Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Sunday, October 3, 2010
Kawan Ibu Ayah Adalah Kawan Kita Juga...
Anak-anak semasa mereka kecil, lambat kita ajak pasti dia nak ikut. Bila mereka dah besar agak sukar untuk kita membawa bersama untuk melawat rumah saudara mara mahupun menziarahi rakan taulan.
Ini adalah satu trend yang tidak sihat. Kita mahu anak-anak kita mengenali siapa saudara mara mereka, lebih-lebih lagi apabila kita sudah tiada! Jika mereka tidak kenal sepupu sepapat mereka semasa ibubapa masih hidup, boleh dikatakan terputuslah hubungan persaudaraan. Untuk mengharapkan mereka sendiri pergi mencari siapa saudara mara mereka, ini jarang berlaku.
Seelok-eloknya apabila kita pergi menziarahi saudara atau kawan, maka kita bawa sekali anak-anak supaya mereka kenal siapa saudara dan kawan ibubapa mereka.
Anak-anak semasa mereka besarlah, mereka akan ingat raut wajah saudara atau kawan ibubapa mereka. Begitu juga saudara mara kita, mereka akan lebih mengenali anak kita yang sudah besar panjang berbanding semasa kanak-kanak dulu...
Dalam hadis riwayat Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim ada menyebut berbuat baik kepada kedua ibubapa merangkumi berbuat baik kepada kawan ibubapa mereka.
Sastera Arab juga ada menyebut, "Muliakan kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya."
Bagaimana kita hendak berbuat baik kepada kawan bapa kita kalau kita tidak kenal mereka?
Sempena bulan Syawal, yang menjadi bulan ziarah menziarahi, eloklah kita sama-sama pujuk anak-anak kita untuk bersama apabila kita melawat saudara mara mahupun kawan-kawan. Semoga ukhuwwah kita terjalin mesra...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment