BICARA
PENGETUA
Bil.25 Semester II Sesi 2006/2007 Kolej 16
& 17 April 2007
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Peperiksaan
Akhir menjelang kembali. Seperti semester-semester lepas, pesanan saya tetap
sama. Pertama, anda semua perlu membuat revision,
kalau boleh dalam kumpulan. Discussion
in a group is much better, boleh saling ingat mengingati. Kedua, masih tak
lewat untuk bertanya pensyarah mana-mana bahagian yang tak faham. Tapi jangan
pulak semuanya tak faham. Make a point to
see the lecturer, he won’t bite you! Kalau anda bernasib baik, mungkin
pensyarah anda akan reveal tips atau
beri hint apa yang akan keluar dalam final.
Past year
questions perlu dilihat supaya dapat memberi petunjuk corak soalan yang
akan keluar! Silap-silap haribulan, soalan sama dengan sedikit modifikasi keluar
balik. Jaga kesihatan. Riadah
setiap petang secara sederhana menyihatkan badan dan membolehkan kita belajar
di malam hari. Badan Sihat Otak Cerdas! Kesihatan penting dijaga. Tidur mesti
mencukupi dan kalau boleh cuba elak dari belajar atau berbincang sepanjang
malam. Berilah tubuh kita haknya untuk berehat. Pemakanan berkhasiat
amat perlu kerana we are what we eat.
Keluar ke bandar menaiki kenderaan sendiri perlu dikurangkan. Ia penting bagi
mengelakkan kemalangan yang tidak berbau.
Jangan membuat rakan atau kawan terganggu dengan
telatah kita. Jaga tatatertib kerana kesilapan yang kecil dikala semua orang
‘tension’ akan menjejaskan emosi. Peraturan asrama mesti diikuti dan dipatuhi.
Kita tak nak, kerana saman ia menghantui fikiran anda di hujung semester,
dikala duit hanya cukup-cukup untuk makan. Jangan tambah beban anda dengan
perkara-perkara yang ‘unnecessary’.
Dirikan solat pada
waktunya dan kalau boleh secara berjamaah. Sebatikan diri dengan doa ke hadrat
Allah SWT setiap kali lepas solat. Solat-solat nawafil (sunat) dan puasa sunat
elok diperbanyakkan jika mampu. Sesungguhnya Allah SWT amat mendengar doa hambaNya
dan Dia adalah sebaik-baik pendengar dan pemberi pertolongan. Jangan lupa untuk
menghubungi ibubapa untuk memberi tarikh-tarikh Peperiksaan Akhir anda. Sudah pasti mereka akan menyelitkan
doa kepada anda setiap kali mereka berdoa selepas solat.
Minta ampun dari kesalahan kepada Allah
SWT, ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan anda. Diri anda yang diampuni dosa
adalah lebih disenangi oleh manusia apatah lagi Tuhan. Last but not least, Jangan Bawa Masuk Nota Dalam Bilik Atau Dewan Kuliah!
Akhir sekali dikesempatan ini, saya
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan JKM,
mantan-mantan JKM, dan AJK-AJK lain yang pernah berkhidmat dengan saya. Anda
telah banyak membantu dalam membangunkan Kolej kita. Segala teguran saya, baik
secara tegas mahupun berlapik adalah demi untuk mendidik dan memperbaiki diri
anda. Jika ada nasihat saya yang baik, jadikanlah ia sebagai tauladan. Dan jika
ada layanan saya dari segi tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan,
berbanyak kemaafan saya pohonkan. Saya tidak menyimpan dendam dan perasaan
benci pada sesiapa. Kepada mereka yang tamat belajar, saya doakan anda Selamat
Maju Jaya. Dan kepada yang masih di Kolej 16 & 17, saya doakan semoga anda
juga akan turut berjaya. Polisi atau perkara baik yang saya buat di kolej ini,
diharapkan ianya akan diteruskan. Saya juga ingin memohon kemaafaan buat diri
saya dan famili jika ada kesalahan dan kesilapan, baik secara sengaja mahupun
tidak sengaja. Sekian.
Wassalam.
Selamat Menempuh Peperiksaan & Salam Perpisahan
KAPT HAJI
WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
No comments:
Post a Comment