Tuesday, March 23, 2010

SMIH, Kebanggaan Kita Semua...

Kedudukan Keputusan SPM SMIH (Sekolah Menengah Islam Hidayah) 2010 di JOHOR BAHRU, JOHOR DAN NASIONAL
--------------------------------------------------------------------------
Prof Dr Tarmizi, suami pengetua SMIH, telah membuat analisis tentang pencapaian SPM SMIH. Dari apa yang dipaparkan di bawah, ia membuatkan kita berbangga! Berbangga kerana sekolah agama yang telah kami jadikan sebagai sekolah alternatif kepada sekolah kerajaan; baik sekolah berasrama penuh mahupun MRSM mampu bersaing.

Kita menghantar anak ke SMIH kerana ia adalah sebuah sekolah yang pembelajaran dan pengajarannya adalah holistik, mencakupi semua aspek duniawi dan ukhrawi.

Dari statistik di bawah, ini bermakna SMIH berada dalam golongan 3% teratas di antara sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam kata lain, kalau mengambil kira sekolah swasta dan MRSM yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran, SMIH boleh dianggarkan berada dalam lingkungan 100 sekolah terbaik di Malaysia. Alhamdulillah.


10 teratas, Sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru (GPS);

1. Sekolah Tun Fatimah, STF 1.29 (no. 4, nasional)
2. SMK Infant Jesus Convent 1.40 (no. 9, nasional)
3. SMK Sultan Ismail, SIS 2.21
4. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
5. SMK Mohd Khalid (20 pelajar) 2.35
6. SM Teknik Johor Bahru 2.65
7. SMK(P) Sultan Ibrahim, SIGS 2.72
8. SMKA Johor Bahru 2.94
9. Maktab Sultan Abu Bakar, EC 3.71
10.SMV Azizah 3.72


5 teratas, Sekolah-sekolah Agama di Negeri JOHOR (GPS);

1. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
2. SMKA Maahad, Muar. 2.88
3. SMKA Johor Bahru 2.94
4. SMKA Segamat 3.16
5. SMKA Kerajaan Johor, Kluang 3.38

Menurut PM Dr Md Nor Bakar pula kategori sekolah KPM adalah seperti yang tersenarai di bawah;

Prestasi sekolah oleh KPM ialah mengikut nilai gred purata sekolah (GPS):

Cemerlang (GPS: 0 - 2.25)
Baik (GPS: 2.26 - 4.50)
Memuaskan (GPS: 4.51 - 6.75)
Berpotensi (GPS: 6.76 - 9.00)

Jelaslah bahawa SMIH dengan GPS 2.24 adalah termasuk dalam kategori cemerlang (walaupun hampir 'borderline'!!).

Untuk makluman, berdasarkan keputusan SPM 2009 hanya 66 buah sekolah sahaja (daripada lebih 2000 sekolah Kementerian Pelajaran) yang mencapai kategori cemerlang, satu kedudukan yang sangat sukar untuk dicapai, manakala yang lain, baik 278 sekolah, memuaskan 1654 sekolah dan berpotensi 143 sekolah.

Ini bermakna keputusan akademik SMIH adalah amat baik! Pencapaian akademik ini digandingkan pula dengan kecemerlangan sahsiah, akhlak dan tarbiah pelajar yang sentiasa diberi perhatian berat oleh para uztaz dan uztazah kita di sekolah akan meningkatkan lagi kualiti pelajar. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal.

1 comment: