Wednesday, April 29, 2009

SMIH Mencipta Sejarah....


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah mengukir sejarah dengan menjadi Johan debat Bahasa Melayu dan Naib Johan debat Bahasa Inggeris. Rekod ini dicipta dalam pertandingan "The 8th IIUM Interschool Debating Championship 2009".

Senarai nama sekolah yang memenangi acara debat sejak tahun 2002 boleh didapati dengan melayari www.iiu.edu.my/spice/idc09.

Sekolah yang memenangi kedua-dua acara debat BM dan BI ialah MCKK pada tahun 2004. Itupun hanya setakat Naib Juara bagi kedua-dua acara.

Ini mungkin sebagai ganjaran daripada Allah (SWT) yang mahu melihat sekolah swasta aliran agama dimartabatkan di mata masyarakat. SMIH bukan saja cemerlang dalam bidang akademik tetapi cemerlang juga dalam aktiviti ko-kurikulum.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang SMIH, anda bolehlah melayari www.hidayah.edu.my.

Tahniah SMIH!!!

Tuesday, April 28, 2009

Tahniah SMIH!


Sungguh bangga sekali apabila mendapat berita Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) berjaya memasuki peringkat akhir dalam debat, "The 8th IIUM Interschool Debating Championship 2009". SMIH menghantar 2 "teams"; satu Bahasa Melayu (BM) dan satu Bahasa Inggeris (BI). Yang amat membanggakan ialah kedua-dua pasukan iaitu pasukan BM dan pasukan BI berjaya ke peringkat akhir. Tahniah SMIH!!!

Pasukan SMIH telah berjaya mengalahkan pasukan bekas sekolah ayah atau ibu mereka iaitu RMC, MCKK, MRSM Taiping, MRSM Pasir Putih, International Islamic School, Maahad Hamidiah, KISAS, TKC dan lain-lain.

Pasukan debat BI SMIH mengalahkan KISAS untuk mara ke separuh akhir dan berhadapan dengan Sek Men Sains Hulu Selangor. Alhamdulillah, pasukan debat BI SMIH berjaya mengalahkan Sek Men Sains Hulu Selangor dan mara ke peringkat akhir malam ini, bertemu dengan SMK Green Road.

Katanya, debat ini dikendalikan oleh pendebat-pendebat UIA yang telah mewakili UIA ke peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah, inilah peringkat tertinggi yang dicapai oleh SMIH dalam acara debat. Kita doakan semoga SMIH dapat mencipta sejarah pada malam ini dalam acara debat BI, dan esok dalam acara debat BM. Kita mahu SMIH muncul juara bagi kedua-dua acara tersebut, InsyaAllah...

Sunday, April 26, 2009

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad


Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Koperasi Muslimin Malaysia Bhd (KMMB) di Sek. Men. Dato Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor. Saya menumpang kereta salah seorang Ahli Lembaga KMMB iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zin bin Kandar ke sana. Mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Agung Kawasan 2009.

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi jika kita menjadi ahli KMMB. Antaranya adalah Khairat Kematian, samaada bagi anggota sendiri, suami atau isteri, anak, mahupun ibubapa. Ia juga menyediakan Anugerah Pendidikan dari peringkat UPSR sehinggalah ke peringkat PhD bagi pihak anggota mahupun anaknya. Sekiranya kita atau anak kita berjaya menjadi al-Hafiz 30 juzu', Anugerah Pendidikan juga diberikan. Bantuan musibah juga disediakan.

Saya menyarankan supaya saudara saudari dapat menjadi anggota KMMB. Disamping banyak kemudahan yang bakal kita perolehi, kita juga dapat menyumbang secara tetap kepada Persatuan Ulama' Malaysia, Yayasan Muslimin dan sebagainya. Kalau kita tidak bersama membantu mereka, siapa lagi yang akan menolong mereka?

KMMB juga menyediakan kemudahan pinjaman dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain yang saudara perlu tahu. Untuk itu, layarilah www.koperasimuslimin.com.my.

Pada pandangan saya, badan-badan Islam seumpama ini wajib kita bantu disamping mereka juga membantu kita. Kita tidak boleh mengharapkan orang bukan Islam untuk membantu menegakkan Islam. Kita sendiri yang perlu berubah dan berjihad dalam ekonomi Islam. Kita juga sering mendengar, maksud ayat, Allah (SWT) tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan bangsa atau kaum itu sendiri yang merubahnya.

Bilangan keanggotaan bagi negeri Johor sungguhpun di tempat kelima bagi seluruh Malaysia, namun ianya masih kecil. Di Johor, bilangan ahlinya hanya seramai 2,064 dari keseluruhan ahli seramai 33,957 orang. Saya yakin bahawa bilangan ini dapat dipertingkatkan lagi!

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta menjadi ahli KMMB. Marilah kita sama-sama berjuang dalam jihad ekonomi ini. Mudah-mudahan Allah akan mempertingkatkan ekonomi golongan Islam, setara malah lebih baik dari mereka yang belum Islam.

Saturday, April 25, 2009

Sukan Antara Jabatan UTM - 5


Hari ini berlangsung pertandingan bola tampar antara Jabatan di UTM. Perlawanan pertama ialah di antara FKSG vs Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Satu lagi pasukan yang berada di dalam kumpulan yang sama ialah Pejabat Harta Bina (PHB).

FKSG mendahului 20 - 16 dalam set pertama. Namun selepas berhempas pulas, kita kecundang dengan agregat FKM (2) dan FKSG (0). Apabila FKM menentang PHB, mereka kecundang dan memberi kemenangan kepada PHB dengan agregat 2 - 1. Dan akhirnya, apabila kita melawan PHB, FKSG berjaya menumbangkan mereka 2 - 0.

Pusingan kedua berlalu sebelah petang tadi, apabila kita terpaksa berjumpa dengan pasukan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Dan semua orang tahu yang HEP adalah antara pasukan yang terkuat kerana mereka mempunyai ramai pemain Universiti. Kesudahannya, FKSG kalah 2 - 0.

Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan berlangsung esok, iaitu pada hari Ahad.

Maka tamatlah permainan sukan antara jabatan buat saya pada tahun ini. Dalam acara sukan Badminton, kita berjaya ke suku akhir; acara sukan Futsal, kita terpaksa "walk over" kerana tidak cukup pemain; dan sukan Bola Tampar, kita berjaya ke pusingan kedua.

Walau apapun, riadah adalah penting buat kita semua, terutama bagi mereka yang berusia seperti saya, melewati 40 tahun.

Majulah Sukan untuk Kesihatan!

Thursday, April 23, 2009

Mengukur dengan Neraca Berbeza


Manusia diciptakan secara fitrahnya inginkan kedamaian, kebaikan, kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan. Ia selaras dengan hadis di bawah;

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0699.
Abu Hurairah (RA) menceritakan, bahawa Nabi (SAW) pernah bersabda: "Tidak ada seorang anakpun yang dilahirkan, melainkan ia dilahirkan dalam keadaan suci bersih; maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, dan atau Majusi. Sama halnya sebagai seekor haiwan ternak, maka ia akan melahirkan ternak pula dengan sempurna, tiada kamu dapati kekurangannya."

Peranan ibubapa begitu penting dalam mendidik dan mengasuh anak supaya menjadi insan berguna. Dia akan menjadi insan berguna kepada dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan seterusnya kepada negaranya jika didikan dan asuhan itu berjaya dan sempurna.

Mendidik anak memerlukan kesabaran. Karenah anak juga kadang-kadang tak sama walaupun acuannya, iaitu ibu dan bapa yang sama. Ada yang boleh ditegur secara "direct", ada yang hanya boleh dikiaskan, ada yang kena dimarahi, ada yang kena dihukumi, dan sebagainya.

Teknik yang digunakan untuk abang tidak semestinya sesuai untuk adik. Begitu juga jalan penyelesaian yang diberikan kepada kakak tidak seharusnya secucuk juga untuk abang atau adik. Kalau macam saya yang mempunyai 9 orang anak, cara untuk menangani setiap seorang juga harus berbeza. Itulah seni dan sains dalam mendidik anak-anak.

Modul untuk mendidik anak seharusnya dipelajari. Ia bukan boleh diadaptasi atau menjadi mahir secara automatik apabila kita mula bergelar bapa atau ibu. Kalau generasi datuk nenek dan mungkin setengah dari kita, generasi ibu bapa mendidik dan mengajar anak mereka hasil dari pembelajaran dari orang tua mereka. Kita seharusnya berbeda... Kenapa?

Kita harus mempunyai kelainan kerana kita mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari orang tua. Kita baca buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, karangan Abdullah Nasih Ulwan. Orang tua kita tidak sempat untuk membaca semua itu. Neraca yang digunakan untuk mengukur kejayaan itu juga seharusnya berbeza dengan orang tua kita.

Kalau dulu, kejayaan anak-anak diukur dengan mereka memperolehi kerjaya cemerlang seperti menjadi doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Tetapi bagi kita yang lebih berilmu seharusnya neraca agak sedikit berbeza. Kita mahu anak menjadi seorang doktor tetapi seorang doktor yang beriman, kita mahu anak menjadi seorang peguam tetapi seorang peguam yang bertaqwa, dan kita mahu anak menjadi seorang jurutera tetapi seorang jurutera yang amanah.

Seharusnya, itulah neraca kita.... Dan kayu pengukur samaada kita berjaya atau gagal mendidik anak-anak ialah adanya anak yang soleh atau solehah yang mendoakan kita apabila kita sudah tiada kelak!

Tuesday, April 21, 2009

Sukan Antara Jabatan UTM - 4


Perlawanan badminton antara FKSG vs Pejabat Pendaftar baru sahaja berakhir. Keputusannya; regu pertama kita tewas 2-0, perseorangan pertama kita tewas 2-1, regu kedua kita menang 2-0, perseorangan kedua kita juga menang 2-0. Akhirnya, regu penentu iaitu saya dan Saiful melawan regu ketiga Pejabat Pendaftar. Kita tewas 2-0. Jadi Pejabat Pendaftar menang dengan agregat 3-2.

Sedihpun ada kerana kekalahan berlaku di tangan saya. Tetapi semangat berpasukan bagi "team" badminton FKSG pada tahun ini adalah terbaik. "We have given our best to fight the opponent". "Coaching" yang dibuat oleh Aman (Ketua Pasukan) dan Maszelan sungguh memberangsangkan dan membuat kita ingin melakukan sesuatu "for the team". Dengan kata lain, "team spirit is very high".

Tamatlah episod badminton untuk tahun ini. Walau bagaimanapun, ada satu lagi 'game' yang saya ceburi iaitu bola tampar. Perlawanan ini akan berlangsung pada 25 - 26 April nanti. Cuma masalah yang saya hadapi ialah pada 25 April, saya bercadang untuk membawa 'Ammar ke Pulau Sentosa, Singapura. Duit RM160 sudah dibayar kepada pihak "organizer".

Sungguhpun Singapura bersempadan dengan Johor, baru sekali saya menjejakinya. Itupun bertolak dengan bas dari Pejabat TH Johor ke airport Changi semasa mengerjakan ibadah umrah pada bulan April tahun lepas. Tiada ke mana-mana... Begitu juga semasa balik umrah, berjalan terus dari Changi ke Pejabat TH Johor Bahru.

Kesimpulannya, walaupun kita berusaha sedaya upaya untuk mencapai kemenangan tetapi sekiranya kegagalan yang menimpa, kita seharusnya redha dengan ketentuan. Jangan kita hendak mempersalahkan nasib dan sebagainya. Mengkaji dan muhasabah tentang kekalahan adalah perlu bagi menyediakan strategi yang lebih baik pada masa yang akan datang.... Sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya!

Sunday, April 19, 2009

Sukan Antara Jabatan UTM - 3


Semalam berlangsung Pertandingan Futsal Veteran di Kompleks Sukan. Sayapun pergi dengan membawa 3 orang penyokong (anak-anak saya; 'Ammar, Rasyid & Syakir). Tiba di sana pukul 10 pagi.

Nampak pemain-pemain fakulti lain sudah bersiap sedia. Namun, FKSG baru ada 3 pemain iaitu Abang Lan, Usmuni dan saya.

Kemudian datang Bakri, dan 2 orang penyokong FKSG iaitu Fadli dan Shaiful. Kalau bukan futsal veteran, saya dah ajak mereka masuk sekali... Tunggu punya tunggu, masih tiada yang sampai. Jadi, kita mengambil keputusan untuk 'walk-over' aje. Walaupun pemain hanya perlu 5 orang dan kami hanya ada 4 orang, tapi rasanya tak padan dengan kudrat kami.

Sayapun dengan sedih hati mengangkat kaki keluar dari Kompleks Sukan. Mungkin ada hikmahnya, iaitu hendak memelihara lutut dan kaki saya buat pertandingan badminton peringkat Suku Akhir pada Selasa ini (21 April). FKSG sudah layak ke Suku Akhir setelah menewaskan PSZ (3-2) dan FAB (3-2).

Anak-anak nampak 'eager' hendak pergi panjat pokok jambu payung. Orang Besut panggil jambu kayu dan orang Johor panggil jambu bol. Pokok jambu ini terletak dalam kawasan UTM tetapi tiada siapa yang peduli, bertaburan buah yang gugur! Saya rasa anak-anak bukan hendak makan buah jambu sangat tapi yang penting 'memanjat' dengan izin. Itu yang penting.

Jadi, saya bawa mereka ke tempat pokok jambu tersebut. Rasyid dengan senang dapat panjat, 'Ammar agak susah kerana badannya agak berat tapi berjaya juga naik ke atas. Kemudian kami pulang ke rumah dengan membawa 20 biji jambu payung....

Saturday, April 18, 2009

Semoga Berbahagia Di Sana


Salfarina hantar 'message', "Salam. Saudara Herman, X-SGT telah kembali ke rahmatullah: 11.30 pagi di Hospital Melaka. Al-Fatihah". Begitu juga Norisah dan yang lain-lain juga menghantar pesanan sms kepada saya.

Innalillahi wainna ilaihiraji'un! Kita datang dari Allah dan kepadaNya jua kita pulang.

Arwah Herman Hassan merupakan bekas pelajar saya dalam jurusan Pentadbiran & Pembangunan Tanah. Kalau tidak silap saya, beliau berasal dari Sabah. Semasa beliau membuat Ijazah Sarjana, saya telah melantik beliau sebagai Pembantu Felo. Sekurang-kurangnya, sewa bilik asrama tak perlu dibayar!

Berita kemalangan beliau, dah lama saya ketahui tetapi masa tidak mengizinkan untuk menziarahi beliau di Melaka.

Walau bagaimanapun, doa saya supaya beliau bersama para solihin di sana. Untuk kita yang masih hidup, banyakkan beramal dan tinggalkanlah segala perkara yang mungkar!

Ajal tidak mengenal usia... Jika kita susah di dunia, kita masih boleh memperbaiki dan mudah-mudahan kita mencapai kesenangan. Sebaliknya, jika kita susah di sana, meranalah diri buat selamanya, di alam yang kekal abadi...

Friday, April 17, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 11


Siri ini sepatutnya menjadi siri 10 dan siri 10 menjadi siri 11.

Selesai mengerjakan solat Subuh buat pertama kali di Masjidil Haram, kami terus ber'iktikaf sambil membaca Al-Quran dan Ma'tsurat. Sebelum ni, Mutawif sudah memaklumkan bahawa dia akan mengetuai untuk menyelesaikan ibadah umrah dalam pukul 9 pagi.

Sebelum pukul 8 pagi, kami balik ke hotel untuk sarapan dan bersiap-siap bagi menyelesaikan umrah wajib. Umrah yang pertama adalah wajib dan begitu juga Haji.

"Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah" (Al-Baqarah; 196).

Selagi tidak selesai, banyak pantang larang yang perlu dijaga!

Pukul 9 pagi, semua berkumpul di "lobby". Kemudian Mutawif membawa kami masuk ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf. Segala bacaan doa bagi setiap pusingan dibaca oleh Mutawif dengan lantang sekali. Bukan hanya jamaah Malaysia, yang menurut membaca doa yang dilaungkan, tetapi jemaah dari Turki, Indonesia, dan negara-negara lain juga mengikutinya. Sebenarnya, kita boleh membawa buku doa yang telah dibekalkan oleh TH bagi menyenangkan bacaan doa. Doa-doa tidak perlu dihafaz.

Selesai Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan, kami mendirikan solat sunat Tawaf 2 rakaat.

Seterusnya, kita pergi mendapatkan segelas air zam zam bagi melegakan tekak. Air zam zam dalam Masjidil Haram ada di mana-mana.

Kemudian, Mutawif membawa kita ke tempat Sa'ie iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah. Bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira sekali dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali. Kita perlu mencukupkan 7 kali!

Apabila selesai, kita akan bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Saya gunting rambut saya sendiri dan seterusnya membantu menggunting rambut isteri.

Dengan ini selesailah pekerjaan ibadat umrah dan bolehlah kita menanggalkan ihram...

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik....

Perlu Berjiwa Besar


Petang kelmarin, seorang sahabat menelefon saya, "Kat mana ni?".

"Saya kat Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), ambik anak", jawab saya.

"Ni nak mintak tolong sikit, ada kawan saya, namanya sekian sekian, nak minta 'stay' kat asrama sediaada, boleh tolong tak?", tanya sahabat saya.

Sahabat saya tahu, walaupun saya tidak lagi menjadi pengetua kolej kediaman di UTM, namun 'networking' masih ada.

"Ok, insyaAllah", jawab saya.

Setelah meletak telefon, saya tergambar kawan sahabat saya tadi. Terus saya menghubungi sahabat saya semula, "Orang yang awak hendak saya tolong ialah macam ni, macam ni, macam ni, betul?".

"Ya", jawabnya.

Saya mengenali si 'dia' ni semasa saya masih menjadi pengetua lagi. Dia adalah penghuni kolej saya. Di fakultipun saya pernah berseliseh jalan dengan dia kerana dia sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Dia tak pernah tegur dan tak pernah ingin melihat muka saya kalau berjumpa. Terdetik di hati saya, betapa sombongnya engkau! Kalau tak hormat aku sebagai pengetua atau pensyarah, hormatlah aku sebagai orang tua....

Dan orang inilah sahabat saya ingin saya tolong untuk kekalkan di kolej kediamannya.

"Oklah, esok kita pergi ke kolej berjumpa dengan Penolong Pengurus Asrama (PPA) untuk menyelesaikan masalahnya", balas saya kepada sahabat.

Pukul 8.30 pagi semalam, saya dan sahabat saya pergi ke kolej berkenaan dan uruskan segala yang perlu untuk mengekalkan kawannya tinggal di situ. Semuanya 'settle'...

Hampir jam 6 petang semalam, pintu bilik saya diketuk. "Siapa yang datang petang-petang begini kerana kebanyakannya dah balik rumah?, cetus hati saya. "Masuk!", balas saya.

Dia membuka pintu dan menuju ke arah saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menolong mendapatkan bilik di asrama.

Alhamdulillah, saya sudah melakukan sesuatu yang tidak ingin saya lakukan pada mulanya. Kalau saya tidak menolongnya, saya rasa sampai bila-bila kami tidak akan bertegur sapa dan masing-masing buat tak tahu hinggalah ke hari kiamat. Tetapi dengan bantuan yang tidak menelan belanja apa-apa kepada saya, setidak-tidaknya, saya telah membuat dia menegur saya!

Sekali lagi saya "quote", "Forgiveness doesn't change the past, but it does enlarge the future" - Paul Boese

Wednesday, April 15, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 10


Banyak kita dengar mengenai cerita-cerita pelik berlaku semasa di Tanah Suci. Ada 2 peristiwa, yang saya ingat berlaku kepada kawan semaktab dengan saya. Dan satu peristiwa yang agak pelik atau ajaib berlaku kepada diri saya. InsyaAllah akan saya ceritakan kemudian.

Peristiwa pertama yang berlaku kepada kawan semaktab dengan saya ialah ada seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 50an. Dia agak hilang pedoman... Bila masuk hotel, mana-mana bilik yang dia masuk, dia akan tidur. Tak kisah bilik orang ke atau bilik dia.

Satu hari, dia mengadu kepada pegawai TH yang beg sangkut di bahunya hilang. Dalam beg itu, ada duit dan sebagainya. Semasa pengaduan dibuat di "lobby" hotel, saya ada bersama. Pegawai TH berkata kepadanya, "Encik, banyakkan beristigfar". Begnya memang sudah ada di tangan pegawai TH tersebut kerana ada orang yang menjumpainya dan menyerahkan kepada pegawai tersebut.

Peristiwa kedua ialah sepasang suami isteri hampir bercerai kerana 'jealous'. Isteri tidak tahan melihat suami asyik suka membantu orang lain, lebih-lebih lagi orang perempuan. Isteri sendiri dibiarkannya. Mungkin si suami merasakan isterinya masih muda dan dapat melaksanakan segala aktiviti tanpa masalah. Alhamdulillah, setelah dinasihati atau diberi kaunseling oleh pihak TH, pasangan tersebut kembali aman.

Suatu hari, semasa sarapan pagi dengan tak semena-mena air mata saya bercucuran keluar. Isteri saya yang duduk di kerusi sebelah terkejut! Kenapa dan apa hal? Sakit ke? Dengan sebak, saya mengatakan saya teringat kepada anak saya yang nombor 2, 'Atikah!

Pelik juga, Sakinah yang baru berusia 2 bulan saya tidak teringat tapi teringat kepada anak yang berumur 11 tahun! Peristiwa ini berlaku setelah kami baru berada beberapa hari di Mekah.

Masa saya balik dari pejabat, 'Atikahlah yang akan berlari menyambut saya dan mengambil beg dari tangan saya dari luar rumah lagi dan mengiringi masuk ke dalam rumah. Begitu juga apabila saya hendak ke pejabat, dialah yang akan mencium tangan dan pipi saya. Anak-anak yang lain buat juga tetapi tidak sekonsisten 'Atikah! Ada juga yang buat tak tahu aje...

Walau bagaimanapun seperti yang telah saya tulis mengenai 'Anak Sulung dan Anak Bongsu', tiada apa yang kami bezakan di antara anak-anak kami. Semuanya kami sayang, cuma masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik....

Sukan Antara Jabatan UTM - 2


Baru sampai rumah... Balik dari berjuang dalam perlawanan badminton. Dalam kumpulan kami, ada tiga pasukan iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Fakulti Alam Bina (FAB), dan kami, Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi (FKSG).

Sepatutnya hari ini, saya ada 3 perlawanan. Petang tadi pukul 5.30 petang, perlawanan bolatampar, 8 malam pula perlawanan badminton dan 8.30 malam ini juga perlawanan futsal veteran. Tetapi bolatampar dan futsal ditangguhkan untuk dibuat karnival sehari pada hujung minggu katanya. Sayapun kurang pasti bila... Ini disebabkan cuaca hujan pada setiap petang dan karnival nanti akan dibuat secara 'indoor'.

Dalam perlawanan badminton dengan PSZ tadi, 'Game 1' adalah acara bergu, FKSG tewas 'straight set' 2-0. 'Game 2' acara perseorangan, FKSG menang 'straight set' 2-0. 'Game 3' acara bergu, PSZ tewas 'straight set' 2-0. 'Game 4' acara perseorangan, PSZ menang 'straight' set 2-0. Jadi sekarang 'draw', PSZ 2 dan FKSG 2!

'Game 5' iaitu acara bergu penentu, samaada FKSG atau PSZ yang menang. Pemainnya ialah siapa lagi kalau bukan saya dan saudara Sidi. Set pertama kami menang, set kedua PSZ menang walaupun kami dah 'leading' jauh. Tahu sajalah betapa 'pressure'nya kami sebagai 'game' penentu! Ditambah pula PSZ membawa ramai penyokong termasuk penyokong wanita mereka.

Dalam 'rubber set' PSZ 'leading' tetapi kami kejar! Semangat askar terus saya bakar, mana boleh kalah walaupun kami penat! 'We have to fight until we die!!!' Mana tak penatnya, dalam latihan sebelum ni, Sidi tak pernah turun. Malam ni, baru kami digandingkan!

Semangat Sidi sangat saya kagumi, biar dia letih tapi masih berupaya menerima tekanan, baik dari dalam mahupun luar gelanggang. Penyokong PSZ menghambur kata-kata, tak ada yang baik kami dengar, semuanya menyakitkan telinga.....

Akhirnya, kami menang! Tiada perkataan yang dapat dinyatakan apabila kita berjaya memenangkan pasukan. Kepuasaan, Keseronokan, ah... betapa leganya!

Malam esok, kami akan berjumpa dengan FAB. Tetapi menang atau kalah, kami akan melangkah ke pusingan kedua! Syabas dan Tahniah buat FKSG!!!

Tuesday, April 14, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 9


Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, ada ketika yang bas terpaksa berhenti kerana ada pemeriksaan... Di sesetengah tempat, setiap orang diberi bungkusan, yang berisi air zam zam/mineral dalam botol, 3,4 biji kurma dan roti. Pendekata, dalam musim haji, ramai dermawan yang bersedekah!

Bas kami sampai ke Mekah, sewaktu azan Subuh. Subhanallah!!! Kita teruja melihat luar Masjidil Haram yang bercahaya. Lebih bercahaya dari stadium yang menerangi ketika berpesta! Perasaan untuk sujud di depan Kaabah begitu terasa. Lebih-lebih lagi kepada yang pertama kali menjejaki kaki ke Tanah Suci ini.

