Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Sunday, October 31, 2010
Kelate Benae, Negeri Sembilae Kaloh
Male tadi cubo jugo cari 'channel' nok tengok bola, Kelate lawae Negeri Sembilae. Pechet se, TV3... pechet lagi tubit TV9... rupo-ruponye TV1. TV kawe, TV1 dok tubit. Nok pase Astro raso maha bedoah. Lagipun dok lamo mano duk depa TV. Tak dok maso nok ngadap TV. Tak po lah, tahu-tahu pagi ni, Kelate benae; Duo - Se.
Wala duk Johor, semangat jugok nok tengok Kelate benae... Semangat sajo jah. Kalu ore suruh gi tengok di stadium, dok tahu lagi, gi ko dok...
Tahniah buat Red Warriors! Penantian yang begitu lama berhasil juga. Piala Raja-Raja memang selalu Kelantan menang tapi Piala Malaysia, kali pertama sejak 55 tahun yang lalu.
Kemenangan Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
Apapun, kita harus memahami tujuan sukan itu diwujudkan. Sukan diwujudkan supaya kita berlawan bola dan bukannya berlawan orang demi merapatkan persefahaman dan perhubungan di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Baik pemain mahupun penyokong...
Suatu ketika dulu, antara satu negara dengan negara yang lain selalu berperang maka sukan diwujudkan. Maka dengan adanya sukan ini, rakyat semua negara sibuk bersukan dan persengketaan dapat diminimakan.
Republic of Ireland dan Northern Ireland, 2 buah negara berasingan boleh bersatu dalam satu pasukan untuk mewakili Ireland dalam pertandingan sukan bolasepak dan ragbi di peringkat dunia.
Selain itu, tujuan sukan diwujudkan ialah supaya ia mendatangkan rasa keseronokan kepada penggemar sukan. Apabila peminat sukan hidup ceria dan seronok maka hilanglah rasa kerunsingan dan keresahan, dan tahap kesihatan dan produktiviti mungkin bertambah baik.
Hidup bersukan juga menjadikan rakyat sesebuah negara cergas dan mempunyai minda yang positif.
Sukan juga akan membuka rantaian ekonomi kepada pengusaha-pengusaha makanan, minuman, cenderamata, dan sebagainya. Sebaliknya pula, ia mungkin memudaratkan masyarakat apabila sukan disinonimkan dengan judi. Mahu tidak mahu, sudah pasti ada segelintir masyarakat yang cuba mengambil kesempatan ini untuk memperbesarkan industri judi mereka.
Kita juga nampak, banyak pihak cuba mengadakan kemudahan sukan, baik kerajaan mahupun swasta. Gelanggang futsal, boleh dikatakan ada di mana-mana. Cuma, kita harus pandai menggunakannya. Bermain futsal hingga ke pukul 3 atau 4 pagi tidak menjadi masalah, asalkan solat Subuh tidak ditinggalkan.
Kita seharusnya mengetahui keutamaan dan kepentingan bersukan. Bersukan ialah supaya badan kita sihat. Bila badan sihat, lebih banyak dan lebih mudah untuk kita beramal kepada Allah (SWT). Majulah Sukan Untuk Agama!!!
Berlaku Adil Kepada Semua Manusia...
Kadang-kadang kita agak sensitif apabila sesuatu keburukan dilakukan oleh diri kita atau mereka yang rapat dengan kita. Kita mencuba sedaya upaya untuk meringankan hukuman atau balasan yang setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.
Sebaliknya pula, apabila ia dilakukan oleh orang lain, yang tiada kaitan dengan kita, kita ingin mereka diadili sekeras-kerasnya tanpa belas kasihan.
Acapkali kita lihat, apabila 'orang besar' dibicarakan di mahkamah, mereka dihukum dengan hukuman yang agak ringan. Mungkin kerana mereka mampu untuk membayar peguam yang handal-handal untuk mewakili mereka. Sesetengah kes pula, dilambatkan perbicaraan atau terus dibuang kes tanpa pembicaraan atas alasan teknikal.
Tetapi apabila orang bukan kenamaan dibicarakan, maka hukuman dikenakan sepadan dengan kesalahan mereka.
Peristiwa yang sama berlaku di zaman Rasulullah (SAW) dimana seorang wanita bani Makhzum telah didapati mencuri dan masing-masing ingin mendapat syafa'at bagi pihak perempuan tersebut dari Rasulullah (SAW).
Ikuti hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari 'Aisyah (RA);
"Sesungguhnya golongan Quraisy pernah susah hati lantaran kes wanita bani Makhzum yang mencuri pada zaman Nabi (SAW). Mereka pun berkata: "Siapakah yang sanggup bercakap dengan Rasulullah (SAW) tentang perempuan itu (untuk memberi syafa'at kepadanya)?" Sebahagian mereka menjawab: "Siapakah lagi yang berani berbuat demikian selain Usamah bin Zaid, kekasih Rasulullah (SAW)." Lalu Usamah bercakap dengan baginda (SAW). Lantas Rasulullah (SAW) bersabda: "Adakah kamu ingin memberi syafa'at dalam salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah (SWT)?" Kemudian baginda (SAW) bangun lalu berkhutbah. Kemudian baginda (SAW) bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang ada sebelum kamu dibinasakan oleh tindakan mereka: apabila orang yang mulia di kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah di kalangan mereka pula mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya pasti akan memotong tangannya."
Itulah pengadilan yang hakiki, tiada siapa yang terlepas dari hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah (SWT)...
Saturday, October 30, 2010
Mengasihani, Mengucup Dan Mencium Anak
Kita disarankan supaya mengasihani dan mengucup anak. Ibnu Batthol berkata: "Diharuskan mengucup anak kecil di semua anggota badannya. Begitu juga anak yang sudah besar, menurut pendapat majoriti ulama, selain daripada bahagian aurat. Oleh itu, tidak boleh mengucup di bahagian aurat anak."
Hadis Pertama
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (RA), beliau telah berkata: "Nabi (SAW) telah mengambil Ibrahim (RA), lalu mengucup dan menciumnya." (Bukhari)
Hadis Kedua
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (RA), beliau telah berkata: "Rasulullah (SAW) telah mengucup Hassan bin Ali (RA), padahal Aqra' bin Habis at-Tamimi (RA) sedang duduk di sisi baginda (SAW). Lalu Aqra' berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai 10 orang anak. Saya tidak pernah mengucup seorang pun daripada mereka." Rasulullah (SAW) pun memandang kepada beliau, kemudian bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihani." (Bukhari)
Hadis Ketiga
Diriwayatkan daripada 'Aisyah (RA), isteri Nabi (SAW), beliau telah berkata: "Saya telah didatangi oleh seorang wanita bersama 2 orang anak perempuan, sambil dia meminta daripada saya. Namun saya tidak memperolehi apa-apa di sisi saya kecuali sebiji buah kurma. Lalu saya berikan buah kurma itu kepadanya. Dia pun membahagikan buah kurma itu antara 2 orang anak perempuannya. Kemudian dia bangun lalu keluar. Kemudian Nabi (SAW) masuk ke rumahku, lalu saya menceritakan hal itu kepada baginda (SAW). Lantas baginda (SAW) bersabda: "Sesiapa yang menguruskan (menjaga dan memelihara) mana-mana anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi pelindungnya daripada neraka." (Bukhari, Muslim & Tirmizi)
Mengasihani dan berbuat baik kepada anak perempuan akan mencegah seseorang daripada masuk neraka, insyaAllah!
Thursday, October 28, 2010
Bentang Paper Di ICUDM2010
International Conference on Urban Development and Management (ICUDM2010) telah dilaksanakan di Dewan Tun Hussein Onn, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, pada 26 hingga 27 Oktober 2010. Konferens ini adalah anjuran bersama oleh Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah, UTM dan Institute of Management and Integrity (INSPIN).
Pada petang Isnin (25 Oktober), aku, PM Dzurllkarnain Daud dan PM Mohd Shafie Mohamad bertolak ke KL untuk menghadiri persidangan tersebut. Kami tiba di KL lebih kurang pukul 8.30 malam dan menginap di BATC, UTM. Harga bilik di BATC hanya RM65 sebilik.
Keesokan pagi, kami 'check-out' dan terus ke PWTC. 'Conference' yang sepatutnya dirasmikan oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, hanya disempurnakan oleh Dato' Hj. Mohd Fadzil Mohd Khir, Ketua Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sepatutnya memberi ucaptama juga tidak hadir.
PM Dzull & PM Shafie membentangkan kertas kerja mereka pada petang Selasa, manakala aku pada keesokan paginya (jam 9 pagi, 27 Oktober). Mereka kembali semula ke Skudai pada petang itu juga. Aku terpaksa menginap satu malam lagi...
Dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan kawan lama, Rosli Yaacob, yang pernah menjadi rakan serumah semasa belajar di University of Southwestern Louisiana dulu. Beliau juga antara kawanku yang berjaya, mempunyai rumah besar dan kereta besar.
Aku dijemput dari Hotel Wira dengan kereta BMW beliau, sekitar jam 8.15 malam. Aku dibawa makan malam agak jauh dari tempat penginapanku, rasanya di Damansara. Selesai makan, aku dibawa pula ke rumah beliau yang tersergam indah. Setelah berada di rumahnya hampir setengah jam, aku meminta beliau untuk menghantar ku pulang ke hotel kerana esok pagi aku perlu membentangkan kertas kerja di konferens.
Peristiwa kereta mereka (Rosli dan seorang lagi kawan, Mat Nor) yang aku pandu untuk mengisi minyak brek melanggar Kedai Serbaneka 24 jam (seperti kedai 7 Eleven) masih beliau ingat. Sebenarnya, aku diminta oleh mereka berdua untuk memandu kereta tersebut kerana kedua-dua mereka pada masa itu tidak mempunyai lesen. Manakala aku, sudah mempunyai lesen semasa di California lagi.
Pemikiran kita zaman muda-muda agak singkat... Kenapa dipandu kereta yang tiada minyak brek dan sudah pasti breknya kadang-kadang berfungsi dan kadang-kadang tidak?
Aku masih ingat kata-kata Mat Nor yang duduk di 'seat' belakang, apabila kereta yang besar itu melompat 'curb' di depan kedai dan terus melanggar cermin kedai. Praaangg! Berderai cermin jatuh ke bumi. "Oh! macam cerita Starsky and Hutch". Nasib baik kereta itu terus berhenti apabila melanggar cermin dan tidak terus melanggar rak-rak makanan yang ada. Rosli yang duduk di sebelah ku terkesima.
Itulah cerita lama yang berlaku semasa aku berusia 20 tahun.
Di konferens ini juga, aku berjumpa dengan Tuan Zohair Md. Zain (YDP Majlis Perbandaran Langkawi), Hj Mohamad Che Nai (orang besar di SADA), PM Dr Hj Hassim Hj Mat (USM), En. Azhar (Putrajaya) dan ramai lagi.
Konferens ini secara keseluruhannya berjaya meningkatkan kesedaran tentang pembangunan mampan (sustainable development) yang perlu kita sama-sama bina. Maksudnya peranan untuk mewujud atau menjadikan 'green cities' bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata tetapi tanggungjawab ini perlu digalas oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat perlu sedar untuk menggunakan bahan-bahan yang 'environmental friendly' dan tidak merosakkan alam sekitar. Konferens juga nampak ingin membuat penambahbaikan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) supaya ia lebih 'hijau' dan menjamin masa depan negara yang kita sayangi ini...
Saturday, October 23, 2010
Katibah Anjuran IKRAM Johor Bahru Tengah
Semalam, 22 Oktober 2010, berlangsung satu katibah untuk ahli aktif dan ahli teras IKRAM JBT.
Apa itu katibah? Katibah ialah satu program yang dirancang untuk menghidupkan malam. Ia bermula sebelum Maghrib dan tamat selepas Subuh.
Seelok-eloknya kalau kita boleh bermula dengan iftar secara jamaie. Kalau tidak, kita mulakan dengan solat Maghrib bersama. Kemudian disusuli dengan al-ma'tsurat, zikir dan doa. Setelah itu, kita solat Isya' berjemaah. Selesai solat, kita bertadabbur al-Quran dalam kumpulan supaya kita dapat memperelokkan bacaan masing-masing dari segi tajwid.
Kemudian kita dihidangkan dengan ceramah berbentuk ruhi supaya tautan hati kepada Allah semakin terasa. Sebelum tengah malam kita rehatkan diri untuk bangun qiamul-lail. Hampir jam 4.30 pagi kita memulakan solat tahajjud secara individu kemudian disusuli secara berjamaah.
Selesai solat Subuh, kita baca al-ma'tsurat secara berjamaah. Kemudian diteruskan dengan satu tadzkirah pendek. Akhirnya, sebelum bersurai kita membuat sedikit senaman ringkas bagi memenuhi keperluan jasmani.
Program Katibah direncana sedemikian rupa supaya hati kita merasa dekat dengan Rabbul Jalil, yang menghidupkan kita dan seterusnya mematikan kita dan menghidupkan semula untuk selama-lamanya bagi menilai siapakah yang lebih baik amalannya.
"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa, Maha pengampun." (Al-Mulk; 1-2)
Program Katibah tidak dicampur dengan pengisian yang berbentuk keduniaan, seperti ceramah kesedaran politik, isu-isu semasa dunia dan sebagainya tetapi pengisian rohani semata-mata.
Terasa amat susah untuk menghidupkan malam secara individu tetapi apabila kita berjamaah, jamaah yang programkan untuk kita. Amat rugi bagi sesiapa yang tidak meluangkan masa untuk menghadiri katibah.
Kalau hendak diikutkan perasaan, usah dipedulikan lagi program-program ini. Siapkan dahulu PhD, kemudian ikutlah segala program yang diaturkan IKRAM. Tetapi bolehkah kita 'guarantee' bahawa kita tidak akan mati sebelum habis PhD?
Saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan sekalian supaya membahagi masa dengan sebaik-baiknya dan berilah santapan kepada jasad mahupun rohani kita. Ilmu dan amal amat penting bagi memperolehi keseimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Cuba 'Initiate' Dakwah Dimana Saja...
Fakulti saya baru aje bertukar nama iaitu Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (dulu dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi). Sebelum tu lagi dikenali sebagai Fakulti Ukur & Harta Tanah, dan sebelumnya hanya bernama Fakulti Ukur.
Staf fakulti juga semakin bertambah dari segi bilangannya. Dulu ada juga pengisian rohani dibuat secara berkala, lebih-lebih lagi semasa zaman PM Dr Norkhair Ibrahim berada di Fakulti. Ramai penceramah jemputan, baik dari dalam UTM mahupun luar diundang.
Agak lama juga staf fakulti kekosongan bahan santapan rohani. Sebagai langkah positif, saya telah 'initiate' program pertama yang berlangsung semalam (22 Oktober 2010), Ceramah oleh PM Dr Hussin Salamon di Bilik Seminar Blok C02.
Sebelum melaksanakan program ini, saya telah mengutuskan e-mail kepada rakan-rakan fakulti bagi mendapatkan 'feedback' dan sokongan mereka. Alhamdulillah, sokongan amat menggalakkan. Contoh e-mail yang saya utuskan kepada kawan-kawan ialah seperti di bawah;
*******************************************************************************
Assalamu’alaikum wrth wkth.,
Tuan-tuan yang saya hormati semoga sentiasa dalam ketinggian iman dan amal sehinggalah kita pergi menemuiNya pada suatu hari nanti.
Saya telah berbincang dengan beberapa individu dan merasakan fakulti kita makin ketandusan pengisian ilmu agama. Kalau dulu ada JAPNI atau Biro Kerohanian dalam Badan Keluarga (BKFKSG) yang melaksanakan program membudayakan al-Quran dan sebagainya...
Kita mungkin saban malam mendapat pengisian di masjid-masjid dan sebagainya. Tetapi orang bawahan kita, i.e. staf sokongan yang semakin ramai, saya rasa amat perlu disediakan program bina sahsiah. Disamping dapat meningkatkan ilmu agama, ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti kerja, insyaAllah.
Saya telah berbincang dengan Yg Bhg Dekan dan beliau telah memberi izin untuk kita mengadakan ceramah. Mungkin buat permulaan, kita adakan sebulan sekali dan ustaz kita jemput dari masjid UTM atau dari Fakulti Tamadun Islam, UTM. Saya nampak PM Dr Ustaz Azhar, pengarah MSI, boleh kita undang atau mana-mana ustaz yang tuan-tuan persetujui bersama.
Jadi, saya mohon pandangan tuan-tuan jika kita boleh buat adhoc committee bagi tujuan ini. Saya yang masih dalam cuti belajar sudah pasti tidak boleh memegang apa-apa jawatan TETAPI saya bersedia membantu untuk menghubungi mana-mana ustaz atau apa jua bantuan yang diperlukan.
Saya amat berharap respon dari tuan-tuan agar usaha murni ini dapat direalisasikan. Semoga usaha kita yang sedikit ini dinilai Allah sebagai satu KPI amal soleh, insyaAllah.
Sekian. Terima kasih.
WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL
********************************************************************************
Thursday, October 21, 2010
Anak Menegur Bapa...
Umar bin Abdul Aziz mempunyai 15 orang anak. Antara anaknya yang tersohor ialah Abdul Malik, baru berusia 17 tahun ketika Umar dilantik sebagai Khalifah.
Semasa permasyhuran Umar sebagai khalifah, beliau berkata; "Hadirin sekalian, orang yang mentaati Allah wajib ditaati. Orang yang menderhakai Allah tiada siapa yang wajib mentaatinya. Sidang hadirin, taatilah saya selagi mana saya mentaati Allah. Jika saya menderhakai Allah kamu tidak wajib mentaati saya."
Selesai berucap di dalam masjid setelah mengerjakan solat berjamaah, beliau terus pulang untuk berehat kerana tersangat letih menguruskan jenazah Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya.
Belumpun sempat melelapkan mata, anaknya Abdul Malik datang seraya bertanya: "Apakah yang hendak dilakukan oleh Amirul Mukminin?"
"Anakku, ayah hendak melelapkan mata sekejap. Sudah tidak bertenaga lagi rasanya tubuh ayah ini," jawab Umar perlahan.
"Apakah Amirul Mukminin akan melelapkan mata sebelum mengembalikan semula segala hak yang telah dirampas kepada pemilik asalnya?" tanya Abdul Malik.
"Anakku, ayah tidak tidur sepanjang malam semalam kerana menguruskan jenazah pakcikmu, Sulaiman. Apabila masuk waktu zohor nanti ayah akan bersolat bersama rakyat. Ayah akan kembalikan semula semua harta yang dirampas kepada pemilik asalnya, dengan izin Allah," jawab ayahnya lagi.
"Wahai Amirul Mukminin, siapakah pula yang akan menjamin ayah akan hidup hingga ke waktu zohor nanti?" balas Abdul Malik.
Kata-kata Abdul Malik ini mula membakar kembali semangat Umar. Hilang segala keinginannya untuk tidur. Lahir pula kekuatan dan tekad dalam tubuhnya yang kelesuan itu.
