Saturday, October 23, 2010

Cuba 'Initiate' Dakwah Dimana Saja...


Fakulti saya baru aje bertukar nama iaitu Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (dulu dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi). Sebelum tu lagi dikenali sebagai Fakulti Ukur & Harta Tanah, dan sebelumnya hanya bernama Fakulti Ukur.

Staf fakulti juga semakin bertambah dari segi bilangannya. Dulu ada juga pengisian rohani dibuat secara berkala, lebih-lebih lagi semasa zaman PM Dr Norkhair Ibrahim berada di Fakulti. Ramai penceramah jemputan, baik dari dalam UTM mahupun luar diundang.

Agak lama juga staf fakulti kekosongan bahan santapan rohani. Sebagai langkah positif, saya telah 'initiate' program pertama yang berlangsung semalam (22 Oktober 2010), Ceramah oleh PM Dr Hussin Salamon di Bilik Seminar Blok C02.

Sebelum melaksanakan program ini, saya telah mengutuskan e-mail kepada rakan-rakan fakulti bagi mendapatkan 'feedback' dan sokongan mereka. Alhamdulillah, sokongan amat menggalakkan. Contoh e-mail yang saya utuskan kepada kawan-kawan ialah seperti di bawah;

*******************************************************************************
Assalamu’alaikum wrth wkth.,

Tuan-tuan yang saya hormati semoga sentiasa dalam ketinggian iman dan amal sehinggalah kita pergi menemuiNya pada suatu hari nanti.


Saya telah berbincang dengan beberapa individu dan merasakan fakulti kita makin ketandusan pengisian ilmu agama. Kalau dulu ada JAPNI atau Biro Kerohanian dalam Badan Keluarga (BKFKSG) yang melaksanakan program membudayakan al-Quran dan sebagainya...

Kita mungkin saban malam mendapat pengisian di masjid-masjid dan sebagainya. Tetapi orang bawahan kita, i.e. staf sokongan yang semakin ramai, saya rasa amat perlu disediakan program bina sahsiah. Disamping dapat meningkatkan ilmu agama, ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti kerja, insyaAllah.

Saya telah berbincang dengan Yg Bhg Dekan dan beliau telah memberi izin untuk kita mengadakan ceramah. Mungkin buat permulaan, kita adakan sebulan sekali dan ustaz kita jemput dari masjid UTM atau dari Fakulti Tamadun Islam, UTM. Saya nampak PM Dr Ustaz Azhar, pengarah MSI, boleh kita undang atau mana-mana ustaz yang tuan-tuan persetujui bersama.

Jadi, saya mohon pandangan tuan-tuan jika kita boleh buat adhoc committee bagi tujuan ini. Saya yang masih dalam cuti belajar sudah pasti tidak boleh memegang apa-apa jawatan TETAPI saya bersedia membantu untuk menghubungi mana-mana ustaz atau apa jua bantuan yang diperlukan.

Saya amat berharap respon dari tuan-tuan agar usaha murni ini dapat direalisasikan. Semoga usaha kita yang sedikit ini dinilai Allah sebagai satu KPI amal soleh, insyaAllah.

Sekian. Terima kasih.

WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL
********************************************************************************

No comments:

Post a Comment