Wednesday, August 31, 2011

Terasa Kekok Bila Lama Ditinggalkan...


Pelajar-pelajar baru akan mula memasuki UTM beberapa hari lagi iaitu, dari 3 hingga 10 September ini, dan pelajar-pelajar lama beberapa hari kemudiannya.

Pada tahun ini, pelajar mahupun pensyarah menunggu begitu lama untuk belajar mahupun mengajar. Kebiasaannya, pelajar baru mahupun lama akan masuk sekitar bulan Julai tetapi disebabkan perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyelaraskan masa pembelajaran dengan universiti-universiti lain dunia maka kemasukan ke IPTA dilewatkan.

Pada semester ini juga, aku mula mengajar balik setelah 4 tahun bercuti belajar. Terasa kekok bila dah lama ditinggalkan... Tambahan pula, kena mengajar dalam bahasa 'orang putih', lagi terasa kekoknya!

Tak pasti pula samaada kita tidak memperjudikan nasib anak bangsa! Kadang-kadang disebabkan oleh kerana seorang bukan rakyat Malaysia maka kita kena mengajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan majoriti 39 orang lagi rakyat Malaysia yang belum tentu boleh memahami bahasa Inggeris kita biar mereka terpinga-pinga dan cuba memahami...

Rasanya elok biar yang seorang ni belajar dan cuba memahami bahasa kita...

Berdebar, dan kadang-kadang rasa tak sabar untuk bertemu pelajar kembali. Berbezakah pelajar-pelajar sekarang berbanding dengan pelajar 4 tahun yang lalu?

Begitu juga dengan Ramadan yang baru aje berlalu... Bacaan al-Quran kita yang agak berkarat sebelum ni dah mula 'smooth' setelah dibaca dan dikhatam di bulan Ramadan.

Jangan kita tinggalkan dia lagi setelah kita membaca dengan agak lancar sekarang. Bacalah sekurang-kurangnya 2, 3 muka surat sehari. Kalau kita boleh teruskan momentum dengan mengkhatamkannya sebulan sekali malah lebih bagus!

Al-Quran itu adalah perlembagaan kita sebagai seorang Islam! Kita perlu selalu membacanya, memahaminya, dan cuba mengaplikasikannya ke dalam diri kita. Jangan kita mengharapkan kepada kerajaan aje untuk menggubal undang-undang Islam kepada kita tetapi seboleh-bolehnya kita cuba menurutinya serapat yang mungkin.

Dengan berbuat demikian, apabila daulah berlaku maka kita tidak merasa kekok malah bersedia untuk diasimilasi ke dalam sistem yang baru.

Tidak menjadi seorang Islam yang sebenar jika kita tidak berhasrat untuk hidup di bawah naungan Islam yang syumul lagi adil...

No comments:

Post a Comment