Friday, September 19, 2014

Bicara Pengetua 9

Assalamu’alaikum Warah Matullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…

Semester baru muncul lagi. Rasakan cuti sebulan begitu cepat berlalu. Keputusan semester lepas dahpun diketahui; ada yang meningkat dan tak kurang juga yang menurun. Pelajar bijaksana sentiasa membuat muhasabah diri, kenapa kita mendapat keputusan begitu?, apa usaha yang telah kita lakukan?, bagaimana strategi pembelajaran lepas?, apakah keberkesanannya? Hasil dari refleksi diri ini kita buat strategi baru supaya keputusan semester ini akan bertambah baik.

Sebenarnya tak banyak yang boleh saya katakan untuk memotivasikan diri saudara-saudara. Apatah lagi saudara-saudara adalah pelajar kanan yang telahpun berjaya mengharungi gelora samudera tahun satu. Kejayaan melepasi tahun satu adalah satu pencapaian. Tak semua pelajar tahun satu terselamat dari bahaya tsunami tersebut. Pun begitu jangan pula kita leka! Langkah-langkah bijak perlu diatur supaya kita tak kecundang di tengah jalan. Kadang-kadang pengaruh kawan yang menyebabkan kita kurang belajar dan ingin hidup berfoya-foya. Keputusan yang cemerlang bukan lagi menjadi matlamat tapi ingin sekadar cukup-cukup makan. Mengikut pengalaman saya, mengingatkan penat jerih pengorbanan ibubapa dan mengimbau kesusahan mereka menghantar kita ke universiti boleh menyuntik kembali semangat ingin berjaya dengan cemerlang.

Mungkin juga dengan adanya data seperti di bawah dapat melonjak aktivisme kita untuk terus belajar dengan tekun. Data di bawah adalah bilangan pelajar-pelajar KG (Dibuang Universiti Kerana Gagal Mendapat CGPA 2.0) bagi setiap semester dari tahun 2001 hingga 2005.

Bilangan Pelajar KG Per Semester Dari Tahun 2001 Hingga 2005

Tahun
Semester
Bilangan
2001
I
314
2001
II
112
2002
I
230
2002
II
122
2003
I
191
2003
II
92
2004
I
96
2004
II
45
2005
I
46
Jumlah

1248

Apa yang menarik dari statistik di atas ialah bilangan pelajar yang “graduan awal” makin menurun. Ini adalah satu perkara yang positif yang mana pihak TNC (Akademik) senantiasa berusaha supaya akhirnya kita mencatit KG sifar bagi setiap semester. Ini tak mustahil berlaku kerana pelajar-pelajar yang terpilih ke UTM adalah mereka yang tinggi kelayakan pencapaiannya.

Saudara-saudara yang budiman,

Ingin saya sebutkan di sini bahawa YAB Perdana Menteri menekankan tentang Pembangunan Insan untuk memajukan negara. Insan yang mulia tidak bertindak mengikut hawa nafsu tetapi bersandarkan hati nurani yang berfikiran matang. Pegangan agama yang kuat disamping budaya bangsa yang luhur dapat memartabatkan diri seseorang dan seterusnya mengelakkan diri dari terjebak ke kancah kehancuran. 

Kita lihat ramai yang berjaya ‘academically’ tetapi gagal dalam pekerjaan. 

Beberapa bulan yang lalu, kita dikejutkan dengan pegawai tinggi di sebuah kementerian yang sepatutnya menjaga kebajikan orang-orang kampung tapi terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan melesapkan wang jutaan ringgit. Kita juga dikejutkan dengan kes bekas menteri yang berhutang judi jutaan ringgit. Kita juga digegarkan dengan menteri yang melakukan rasuah politik sehingga dilucutkan jawatan. Kita juga mendengar selebriti terkenal yang sudah berkahwin tapi ditangkap berkhalwat.

Is this the price that we have to pay to be a developed country? Kalau saudara-saudara ingat dalam 9 cabaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, siang-siang kita katakan bahawa kita ingin menjadi negara maju dengan acuan kita sendiri. Tidak model Barat dan tidak juga model Jepun atau Korea.


Kita akan maju dengan berpaksikan kepada Rukun Negara…

No comments:

Post a Comment