Mutawif bertanya kepada kami, adakah mahu terus menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram atau "check-in" di hotel dulu? Ada yang hendak terus ke Masjid dan majoriti hendak bersihkan diri dulu di hotel. Jadi bas kami terus menuju ke hotel.

Di hotel, kami sekali lagi dibahagikan mengikut kumpulan. Biasanya, kita diletakkan dalam kumpulan yang sama seperti di Madinah. Salah seorang dari kumpulan kami dulu, tidak bersama kami kali ini, iaitu Pakcik Ahmad, pakcik yang berumur lebih 70 tahun. Dengan kata lain, di Madinah kami berlima sebilik tetapi di Mekah kami berempat sahaja. Seperti saya maklumkan dulu, hotel di Mekah adalah tidak seluas dan seselesa di Madinah.

Selesai menguruskan hal bilik, saya bersama isteri terus menuju ke Masjidil Haram yang terletak 150m saja dari hotel untuk menunaikan solat Subuh. Alangkah terharunya, apabila kita melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram, kaki melangkah menuruni tangga dan tersergam Kaabah di hadapan! Makin lama makin dekat dan tanpa disedari bercucuran airmata mengalir di pipi.

Ya Allah, aku di depan Baitullah atau Bait al-'Atiq....

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik...

Saturday, April 11, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 8



Setelah 9 hari di Madinah, kami akan berangkat ke Mekah pada malam ini, sekitar jam 10 malam. Pada petangnya, selepas solat Asar kami membuat Ziarah Wida'. Maksudnya, kami samaada secara sendiri atau bersama Mutawif akan ke maqam Rasulullah (SAW) buat kali terakhir. Doa untuk datang lagi sentiasa ada! Mudah-mudahan, kita adalah yang termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat Rasulullah (SAW) di padang Mahsyar nanti, insyaAllah!

Beg saya dan beg isteri dah dipek sejak beberapa hari yang lalu. Pun begitu, setiap hari, ada saja yang bertambah.... Mujurlah saya dan isteri bukan jenis yang suka 'shopping'! Seingat saya, apa yang kami beli ialah buah kurma, kismis, pistachio, jubah dan seluar, kain tudung Turki, sejadah kecil, sejadah biasa dan tasbih.

Sekembali dari solat Isya di Masjid Nabawi, kami makan malam. Beg-beg yang siap dikunci sudah tersedia untuk diangkat dan diletakkan di bumbung bas. Kita tak perlu mengangkat beg turun ke bawah dari bilik ke lobi. Begitu juga semasa kita sampai dulu, tak perlu bawa naik beg dari bas ke bilik. Semuanya diuruskan oleh pekerja hotel! Apa yang kita bawa sendiri ialah beg kecil yang kita sangkut di bahu dan beg tangan.

Sebelum bertolak, kita sudah bersiap sedia dengan pakaian ihram. Kita akan berhenti berniat ihram umrah di miqat Bir Ali, iaitu 10km dari Masjid Nabawi.

Rombongan TH yang baru sampai dari Malaysia kelihatan begitu ceria menggantikan tempat kita di hotel. Begitulah setiap hari, ada yang berlepas ke Mekah, ada pula yang baru sampai dari Malaysia. Ingat dulu saya nyatakan kalau kita naik KT terawal, bila kita sampai di Madinah, Madinah masih lengang. Dan bila kita bergerak ke Mekah setelah 9 hari di Madinah, Mekah juga masih lengang!

Apabila kita memulakan perjalanan, Mutawif akan mengepalai membaca doa safar dan doa naik kenderaan. Dia juga menyuruh kita bertalbiah sepanjang perjalanan ke Mekah.... Hati begitu sayu untuk meninggalkan kota Madinah. Kerana di situlah bersemadinya jasad Rasul junjungan terakhir. Aku menyintaimu, ya Rasulullah....

Sesampai di Bir Ali, kita turun untuk menunaikan solat sunat di masjid Bir Ali dan berniat ihram umrah. Setelah berniat ihram, kita seharusnya menjaga segala pantang larang dalam ihram....

Seterusnya, kita menyambung perjalanan ke Mekah. Mutawif akan menerajui kita untuk bertalbiah... Mula-mula begitu bersemangat, Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik, Innalhamda Wanni'mata Lakawalmulk Laa Syarikalah! Bergema dalam bas, begitu sayu... Bergerak untuk menuju ke Masjidil Haram buat pertama kali. Namun, makin lama makin sunyi setelah masing-masing mula didakap mimpi....

Friday, April 10, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 7


Selepas 'breakfast', kami menaiki bas di depan hotel dan bertolak lebih kurang jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan, Mutawif akan menceritakan tempat-tempat bersejarah yang kita lalui dan kita ziarahi.

Program Ziarah Luar agak menarik. Destinasi pertama ialah Masjid Quba'. Masjid pertama dibina oleh Rasulullah (SAW), sebaik saja tiba di Madinah pada hari Isnin, 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 20 September 622M. Ia terletak 3km di selatan Madinah. Setelah selesai membinanya, Rasulullah mengimami solat jamaah di kalangan Muhajirin dan Ansar berkiblatkan Baitul Maqdis.