"Mari sini wahai anakku," panggil Umar lembut. Abdul Malikpun datang kepada ayahnya. Umar terus memeluk dan mencium dahi anaknya seraya berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan daripada sulbi ayah seorang anak yang mampu membantu agama ayah."
Umar pun bangkit dan mengarahkan supaya orang ramai diberitahu bahawa sesiapa sahaja yang pernah dizalimi hendaklah mengadukannya kepada khalifah.
Umar bin Abdul Aziz serta anaknya Abdul Malik dalam 37 Kisah Kehidupan Tabi'in, karangan Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha.

Friday, October 15, 2010
Penerimaan Doa Orang Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapanya
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar (RA), daripada Rasulullah (SAW), sabdanya:
"Ketika 3 orang lelaki sedang berjalan bersama-sama, mereka telah ditimpa hujan. Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua di sebuah bukit. Tiba-tiba sebiji batu besar daripada bukit itu jatuh menghempap mulut gua tempat mereka berlindung, lalu batu itu memerangkap mereka. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: "Renungkanlah tentang amalan-amalan soleh yang telah kamu lakukan kerana Allah. Seterusnya berdoalah dengan menyebut amalan-amalan itu. Semoga Allah akan mengalihkan batu ini daripada kamu."
"Salah seorang daripada mereka pun berkata: "Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai 2 orang ibu bapa yang sangat tua dan isteriku. Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku juga membela haiwan ternakan untuk menyara mereka. Apabila aku pulang pada waktu petang membawa haiwan ternakan kepada mereka lalu aku memerah susu, aku mulakan dengan ibu bapaku. Aku memberi mereka minum dahulu sebelum anak-anakku. Pada suatu hari, aku pergi jauh kerana mencari pokok dan tumbuhan (untuk makanan haiwan ternakanku). Aku tidak pulang, sehinggalah sampai waktu petang. Lalu aku dapati ibu bapaku telah tidur. Aku pun memerah susu sebagaimana yang selalu aku buat. Aku membawa susu yang diperah itu, lalu aku berdiri di sisi kepala mereka berdua, tetapi aku tidak suka mengejutkan mereka daripada tidur. Aku juga tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum ibubapaku, sedangkan anak-anakku meraung-raung kelaparan di sisi dua belah kakiku. Itulah keadaanku dan keadaan mereka sehingga terbit fajar. Oleh itu, jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan semua itu kerana menuntut keredhaanMu, maka bukakanlah untuk kami satu bukaan yang melaluinya kami boleh melihat langit." Lalu Allah membuka untuk mereka satu bukaan, sehingga mereka boleh melihat langit melalui bukaan itu.
"Lelaki yang kedua pula berkata: "Ya Allah, sesungguhnya aku ada seorang sepupu perempuan yang aku cintai, seperti sekuat-kuat rasa cinta lelaki kepada perempuan. Aku telah menggodanya supaya menyerahkan dirinya kepadaku (untuk berzina), tetapi dia enggan kecuali aku membawa seratus dinar kepadanya. Lalu aku berusaha, sehingga aku dapat mengumpul 100 dinar, lalu aku datang kepadanya membawa duit itu. Tatkala aku berada di antara dua belah kakinya (bersedia untuk menjimaknya), dia berkata: "Wahai hamba Allah, bertakwalah kepada Allah. Janganlah kamu membuka cincin (memecahkan selaput dara) melainkan dengan haknya." Lantas aku bangun meninggalkannya. Oleh itu, jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan perbuatan itu kerana menuntut keredhaanMu, maka bukalah satu bukaan untuk kami." Lalu Allah membuka satu bukaan untuk mereka.
