BICARA
PENGETUA
Bil.22 Semester I Sesi
2006/2007 Kolej
16 & 17 November
2006
Assalamu’alaikum Warah Matullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Alhamdulillah kita telah berjaya menjalankan Rukun
Islam yang ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadan. Sekarang ni, kita
sibuk beraya di sana sini. Jangan lupa jamuan raya HEP di tepian tasik pada 6
November ini. Semua dijemput hadir, baik yang beragama Islam mahupun mereka
yang berlainan agama.
Dalam sibuk beraya, jangan pula lupa
untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Bonus atau ganjarannya amat besar
sekali, iaitu pahala berpuasa selama setahun. Rugi kalau kita tak buat extra assignment ini! Kita doakan semoga
kita dapat menemui lagi Ramadan di tahun hadapan.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Bulan ni juga tak kurang pentingnya
dari segi persediaan akademik. Saudara-saudara akan mula menempuh peperiksaan
akhir. Sudah banyak kali kita menempuhnya, lebih-lebih lagi yang dah final year. Ada yang kali ke lapan, ke
sembilan, ke sepuluh, ke sebelas dan sebagainya. Macamana persediaan kita?
Adakah sama dengan kali pertama kita tempuhinya dari segi preparation?
Saya pasti ia berbeza…
Persediaan yang perlu dibuat ialah pertama mengulangkaji matapelajaran
tersebut. Mengulangkaji ini boleh dilakukan secara individu mahupun
berkumpulan. Sekiranya secara berkumpulan, pastikan anda membaca dahulu sebelum
berbincang dengan kawan-kawan. Kedua,
dapatkan past year questions dari
kawan-kawan ataupun dari pensyarah berkaitan. Cuba jawab soalan-soalan tersebut
dan sesetengah fakulti ada menyediakan contoh skrip jawapan. Jika ada mana-mana
soalan yang tidak faham, make a point to
see the lecturer. Lecturer likes student asking questions. Kalau tak ada
soalanpun elok juga jumpa kerana kemungkinan pensyarah akan beri tips tentang apa yang akan masuk final. Ketiga, pastikan tubuh badan kita sihat dan lakukan senaman kerana
tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Tidur perlu cukup dan elakkan
dari berbual-bual kosong hingga larut malam. Keempat, pastikan segala usaha disusuli dengan doa. Usaha tanpa
meletakkan pengharapan kepada Allah belum pasti berjaya. Banyakkan solat-solat
sunat disamping solat fardu yang dilaksanakan secara berjamaah. Kelima, minta maaf kepada rakan-rakan
jika ada salah dan silap. Makan minum minta dihalalkan. Keenam, patuhilah peraturan baik peraturan asrama mahupun peraturan
universiti. Last but not least is to
ask your parents to make doa for you.
Berikan tarikh-tarikh exam kita
kepada mereka. Ibubapa tak lokek untuk berdoa bagi kejayaan anak mereka.
Sesungguhnya perjuangan kita untuk mendapatkan segulung ijazah adalah salah
satu jihad.
Akhir
sekali saya sudahi dengan satu hadis;
Narrated ‘Abdullah bin Mas’ud (RA): I asked
Allah’s Messenger (SAW), “O Allah’s Messenger! What is the best deed?” He replied,
“To offer the Solat (prayers) at their early fixed stated times.” I asked,
“What is next in goodness?” He replied, “To be good and dutiful to your
parents.” I further asked, “What is next in goodness?” He replied, “To
participate in Jihad in Allah’s Cause.” I did not ask Allah’s Messenger (SAW)
anymore and if I had asked him more, he would have told me more. (Sahih
Al-Bukhari, Vol. 4, Hadis No. 41).
Selamat
Berpuasa 6, Selamat Berhari Raya & Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir.
Sekian.
Wassalam.
Bantulah Kami Dalam Membantu Anda
KAPT HAJI WAN IBRISAM FIKRY BIN HAJI WAN
ISMAIL
PENGETUA KOLEJ 16 & 17
No comments:
Post a Comment