BICARA
PENGETUA
Bil.21 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 Oktober
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang
beragama Islam. Puasa wajib ditunaikan setahun sekali bagi orang Islam. Bulan
Ramadan ialah satu bulan yang besar darjatnya dan tinggi kedudukannya di sisi
Allah, RasulNya dan umat Islam keseluruhannya. Di bulan ini, Al-Quran
diturunkan dan padanya juga terdapat malam Lailatul-Qadar, yang mana disifatkan
oleh Allah SWT sebagai malam yang lebih utama dari seribu bulan (83 tahun).
“Wahai
orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
yang telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu daripada kamu, moga-moga
kamu bertaqwa. (Puasa itu) adalah untuk beberapa hari saja.” (al-Baqarah:183).
Puasa pada asalnya diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu pada tiap bulan
selama tiga hari sejak zaman Nabi Nuh a.s. sehingga dimansuhkan oleh Allah
dengan puasa bulan Ramadan.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Cubalah kita renungkan betapa
mulianya bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain sehingga para sahabat Nabi
merindui kedatangannya dan menangisi pemergiannya. Ada yang mengharapkan bulan Ramadan
berterusan sehingga setahun. Mereka menghiasi rumah mereka untuk menyambut
Ramadan Al-Mubarak ini. Kelebihan-kelebihan Ramadan tentulah banyak sekali
tetapi dengan adanya malam Lailatul-Qadar saja sudah cukup untuk menunjukkan
kemuliaan bulan ini dari selainnya. Sebabnya ialah apa saja perkara baik yang
kita lakukan menepati malam itu, maka pahalanya akan berganda-ganda sesuai
dengan amalan 83 tahun lamanya, yang mana umur manusia hari ini jarang-jarang
sampai ke tahap itu.
Selain faedah keampunan, ganjaran
pahala dan sebagainya, melalui berpuasa kita mendidik jiwa dan rohani kita
dengan sifat-sifat sabar, zuhud dan mengingat kepada orang yang kurang bernasib
baik dari kita. Kita dapat mendidik jiwa dan rohani kita supaya sentiasa insaf
dan bertimbang rasa kepada sesama manusia, memelihara hawa nafsu dari
sifat-sifat yang keji dan perasaan yang tidak mencukupi, dan mengajar diri agar
menjadi suci dan luhur dan lain-lain lagi dari sifat-sifat yang terpuji di sisi
Allah dan RasulNya.
Berpuasa
juga bertujuan untuk mengekang keinginan hawa nafsu. Ini bertepatan dengan
sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Wahai
para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang sanggup menanggung kewajipan maka hendaklah
ia berkahwin, dan barangsiapa yang belum sanggup maka hendaklah ia berpuasa,
kerana puasa itu dapat menahan nafsu”. (Bukhari
& Muslim).
Akhir
sekali saya menyeru kepada saudara-saudara untuk mempertingkatkan amalan di
bulan yang barakah ini. Mudah-mudahan tarbiah Ramadan ini dapat mendisiplinkan
kita dalam apa jua perkara. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan
maaf bagi diri saya dan staf sekiranya ada kesalahan dan tutur kata yang
menyinggung perasaan. Selamat BERPUASA & Selamat Berhari Raya. Sekian.
Wassalam.
Ramadan… “… ia adalah satu bulan di awalnya rahmat, di tengahnya
keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka…”
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
No comments:
Post a Comment