to overcome it. I reached out positively with friendliness and
sincerity and won friends instantly. Since then, the same approach has never
failed me in interacting with others.
I live a simple life with discipline. Habitually, I
get up early but have no fixed time for going to bed. Sometimes, I stay up late
going through documents or pondering on some issues. Even in my sleep, I would
wake up with some ideas and start making notes and drawing diagrams.
I have a habit of carrying a piece of paper to record
anything that comes to my mind. It also serves as my diary for appointments and
things to do for the day. This way, I do not have to be reminded by others.
Usually, on arrival at my office, I would take it out of my pocket and start
assigning tasks orally or in writing. Upon completion of each task, I would
strike it out one by one.
Dengan
ciri-ciri seperti itu, beliau akhirnya berjaya memiliki Genting Highlands,
membuka ladang kelapa sawit puluhan ribu hektar (Asiatic), membina Bandar
Indahpura di Kulai, membuka kilang kertas, membekalkan tenaga letrik,
melibatkan dengan operasi pengeluaran minyak dan gas, dan mengoperasi beberapa buah
kapal pelancong mewah menjelajahi dunia (Star Cruises Limited). Untuk
mengetahui secara lanjut kejayaan ‘pendatang’ ini, bacalah buku beliau yang
dikeluarkan dalam 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Cina. Akhir sekali, saya
mengajak saudara sekalian supaya merancang tahun 2007 dengan bijak dan cubalah
diaplikasikan ciri-ciri Tan Sri Lim Goh Tong pada diri kita. Sekian. Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Wednesday, September 17, 2014
Bicara Pengetua 7
BICARA
PENGETUA
Bil.21 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 Oktober
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang
beragama Islam. Puasa wajib ditunaikan setahun sekali bagi orang Islam. Bulan
Ramadan ialah satu bulan yang besar darjatnya dan tinggi kedudukannya di sisi
Allah, RasulNya dan umat Islam keseluruhannya. Di bulan ini, Al-Quran
diturunkan dan padanya juga terdapat malam Lailatul-Qadar, yang mana disifatkan
oleh Allah SWT sebagai malam yang lebih utama dari seribu bulan (83 tahun).
“Wahai
orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
yang telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu daripada kamu, moga-moga
kamu bertaqwa. (Puasa itu) adalah untuk beberapa hari saja.” (al-Baqarah:183).
Puasa pada asalnya diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu pada tiap bulan
selama tiga hari sejak zaman Nabi Nuh a.s. sehingga dimansuhkan oleh Allah
dengan puasa bulan Ramadan.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Cubalah kita renungkan betapa
mulianya bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain sehingga para sahabat Nabi
merindui kedatangannya dan menangisi pemergiannya. Ada yang mengharapkan bulan Ramadan
berterusan sehingga setahun. Mereka menghiasi rumah mereka untuk menyambut
Ramadan Al-Mubarak ini. Kelebihan-kelebihan Ramadan tentulah banyak sekali
tetapi dengan adanya malam Lailatul-Qadar saja sudah cukup untuk menunjukkan
kemuliaan bulan ini dari selainnya. Sebabnya ialah apa saja perkara baik yang
kita lakukan menepati malam itu, maka pahalanya akan berganda-ganda sesuai
dengan amalan 83 tahun lamanya, yang mana umur manusia hari ini jarang-jarang
sampai ke tahap itu.
Selain faedah keampunan, ganjaran
pahala dan sebagainya, melalui berpuasa kita mendidik jiwa dan rohani kita
dengan sifat-sifat sabar, zuhud dan mengingat kepada orang yang kurang bernasib
baik dari kita. Kita dapat mendidik jiwa dan rohani kita supaya sentiasa insaf
dan bertimbang rasa kepada sesama manusia, memelihara hawa nafsu dari
sifat-sifat yang keji dan perasaan yang tidak mencukupi, dan mengajar diri agar
menjadi suci dan luhur dan lain-lain lagi dari sifat-sifat yang terpuji di sisi
Allah dan RasulNya.
Berpuasa
juga bertujuan untuk mengekang keinginan hawa nafsu. Ini bertepatan dengan
sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Wahai
para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang sanggup menanggung kewajipan maka hendaklah
ia berkahwin, dan barangsiapa yang belum sanggup maka hendaklah ia berpuasa,
kerana puasa itu dapat menahan nafsu”. (Bukhari
& Muslim).
Akhir
sekali saya menyeru kepada saudara-saudara untuk mempertingkatkan amalan di
bulan yang barakah ini. Mudah-mudahan tarbiah Ramadan ini dapat mendisiplinkan
kita dalam apa jua perkara. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan
maaf bagi diri saya dan staf sekiranya ada kesalahan dan tutur kata yang
menyinggung perasaan. Selamat BERPUASA & Selamat Berhari Raya. Sekian.
Wassalam.
Ramadan… “… ia adalah satu bulan di awalnya rahmat, di tengahnya
keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka…”
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Tuesday, September 16, 2014
Bicara Pengetua 6
BICARA
PENGETUA
Bil.19 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 Ogos
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Kemerdekaan…
SUKAM XIV masih hangat. Semua kolej cuba memburu
sebanyak mungkin pingat. Kolej kita setakat ini berjaya meraih 2 pingat emas
(larian 5000m & 1500m) dan 2 pingat gangsa (larian 100m & 200m) dalam
acara olahraga. Harapan kita pada tahun ini, lebih banyak piala dapat dibawa
pulang untuk dipamerkan dalam almari buat tatapan umum. Pada tahun lepas, hanya
piala pusingan bolasepak pantai dapat kita pegang selama setahun.
Pada bulan ini juga kita akan
menyambut bulan kemerdekaan. Selama sebulan kita rayakannya, bermula dari
pertengahan Ogos hingga ke pertengahan September. Saya menyeru kepada semua
siswa supaya menghargai dan menghayati erti kemerdekaan. Negara kita sudah
merdeka selama 49 tahun. Merdeka dari penjajahan British dan bergerak menuju ke
era negara maju menjelang 2020.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Sedar tak kita, negara Palestin dan
Lubnan telah dimusnahkan kemerdekaan mereka angkara Israel durjana. Lebih
menyedihkan lagi, serangan yang dibuat diberi laluan oleh negara-negara barat,
terutamanya negara yang menjajah kita 49 tahun lalu iaitu Britain dan sekutunya
Amerika Syarikat. Negara Palestin yang telah menjalankan pilihanraya mengikut
kerangka demokrasi dan rakyatnya telah memilih HAMAS untuk membentuk kerajaan
tetapi dinafikan oleh Israel, Amerika dan sekutunya. Lihatlah betapa tidak
bertamadunnya mereka yang bergelar negara demokratik yang cuba menyerap
demokrasi ke pelusuk dunia lain. Apabila Palestin melaksanakan demokrasi
melalui pilihanraya dinafikan pula.
Seluruh dunia menyelar serangan
Israel ke atas negara Palestin dan Lubnan. Sungguhpun kita lihat, serangan
udara itu telah mengorbankan beratus-ratus nyawa, lebih-lebih lagi kanak-kanak,
wanita dan orang tua. Tetapi tiada siapa yang berani untuk melakukan sesuatu.
Serangan Israel ini telah menyalahi peraturan peperangan konvensional yang mana
kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua sepatutnya tidak boleh dibunuh. Askar
hanya berperang dengan askar. Tetapi bangsa yahudi ini sejak dari zaman dulu
lagi tidak pernah mengikut arahan malah nabi-nabipun dibunuhnya mereka.
Badan
pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Organisation
of Islamic Countries (OIC) dan lain-lain senyap seribu bahasa. Kadang-kadang
terdengar juga kata-kata mereka tapi sekadar melepaskan batuk di tangga.
Senario yang menarik ialah apabila semua pertubuhan politik di Malaysia, baik
kerajaan mahupun pembangkang dan NGO bersatu hati mengutuk Israel dan
sekutunya. Pun begitu, hati kecil ini merasakan betapa kerdilnya kita, apabila
Amerika bersuara bahawa Osama bin Laden itu jahat, Dr. Azahari bin Hussin itu
pengganas maka tanpa lengah kita bersama menyetujuinya dan cuba menangkapnya.
Tapi apabila kita kata Israel itu pengganas, pihak Barat hanya diam membatu.
Bunuhlah orang tua, bunuhlah wanita dan bunuhlah anak-anak Palestin dan Lubnan.
Tidak mengapa, Amerika, Britain, biarkan saja Israel durjana bermaharajalela...
Fikirlah
saudara-saudara, betapa “double standard”nya Barat dalam mengamalkan demokrasi.
Betapa “double standard”nya Barat apabila melabelkan seseorang. Mereka
menggelar Osama sebagai terrorist tetapi askar Israel yang membedil
kanak-kanak, wanita dan orang tua bukan “terrorists”. Saya menyeru
saudara-saudara supaya ada sedikit perasaan perikemanusiaan terhadap masyarakat
Palestin dan Lubnan. Sekiranya terdaya berilah sumbangan sekadar mampu.
Setidak-tidaknya, panjatkan doa pada Ilahi supaya Allah menjaga masyarakat
Palestin dan Lubnan. Sekian. Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Monday, September 15, 2014
Bicara Pengetua 5
BICARA
PENGETUA
Bil.22 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 November
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Alhamdulillah kita telah berjaya menjalankan Rukun
Islam yang ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadan. Sekarang ni, kita
sibuk beraya di sana sini. Jangan lupa jamuan raya HEP di tepian tasik pada 6
November ini. Semua dijemput hadir, baik yang beragama Islam mahupun mereka
yang berlainan agama.
Dalam sibuk beraya, jangan pula lupa
untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Bonus atau ganjarannya amat besar
sekali, iaitu pahala berpuasa selama setahun. Rugi kalau kita tak buat extra assignment ini! Kita doakan semoga
kita dapat menemui lagi Ramadan di tahun hadapan.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Bulan ni juga tak kurang pentingnya
dari segi persediaan akademik. Saudara-saudara akan mula menempuh peperiksaan
akhir. Sudah banyak kali kita menempuhnya, lebih-lebih lagi yang dah final year. Ada yang kali ke lapan, ke
sembilan, ke sepuluh, ke sebelas dan sebagainya. Macamana persediaan kita?
Adakah sama dengan kali pertama kita tempuhinya dari segi preparation?
Saya pasti ia berbeza…
Persediaan yang perlu dibuat ialah pertama mengulangkaji matapelajaran
tersebut. Mengulangkaji ini boleh dilakukan secara individu mahupun
berkumpulan. Sekiranya secara berkumpulan, pastikan anda membaca dahulu sebelum
berbincang dengan kawan-kawan. Kedua,
dapatkan past year questions dari
kawan-kawan ataupun dari pensyarah berkaitan. Cuba jawab soalan-soalan tersebut
dan sesetengah fakulti ada menyediakan contoh skrip jawapan. Jika ada mana-mana
soalan yang tidak faham, make a point to
see the lecturer. Lecturer likes student asking questions. Kalau tak ada
soalanpun elok juga jumpa kerana kemungkinan pensyarah akan beri tips tentang apa yang akan masuk final. Ketiga, pastikan tubuh badan kita sihat dan lakukan senaman kerana
tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Tidur perlu cukup dan elakkan
dari berbual-bual kosong hingga larut malam. Keempat, pastikan segala usaha disusuli dengan doa. Usaha tanpa
meletakkan pengharapan kepada Allah belum pasti berjaya. Banyakkan solat-solat
sunat disamping solat fardu yang dilaksanakan secara berjamaah. Kelima, minta maaf kepada rakan-rakan
jika ada salah dan silap. Makan minum minta dihalalkan. Keenam, patuhilah peraturan baik peraturan asrama mahupun peraturan
universiti. Last but not least is to
ask your parents to make doa for you.
Berikan tarikh-tarikh exam kita
kepada mereka. Ibubapa tak lokek untuk berdoa bagi kejayaan anak mereka.
Sesungguhnya perjuangan kita untuk mendapatkan segulung ijazah adalah salah
satu jihad.
Akhir
sekali saya sudahi dengan satu hadis;
Narrated ‘Abdullah bin Mas’ud (RA): I asked
Allah’s Messenger (SAW), “O Allah’s Messenger! What is the best deed?” He replied,
“To offer the Solat (prayers) at their early fixed stated times.” I asked,
“What is next in goodness?” He replied, “To be good and dutiful to your
parents.” I further asked, “What is next in goodness?” He replied, “To
participate in Jihad in Allah’s Cause.” I did not ask Allah’s Messenger (SAW)
anymore and if I had asked him more, he would have told me more. (Sahih
Al-Bukhari, Vol. 4, Hadis No. 41).
Selamat
Berpuasa 6, Selamat Berhari Raya & Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir.
Sekian.
Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Sunday, September 14, 2014
Bicara Pengetua 4
BICARA
PENGETUA
Bil.23 Semester II Sesi 2006/2007 Kolej 16
& 17 Februari 2007
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Saya
rasa banyak perkara kita terlepas pandang dari segi tatacara kehidupan sopan
dewasa ini. Tak kurang kita baca di akhbar-akhbar tentang kebejatan sosial yang
melanda generasi kita. Kadang-kadang, saya nampak sesetengah akhbar suka
mensensasikan berita. Tak tahulah apa strategi mereka atau apa yang ingin
diterapkan kepada minda generasi kita. Cerita-cerita rogol dihalusi dengan
terperinci supaya pembaca dapat menggambarkan keadaan perlakuan mereka.
Seolah-olah mengajak kita mencuba atau mengajar bagaimana ingin dilakukan
perkara yang sumbang itu. Pada saya sekiranya matlamat untuk melariskan jualan maka
ia amat tidak berbaloi untuk dipertaruhkan. Etika kewartawanan harus diikuti
dan ditegakkan. Kerosakan akhlak atau kejatuhan tamadun lebih tinggi nilainya untuk
dijudikan. Gambar-gambar artis, kadang-kadang sudah tidak nampak beza pegangan
agamanya. Fesyen berkemban yang menjadi pakaian generasi 70an semasa ke perigi
telah menjadi ikutan, cuma bezanya jenis kainnya saja!
Kita
yang berada di Menara Gading tak ketinggalan dari segi mengikut fesyen masa
kini. Kadang-kadang melangkah ke dewan atau bilik kuliah merupakan satu
tempat untuk memperagakan ‘fashion show’. Baju-baju yang singkat sehingga
menampakkan pusat sudah tidak asing lagi. Puas pihak HEP mengeluarkan poster
dan peraturan bertulis supaya diikuti, namun masyarakat amnya tidak
mempedulikannya. Poster warna-warni hanya sekadar menghiasi dinding-dinding
fakulti dan pejabat kolej!
Apa
harus kita lakukan? Adakah kita biarkan saja supaya lama kelamaan menjadi ‘norm’
kehidupan dan kemudian menceduknya menjadi sebahagian dari budaya kita? Banyak
perkara yang dahulunya bertentangan dengan adat budaya rumpun kita tapi
sekarang sudah tidak asing lagi. Contohnya yang paling mudah ialah minum air
dari botol. Kalau dulu tiada yang minum air tanpa cawan atau gelas kerana
dianggap biadap. Nah sekarang dari sekecil-kecil orang sampai ke sebesar-besar
orang melakukannya.
Sheikh Abdullah Nasih Ulwan mengupas
panjang lebar tentang bencana pakaian wanita yang menjolok mata. Beliau menulis;
Semua ini akan menarik perhatian
anak-anak muda remaja belasan tahun dan orang-orang dewasa. Mereka tidak mampu
melawan fitnah si cantik manis yang terdedah setengah badannya. Semua itu tentu
sekali mengganggu urat saraf, merosakkan akhlak, serta menghalang mereka dari
bekerja bersungguh-sungguh.