"Lelaki yang terakhir pula berkata: "Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mengupah seorang pekerja dengan upah sebanyak satu faraq (3 gantang) padi. Tatkala dia selesai melakukan kerjanya, dia berkata kepadaku: "Berikanlah kepada saya akan hak saya." Lalu aku tawarkan kepadanya satu faraqnya itu. Tetapi dia tidak menyukainya (dan terus pergi tanpa mengambil upahnya). Aku sentiasa menanam benih padi yang menjadi upahnya itu sehingga aku telah menghimpunkan banyak lembu dan pengembalanya daripada hasil padi itu. Tiba-tiba (pada suatu hari), dia datang kepadaku, lalu berkata: "Bertakwalah kepada Allah. Janganlah kamu menzalimi saya pada hak saya." Akupun berkata: "Pergilah ambil lembu-lembu itu dan pengembala-pengembalanya." Lalu dia berkata lagi: "Bertakwalah kepada Allah. Janganlah mempersendakan saya." Lalu aku berkata: "Sesungguhnya saya tidak mempersendakan kamu. Ambillah semua lembu dan pengembalanya." Dia pun mengambil semua harta itu, lalu membawanya pergi. Oleh itu, jika Engkau mengetahui bahawa aku telah melakukan semua itu kerana menuntut keredhaanMu, maka bukakanlah apa yang masih berbaki." Lalu Allah membuka apa yang masih berbaki." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Sunday, October 10, 2010
Muktamar Tarbawi Nasional 2010
Pertubuhan IKRAM Malaysia buat julung-julung kalinya mengadakan Muktamar Tarbawi Nasional 2010 dengan tema "Nuqaba' Berwibawa: Teras Kecemerlangan IKRAM". Muktamar telah diadakan pada 9 Oktober 2010, bersamaan 1 Dzulkaedah 1431 di Malaysian Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang.
Alhamdulillah, hampir 1,900 peserta telah menghadirinya dari seluruh pelusuk tanah air, dari Utara, Selatan, Timur dan Barat. Tidak ketinggalan juga dari Sabah dan Sarawak. Peserta dari Johor sahaja memenuhi 2 buah bas tempahan khas disamping mereka yang menaiki kenderaan sendiri.
Program ini telah menggabungkan ahli teras dan ahli aktif untuk sama-sama mendengar ucaptama dari al-akh Presiden IKRAM, Dr Sheikh Parid Sheikh Ahmad disamping pengisian dari ceramah, forum, dan perkongsian dari luar negara.
Pada pandangan saya, ia merupakan satu program yang amat baik. Pertama, ia membakar semangat kepada golongan tua untuk terus bersama jamaah dan bekerja lebih kuat demi mendapat mardatillah, dan akhirnya beroleh syurga Allah.
Kepada golongan muda yang sudah bersemangat, ia akan merapatkan lagi saf jamaah dan memberi keyakinan bahawa kita umpama "bunyanun marsus" (bangunan yang tersusun kukuh), yang batu batanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff; Ayat 4)
Ketiga, ia mengikat sillaturrahim (saling kenal mengenali) dan memperbaharui persahabatan lama sesama ahli yang sekian lama terjalin. Saya sendiri berjumpa dengan salah seorang responden kajian PhD saya yang berkhidmat di MADA iaitu Hj Nasiruddin Abdullah, Jurutera Kanan Pengurusan Air. Sebelum ini, saya tidak pernah mengenali beliau.
Saya juga berjumpa sahabat lama Dr Abdul Rahman Bidin, PM Dr Ahmad Hariza Hashim (UPM), Ar Hj Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, Prof Dr. Abdul Latif Bin Mohamed (CUCMS), dan ramai lagi.
Ia juga memberi peluang untuk kita bertanya khabar tentang sahabat-sahabat lain yang masih memikul tanggungjawab untuk menyampaikan risalah yang mulia ini.
Dan yang tak kurang penting juga ialah perjalanan kita yang menggunakan bas, sedikit sebanyak memberi ruang sekali sekala untuk kita berrehlah secara berjamaah. Usik mengusik sesama kita semasa dalam bas, merapatkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.
Semoga IKRAM terus menempa nama dalam masyarakat dan kita terus istiqamah dalam mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, insyaAllah.

Tuesday, October 5, 2010
Mengenali Tabi'in - Najashi
Nama sebenar beliau ialah Ashamah bin Abjar. Najashi adalah gelaran bagi raja-raja Habsyah seperti nama gelaran Kisra untuk Maharaja Parsi dan Kaisar untuk Maharaja Rom.
Golongan muhajirin yang pertama berhijrah ke Habsyah untuk mendapat perlindungan adalah seramai 80 orang, termasuk lelaki dan wanita.
Puak Quraisy telah mengutus Amru bin al-As dan Abdullah bin Abu Rabi'ah untuk membawa kembali orang-orang Islam ke Mekah atau membunuh mereka. Mereka membawa banyak hadiah untuk diberikan kepada Najashi dan pembesar-pembesar Habsyah.
Namun Najashi sebagai seorang Raja yang adil telah memberi perlindungan kepada rombongan Islam dan akhirnya memeluk Islam setelah mendengar penerangan dari Jaafar bin Abu Talib.
Najashi juga telah mengahwinkan Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb (Ummu Habibah) dengan Rasulullah (SAW) di Habsyah. Suami Ramlah, Ubaidullah bin Jahsy telah keluar daripada agama Islam dan memeluk Kristian dan akhirnya meninggal dunia.
Untuk mengembirakan hati Ramlah yang berada di Habsyah, Rasulullah telah mengutus surat kepada Najashi supaya mengahwinkan beliau (Rasulullah) dengan Ramlah. Najashi sebagai wakil kepada Baginda telah menyerahkan mahar sebanyak 400 dinar emas kepada Ummu Habibah.
Najashi meninggal dunia tidak lama sebelum pembukaan kota Mekah (Fathul Mekah). Rasulullah memanggil para sahabat bagi mendirikan solat untuk Najashi.
Baginda bersabda: "Saudara kamu, Ashamah, Najashi telah meninggal dunia. Marilah kita solat untuknya." Baginda mengimamkan solat tersebut dan mendirikan solat ghaib untuknya. Solat ghaib untuk Najashi ini adalah yang pertama dan terakhir pernah dilakukan oleh Rasulullah (SAW).

Sunday, October 3, 2010
Kawan Ibu Ayah Adalah Kawan Kita Juga...
Anak-anak semasa mereka kecil, lambat kita ajak pasti dia nak ikut. Bila mereka dah besar agak sukar untuk kita membawa bersama untuk melawat rumah saudara mara mahupun menziarahi rakan taulan.
Ini adalah satu trend yang tidak sihat. Kita mahu anak-anak kita mengenali siapa saudara mara mereka, lebih-lebih lagi apabila kita sudah tiada! Jika mereka tidak kenal sepupu sepapat mereka semasa ibubapa masih hidup, boleh dikatakan terputuslah hubungan persaudaraan. Untuk mengharapkan mereka sendiri pergi mencari siapa saudara mara mereka, ini jarang berlaku.
Seelok-eloknya apabila kita pergi menziarahi saudara atau kawan, maka kita bawa sekali anak-anak supaya mereka kenal siapa saudara dan kawan ibubapa mereka.
Anak-anak semasa mereka besarlah, mereka akan ingat raut wajah saudara atau kawan ibubapa mereka. Begitu juga saudara mara kita, mereka akan lebih mengenali anak kita yang sudah besar panjang berbanding semasa kanak-kanak dulu...
Dalam hadis riwayat Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim ada menyebut berbuat baik kepada kedua ibubapa merangkumi berbuat baik kepada kawan ibubapa mereka.
Sastera Arab juga ada menyebut, "Muliakan kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya."
Bagaimana kita hendak berbuat baik kepada kawan bapa kita kalau kita tidak kenal mereka?
Sempena bulan Syawal, yang menjadi bulan ziarah menziarahi, eloklah kita sama-sama pujuk anak-anak kita untuk bersama apabila kita melawat saudara mara mahupun kawan-kawan. Semoga ukhuwwah kita terjalin mesra...
Subscribe to:
Posts (Atom)