Menurut riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah, hadis Rasulullah (SAW), "Sesiapa yang keluar daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid Quba' dan bersembahyang di dalamnya, baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah". Jadi, kamipun menunaikan solat di dalam masjid yang tertua ini!

Destinasi kedua ialah Bukit atau Jabal Uhud. Bukit Uhud adalah bukit terpanjang di Madinah, 6km panjang dari timur ke barat. Ia terletak 5km di utara Madinah. Peristiwa terpenting berlaku di sini ialah Peperangan Uhud. Tentera muslimin seramai 700 orang menentang tentera musyrikin pimpinan Abu Sufyan seramai 3000 orang.

Peringkat pertama peperangan, kemenangan di pihak Islam kerana hasil strategi Rasulullah menempatkan 50 orang pemanah di atas bukit yang diketuai oleh Abdullah ibn Jubair al-Ansary. Peringkat kedua, tentera berkuda musyrikin pimpinan Khalid Ibn Walid berjaya menggempur saki baki pasukan pemanah tentera Islam yang tinggal di atas bukit. Peperangan ini menyebabkan 70 orang tentera Islam syahid, 64 golongan Ansar dan 6 orang golongan Muhajirin. Pasukan musuh hanya mengalami 22 kematian. Antara sahabat yang gugur syahid ialah Saidina Hamzah ibn Abdul Mutalib, Abdullah ibn Jahsy dan Mus'ab ibn 'Umair. Maqam mereka adalah bersebelahan dengan Bukit Uhud yang kita lawati.

Seterusnya, kami ke Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat). Ia terletak berdekatan dengan Universiti Islam Madinah. Rasulullah (SAW) bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengahari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara'. Apabila tiba waktu Zohor, Rasulullah dan sahabat mengerjakan solat Zohor berkiblatkan Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah, "...Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram..." (Al-Baqarah;144).

Dengan turunnya ayat tersebut, Rasulullah segera mengubah arah kiblat baginda dengan berpusing ke belakang (180 darjah) lalu mengadap ke Baitullah dan terus menyempurnakan solat. Dengan kata lain, Rasulullah mengerjakan solat Zohor ini dengan menghadap ke arah 2 kiblat, iaitu Baitul Maqdis di Palestin dan kemudiannya Baitullah di Mekah.

Seterusnya, kami dibawa melihat kawasan bekas khandaq (parit) yang digali tentera muslimin sebagai persediaan menghadapi tentera Ahzab. Idea untuk menggali parit ini adalah datang dari Salman Al-Farisi. Peperangan Khandaq berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Walau bagaimanapun kini sudah tiada lagi sebarang kesan parit yang digali lebih 1400 tahun dahulu....

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik.....

Thursday, April 9, 2009

Sukan Antara Jabatan UTM - 1


Saban tahun saya mewakili fakulti apabila ada perlawanan Sukan Antara Jabatan UTM. Seingat saya, seawal masa nama Fakulti Ukur dan Harta Tanah lagi. Sekarang dah bertukar nama Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG).

Saban tahun juga, kami tak pernah menang! Oops, ada juga FKSG menang tapi bukan acara yang saya ceburi. Tahun sebelum ni, saya main badminton, volleyball dan bolasepak veteran. Bila sebut veteran maknanya 'above 40'.

Tadi dapat sms dari Penolong Pendaftar FKSG, boleh turun tak petang ni 5.30 petang, volleyball lawan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM). Yang seronoknya, latihan baru buat pertama kali kelmarin (Selasa). Hari ni dah nak lawan!

Itu jugalah yang berlaku saban tahun. Kadang-kadang, tak sempat nak berlatih (macam acara bolasepak veteran tahun sudah). Tahu-tahu, dah nak lawan. Berlari ke sana sini kejar bola, mahunya tak semput....

Saya rasa masalah kita ialah tiada latihan yang konsisten. Tiada pasukan dalam dunia, yang bertanding tanpa latihan. Lepas tu, bila bertanding mengharapkan kemenangan... 'waiting for some miracles to happen'. Mana mungkin?

Orang pergi berperangpun mesti membuat latihan. Tak ada yang 'up' jadinya... Kalau kita pergi berperang tanpa persiapan, kita pergi untuk dibunuh bukan untuk membunuh! Saya masih ingat kata-kata Timbalan Komandan PALAPES UTM, kalau askar tak pandai membunuh dan tak ada hasrat untuk membunuh, dia bukan askar. Polis lain kerana dia menjaga keamanan dan ketenteraman.

Walau apapun semangat kesukanan itu yang penting. Kalau sampai merusuh dan membakar kereta dan sebagainya, itu dah tak bagus. Boleh pulak si penjaga gol dari bawah naik ke atas pergi membelasah penyerang pasukan lawan. Apa yang 10 orang lagi dalam pasukannya buat?

Pemain dan penyokong mesti mempunyai disiplin yang tinggi. Jaga budi pekerti kita sebagai seorang Islam. Membakar kereta, merusuh apabila kalah perlawanan adalah perbuatan atau budaya orang barat dan bukannya budaya kita!