Beliau
juga menyentuh tentang bahaya filem-filem berunsur jenayah dan seks. Ujar
beliau, “Di antara gejala-gejala barat yang akan menyelewengkan anak-anak, dan
menyerahkannya kepada kejahatan dan penjenayahan serta berkelakuan pincang dan
kerosakan moral ialah membiarkan mereka menonton filem-filem lucah, atau
cerita-cerita polis dan gangster. Kemudian mereka membaca pula majalah-majalah
lucah dan cerita-cerita yang menaikkan nafsu. Semua ini adalah menarik kepada
penyelewengan dan penjenayahan, dan dia juga merosakkan akhlak orang-orang tua,
apatah lagi dengan anak-anak kecil yang baru mencapai usia belasan tahun”. Tegasnya
lagi, wajib bagi si ayah atau pendidik atau orang yang bertanggungjawab
melarang anak-anak mereka pergi menonton filem-filem seks dan filem-filem
detektif yang lucah. Sesungguhnya pembacaan atau penontonan ini akan
membahayakan aqidah serta menarik mereka kepada kerendahan moral dan jenayah. “Wahai
orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api
neraka.” (At-Tahrim: 6). Sekian. Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Friday, September 12, 2014
Bicara Pengetua 3
BICARA
PENGETUA
Bil.25 Semester II Sesi 2006/2007 Kolej 16
& 17 April 2007
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Peperiksaan
Akhir menjelang kembali. Seperti semester-semester lepas, pesanan saya tetap
sama. Pertama, anda semua perlu membuat revision,
kalau boleh dalam kumpulan. Discussion
in a group is much better, boleh saling ingat mengingati. Kedua, masih tak
lewat untuk bertanya pensyarah mana-mana bahagian yang tak faham. Tapi jangan
pulak semuanya tak faham. Make a point to
see the lecturer, he won’t bite you! Kalau anda bernasib baik, mungkin
pensyarah anda akan reveal tips atau
beri hint apa yang akan keluar dalam final.
Past year
questions perlu dilihat supaya dapat memberi petunjuk corak soalan yang
akan keluar! Silap-silap haribulan, soalan sama dengan sedikit modifikasi keluar
balik. Jaga kesihatan. Riadah
setiap petang secara sederhana menyihatkan badan dan membolehkan kita belajar
di malam hari. Badan Sihat Otak Cerdas! Kesihatan penting dijaga. Tidur mesti
mencukupi dan kalau boleh cuba elak dari belajar atau berbincang sepanjang
malam. Berilah tubuh kita haknya untuk berehat. Pemakanan berkhasiat
amat perlu kerana we are what we eat.
Keluar ke bandar menaiki kenderaan sendiri perlu dikurangkan. Ia penting bagi
mengelakkan kemalangan yang tidak berbau.
Jangan membuat rakan atau kawan terganggu dengan
telatah kita. Jaga tatatertib kerana kesilapan yang kecil dikala semua orang
‘tension’ akan menjejaskan emosi. Peraturan asrama mesti diikuti dan dipatuhi.
Kita tak nak, kerana saman ia menghantui fikiran anda di hujung semester,
dikala duit hanya cukup-cukup untuk makan. Jangan tambah beban anda dengan
perkara-perkara yang ‘unnecessary’.
Dirikan solat pada
waktunya dan kalau boleh secara berjamaah. Sebatikan diri dengan doa ke hadrat
Allah SWT setiap kali lepas solat. Solat-solat nawafil (sunat) dan puasa sunat
elok diperbanyakkan jika mampu. Sesungguhnya Allah SWT amat mendengar doa hambaNya
dan Dia adalah sebaik-baik pendengar dan pemberi pertolongan. Jangan lupa untuk
menghubungi ibubapa untuk memberi tarikh-tarikh Peperiksaan Akhir anda. Sudah pasti mereka akan menyelitkan
doa kepada anda setiap kali mereka berdoa selepas solat.
Minta ampun dari kesalahan kepada Allah
SWT, ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan anda. Diri anda yang diampuni dosa
adalah lebih disenangi oleh manusia apatah lagi Tuhan. Last but not least, Jangan Bawa Masuk Nota Dalam Bilik Atau Dewan Kuliah!
Akhir sekali dikesempatan ini, saya
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan JKM,
mantan-mantan JKM, dan AJK-AJK lain yang pernah berkhidmat dengan saya. Anda
telah banyak membantu dalam membangunkan Kolej kita. Segala teguran saya, baik
secara tegas mahupun berlapik adalah demi untuk mendidik dan memperbaiki diri
anda. Jika ada nasihat saya yang baik, jadikanlah ia sebagai tauladan. Dan jika
ada layanan saya dari segi tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan,
berbanyak kemaafan saya pohonkan. Saya tidak menyimpan dendam dan perasaan
benci pada sesiapa. Kepada mereka yang tamat belajar, saya doakan anda Selamat
Maju Jaya. Dan kepada yang masih di Kolej 16 & 17, saya doakan semoga anda
juga akan turut berjaya. Polisi atau perkara baik yang saya buat di kolej ini,
diharapkan ianya akan diteruskan. Saya juga ingin memohon kemaafaan buat diri
saya dan famili jika ada kesalahan dan kesilapan, baik secara sengaja mahupun
tidak sengaja. Sekian.
Wassalam.
Selamat Menempuh Peperiksaan & Salam Perpisahan
KAPT HAJI
WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Thursday, September 11, 2014
Bicara Pengetua 2
BICARA
PENGETUA
Bil.18 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 Julai
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Selamat kembali kepada warga kolej dan selamat
datang kepada mereka yang baru bersama kita. Saya rasa banyak sekali pengalaman
dan pengajaran yang diperolehi sepanjang cuti semester baru-baru ini. Untuk
pengetahuan warga kolej, kita telah menjalankan program Khidmat Siswa di
Bachok, Kelantan pada 3 hingga 11 Jun 2006. Hasilnya amat memberangsangkan,
baik dari perbualan masyarakat kampung mahupun ulasan pelajar-pelajar SMK Badak
dan SRK Chantum. Kalau kita hayati lagu Keunggulan Terbilang, Perkhidmatan
Kepada Watan adalah salah satu agenda UTM dalam memartabatkan bangsa disamping
Perundingan, Penulisan, Pengajaran dan Penyelidikan. Semasa cuti baru-baru ini
juga, Kolej telah menambahkan satu lagi kemudahan sukan iaitu padang bola
tampar pantai yang berada di antara Blok XB1 dan XB2. Gunakan kemudahan yang
disediakan dengan sebaik yang mungkin.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Di sini saya ingin menarik perhatian
tentang beberapa perkara yang akan berlaku pada semester ini. Pertama, SUKAM
XIV akan berlangsung bermula dengan pelancaran pada 19 Julai ini. Saya berharap
saudara dapat mengambil bahagian dan membentuk pasukan terbaik yang kita ada.
Pada tahun lepas, kita menjadi Johan bagi acara Bola Sepak Pantai, meraih Naib
Johan bagi acara Olahraga, Sepaktakraw, Bola Sepak, Bola Keranjang dan
Orienteering dan pada tahun ini saya berharap kita akan mencapai tempat yang lebih
baik dalam acara-acara yang dipertandingkan. Pada saya, ramai pemain yang
tersohor tidak menjaminkan kemenangan tetapi keserasian dan kesefahaman dalam
sesebuah pasukan adalah paling utama. Lihatlah pengalaman World Cup baru-baru
ini!
Kalau saudara perhatikan banyak banner
yang dipasang menyatakan tentang “Smart Day” pada hari Isnin, “Uniform Day”
bagi mereka yang terlibat dengan pasukan beruniform pada hari Rabu, dan keluar
kampus selepas 12 tengah malam. Untuk makluman saudara, pihak HEP akan melaksanakan
peraturan dengan tegas bermula semester ini. Saya syorkan supaya saudara
pastikan berpakaian kemas pada hari Isnin untuk ke kuliah, pejabat kolej dan
pejabat-pejabat yang lain. Kalau boleh berpakaian kemas bagi setiap hari kuliah
lagi baik. Lagipun ini selaras dengan tuntutan agama supaya kita sentiasa
bersih dan kemas. Jika saudara perlu untuk keluar kampus sehingga melebihi jam
12 tengah malam, pastikan saudara mengisi borang yang akan diluluskan oleh
saya. Banyak insiden yang tidak diingini berlaku kepada pelajar-pelajar kita
selepas 12 tengah malam pada semester lepas; ada yang kena tikam, ada yang kena
tetak dan bermacam-macam lagi. Justeru itu, saya cadangkan supaya saudara hanya
makan di sekitar kampus sahaja bagi mengelakkan musibah yang bakal terjadi.
Lagipun makan selepas tengah malam tidak baik untuk kesihatan.
Pada
semester ini, Iftar atau berbuka puasa setiap hari Isnin dan Khamis akan
diteruskan lagi. Sesiapa yang berpuasa bolehlah mengambil kesempatan untuk
sama-sama menjamu selera di Surau Arked dan Surau Blok. Setiap hari Jumaat,
Badan Keluarga Kolej 16 & 17 (B2K) dengan murah hati menyediakan sedikit
jamuan selepas solat jumaat di Pejabat Asrama. Jika ada kesempatan datanglah
disamping kita berkenal mesra. Makanan tidaklah banyak dan kita sediakan
mengikut first come first serve basis. Akhir sekali, saya ingin
menasihati saudara untuk meletakkan kenderaan ditempat yang betul. Wang yang
ada tak perlu dibazirkan untuk membayar saman. Kadang-kadang kesenangan yang
kita rasai dengan meletak kenderaan sesuka hati sebenarnya menyusahkan orang
lain. Bertimbang rasalah pada kawan dan jiran kita. Sekian. Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Wednesday, September 10, 2014
Bicara Pengetua 1
BICARA
PENGETUA
Bil.24 Semester II Sesi 2006/2007 Kolej 16
& 17 Mac 2007
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Ramai yang terkejut apabila seorang Pakar Psikologi
Kanak-Kanak dan Remaja dari UKM membuat kajian yang mendapati 886 dari 887
pelajar perempuan sekolah menengah di negeri Selangor pernah melakukan hubungan
seks. Pensyarah, Menteri, masyarakat awam mempertikaikan dari segi kesahihan
data yang diperolehi! Ada
yang mengatakan takrifan hubungan seks tak jelas. Ada pula yang mengatakan responden menjawab
soalan secara tidak jujur dan sebagainya.
Pada
saya, apapun yang berlaku kita perlu ambil iktibar dari kajian ini. Tak
payahlah kita ambil 99.89% yang mengaku pernah mengadakan hubungan seks, ambil
saja 50%. Yang 49.89% kita reserve kepada
responden yang tak faham definisi hubungan seks dan yang sengaja exaggerate atau sensasi jawapan kajian. Itupun
saya rasa amat naïve bagi pelajar
sekolah menengah tak tahu definisi hubungan seks. Kalaulah sekadar berlaga
hidung dan bercium dah dikatakan membuat hubungan kelamin maka tiap-tiap malam
kita dihidangkan adegan hubungan seks di kaca TV!
Janganlah kerana kesilapan sedikit metodologi kajian,
kita tolak semuanya. Saya pasti pensyarah berkenaan sekurang-kurangnya melalui
kursus asas penyelidikan dan mempunyai etika kerja (code of ethic) dalam
jurusannya. Dan jangan pula kerana kita takut menghadapi realiti, kita buang
terus dapatan kajian. Kalaulah kajian itu separuh betul, tak ternganga kita
dibuatnya! Pada dasarnya, kajian yang dibuat di IPTA adalah bersifat ilmiah,
menceritakan perkara yang sebenarnya kerana mereka tiada kepentingan.
Saya sebenarnya ‘takut’
sekiranya kajian dibuat di IPTA atau IPTS sendiri. Bagaimana pula dapatannya? Lima peratus, 10%, 20%,
30% atau 50%? Kalau begini hasilnya, alangkah gawatnya kita dalam menuju Negara
Maju menjelang 2020. Itulah pentingnya nasihat-menasihati (Addin nun Nasihah).
Agama kita menggalakkan kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan
kesabaran. Kalau tengok kawan kita intim ke sana ke mari berdua-duaan, nasihatilah
mereka, takut mereka terlajak. Perhubungan positif dan negatif jarang tidak
bercantum. Sudah lumrah kehidupan, paling tidak, berlaku berpegang-pegangan.
Perkara ingat mengingati seharusnya menjadi sebahagian dari hidup kita. Tak
kira yang tua menasihati yang muda atau sebaliknya.
Kita
sudah tidak ada nabi lagi yang boleh ditanya seperti berlaku di zaman dulu,
yang mana seorang lelaki datang menemui Rasulullah meminta izin untuk berzina.
