Saturday, February 6, 2010

Malam Tadi Dengar Kuliah, Pagi Ni Bertanding Menembak...


Alhamdulillah, begitu ramai orang datang malam tadi ke Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM untuk mendengar kuliah dari Ustaz Zahazan Mohamed. Program ini adalah anjuran bersama Kelab Iqra', Pusat Islam, dan Fakulti Tamadun Islam (dulunya PPIPS). Agak-agaknya mungkin 3 atau 4 ribu orang, termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak mendengar kuliah bertajuk Hidup Indah Bersama Islam.

Sudah agak lama tidak melihat MSI dipenuhi lautan manusia seperti malam tadi. Mudah-mudahan MSI kembali gemilang dengan membawa ustaz-ustaz yang berkaliber seperti Ustaz Zahazan. Ustaz Zahazan sebenarnya akan berada di sini selama 2 hari, pagi tadi Kuliah Subuh di Masjid Taman Sri Pulai. Malam ini kuliah di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid di Taman Universiti selepas solat Isya dan Kuliah Subuh di Masjid Taman Mutiara Rini, keesokannya. Betapa besar pahala yang diperolehi ustaz!

Banyak yang disentuh oleh Ustaz Zahazan malam tadi. Antaranya ialah kita digalakkan untuk menceburi 3 aktiviti sukan iaitu memanah, berenang, dan berkuda. Pagi tadi aku menyertai sukan menembak. Tak dapat memanah tetapi dapat menembakpun jadilah!

Pagi tadi PALAPES UTM mengadakan Pertandingan Menembak M-16 dan pistol. Seperti biasalah pistol ini, aku kurang mahir sikit. Dari 10 butir peluru hanya 4 masuk target dari jarak 25 kaki. Tetapi M-16, tidak kasi 'chance'lah, semua masuk!

Petang esok aku bersama Timbalan Komandan dan Chief Instructor akan bertolak ke Kuala Lumpur kerana ada perjumpaan bersama Menteri Pertahanan di Mindef pada hari Isnin (8 Februari).

3 comments:

  1. Pendapat saya, kita kena sesuaikan dengan waqi' semasa.

    di zaman panah digunakan, kita kena belajar memanah, di zaman pistol pula, kenalah belajar pistol, tapi pistol diharamkan di Malaysia utk orang awam, so kena cari alternatif lain, belajarlah seni mempertahankan diri.

    sekarang orang dah tak guna kuda sebagai kenderaan yg common, so kita kenalah belajar memandu kereta. jangan ramp-it sudahlah

    ReplyDelete
  2. Thanks Salwani for dropping by. Pistolpun boleh, cuma kena masuk club dia. Jadi untuk orang yang tak beruniform bolehlah cuba-cuba masuk club. Tapi mungkin harganya agak mahal untuk jadi member! Atau cuba paint-ball...

    ReplyDelete
  3. saya rasa 25 meter bukan 25 kaki... 25 kaki dekat je kot... sbb jarak berkesan pistol or smg 25 meter

    ReplyDelete