“Wahai Rasulullah, aku sudah tak tahan rasanya ingin berzina”. Maka jawab
Rasulullah (SAW), “Apakah engkau sanggup jika ada orang yang berzina dengan ibu
kamu? Adik perempuan kamu?”. Maka Si Lelaki tadi menjawab, “Tidak sanggup, ya
Rasullullah”. Dan Si Lelaki tadi terus membatalkan hasratnya untuk berzina.
Dan
alangkah lebih baik jika kita dapat menjadi seperti Nabi Yusuf (AS), seorang
yang kacak, telah dipikat seorang wanita rupawan yang mempunyai darjat dan
pangkat, ditutupnya semua tingkap dan pintu yang mana sudah tidak ada halangan
lagi, sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran. “Dan perempuan yang di rumah
tempat tinggalnya itu mencuba memujuknya supaya menurutkan kesukaannya, dan
oleh perempuan itu ditutupnya semua pintu-pintu seraya mengatakan: Marilah ke
mari!” “Dia (Yusuf) menjawab: Aku berlindung diri kepada Allah! Sesungguhnya
Dia Tuhanku, yang telah memberikan tempat yang baik kepadaku, sudah tentu
tiadalah beruntung orang-orang yang bersalah.” (Yusuf: 23). Sekian. Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
Saturday, September 6, 2014
Mungkin Abah Banyak Kekurangan...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak pandai bermesra dengan anak-anak
Tapi seingat abah semasa kamu kecil tak pernah abah tidak bergurau senda dengan kamu semua
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak pernah luangkan masa untuk anak-anak
Tapi seingat abah, tidak pernah abah pergi kedai kopi berborak-borak hingga dinihari
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak pandai untuk saja-saja beri wang ringgit kepada kamu
Tapi seingat abah, abah tidak pernah mengecewakan kamu apabila kamu betul-betul perlukan duit
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah bermewah-mewah
Tapi seingat abah, abah tidak pernah biar anak-anak abah kelaparan tanpa makanan
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah berat tulang
Abah dah banyak buat kerja masa kamu kecil dulu
Sekarang biarlah abah rehat...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah membazir
Bukan hanya abah yang tak suka
Allahpun tak suka orang yang membazir, kataNya kawan syaitan!
Mungkin abah banyak kekurangan
Tapi itulah abah... Membesarkan kamu
Dari kaki kamu sebesar ibu jari
Hinggalah kamu dah boleh berlari ke sana ke mari
Mungkin abah banyak kekurangan
Rasa benci, rasa marah, rasa kecil hati, rasa tidak dipeduli
Tetapi itulah abah kamu
Cuba memenuhi kehendak kamu sejak dari kecil... sehingga dia mati.
Abah tak pandai bermesra dengan anak-anak
Tapi seingat abah semasa kamu kecil tak pernah abah tidak bergurau senda dengan kamu semua
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak pernah luangkan masa untuk anak-anak
Tapi seingat abah, tidak pernah abah pergi kedai kopi berborak-borak hingga dinihari
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak pandai untuk saja-saja beri wang ringgit kepada kamu
Tapi seingat abah, abah tidak pernah mengecewakan kamu apabila kamu betul-betul perlukan duit
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah bermewah-mewah
Tapi seingat abah, abah tidak pernah biar anak-anak abah kelaparan tanpa makanan
Itulah abah kamu...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah berat tulang
Abah dah banyak buat kerja masa kamu kecil dulu
Sekarang biarlah abah rehat...
Mungkin abah banyak kekurangan
Abah tak suka anak abah membazir
Bukan hanya abah yang tak suka
Allahpun tak suka orang yang membazir, kataNya kawan syaitan!
Mungkin abah banyak kekurangan
Tapi itulah abah... Membesarkan kamu
Dari kaki kamu sebesar ibu jari
Hinggalah kamu dah boleh berlari ke sana ke mari
Mungkin abah banyak kekurangan
Rasa benci, rasa marah, rasa kecil hati, rasa tidak dipeduli
Tetapi itulah abah kamu
Cuba memenuhi kehendak kamu sejak dari kecil... sehingga dia mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)