Majulah Sukan Untuk Negara!

Wednesday, April 8, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 6


Selama 9 hari di Madinah, kehidupan agak rutin. Jam 3 atau 3.30 pagi, saya dan isteri dah mula bergerak ke Masjid Nabawi. Bulan Januari 2003 agak sejuk di waktu begini.

Sesampai di Masjid, kita membuka selipar dan memasukkan ke dalam kantung untuk diletak ke tempat rak kasut dalam masjid. Di pintu masuk masjid juga ada rak-rak kasut. Rak kasut dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram mempunyai nombor. Pastikan anda mengingati nombor tersebut! Kalau tidak, balik berkaki ayamlah ke hotel....

Setelah berjanji dengan isteri di pintu mana untuk bertemu kembali, maka masing-masing menuju ke tempat solat. Tempat solat lelaki dan perempuan di Masjid Nabawi memang berasingan. Tunggu sehingga anda ke Masjidil Haram, lihatlah macamana kadang-kadang di tepi, depan dan belakang kita ada jamaah muslimat!

Kita mulai dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Kemudian, disusuli dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan solat witir. Lepas itu, kita membuat tilawah Al-Quran sehingga Subuh. Jangan lupa untuk niat 'iktikaf dalam masjid sepanjang waktu kita berada di dalamnya. Azan, baik di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dilaungkan 2 kali. Kali pertama, untuk mengejutkan kita dan kali kedua adalah masuk waktu Subuh.

Setelah selesai solat sunat Subuh 2 rakaat, kita sempat untuk membaca Al-Quran atau berzikir sebelum iqamah dilafazkan. Selesai solat Subuh, kami susuli dengan bacaan Ma'thurat, iaitu himpunan doa-doa yang disusun oleh As-Syahid Sheikh Hassan Al-Banna. Kemudian barulah, saya dan isteri bertemu di pintu Masjid untuk balik ke hotel.

Dalam perjalanan balik ke hotel, di tepi-tepi jalan sudah penuh dengan peniaga-peniaga wanita berkulit hitam menjual sejadah, jubah, tasbih, Al-Quran, seluar, baju, kain tudung, mainan, buah-buahan dan sebagainya. Mereka hanya menghampar sehelai kain dan meletakkan barangan jualan mereka di atasnya. Harga barangan ini agak murah berbanding dengan barangan yang dijual di kedai-kedai.

Apabila ada pihak berkuatkuasa datang, mereka akan lari bertempiaran. Kadang-kadang, barangan jualanpun tak sempat diambil. Perkara yang sama juga berlaku di sekitar Masjidil Haram.

Mereka yang meminta sedekah juga ramai. Kecacatannya pelbagai, ada yang tak ada tangan, ada yang tak ada kaki, ada yang tak ada tangan dan kaki, ada yang buta, dan sebagainya. Berilah sedekah mengikut keikhlasan.... Jangan sekali-kali, menghulur sedekah secara terang-terangan. Sekiranya, mereka melihat kita memberi secara terbuka maka berlari-lari yang lain menuju ke arah kita.

Apabila sampai di hotel, 'breakfast' sudah tersedia. Ada 'conflake', ada nasi goreng, dan kadang-kadang nasi lemakpun ada. Roti dengan jem dan majerin sentiasa ada! Kopi dan teh serta susu ada disediakan 24 jam di hotel. Selesai makan, ada yang tidur sekejap sebelum keluar untuk bersiar-siar atau "shopping". Ada juga yang mengambil kesempatan untuk membasuh sehelai dua kain. Kain-kain di sini tidak berbau. Ini kerana cuaca di sini yang panas tanpa 'humidity'. Menjemur kain boleh dilakukan, samaada dalam bilik atau di bumbung hotel. Di bumbung hotel, bersilangan tali yang masing-masing pasang bagi tujuan untuk menjemur pakaian. Jangan lupa untuk menanda pakaian. Kadang-kadang, ada yang sama!

Pukul 12 tengahari, kita dah mula bergerak ke Masjid Nabawi. Seperti biasa, solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat hajat, tilawatul Quran sehinggalah selesai solat Zohor. Kalau ada peluang, cuba dapatkan kawasan Raudhah. Tetapi untuk mendapatkan Raudhah di waktu ini tidak sesenang di waktu sebelum Subuh.

Selesai solat Zohor, kita bersama isteri pulang ke hotel untuk makan tengahari. Selesai makan, rehat lagi sementara menunggu waktu Asar. Jam 3.30 petang, dah pergi ke Masjid balik.

Setelah selesai solat Asar, baca ma'thurat dan pergi ziarah maqam Rasulullah jika ada kesempatan. Kemudian, balik ke hotel semula. Peniaga-peniaga di tepi jalan sentiasa ada setiap waktu solat, ketika kita pergi dan balik dari Masjid.

Pukul 6 petang, kita dah kembali ke Masjid. Kebiasaannya, selepas solat Maghrib kita ber'iktikaf sehingga Isya'. Sementara menunggu Isya', baca Quran dan sebagainya.

Jam 9 malam, balik ke hotel dan makan malam. Kalau tak keluar "shopping", jam 10 malam dah tidur kerana esok pukul 3 pagi dah nak ke Masjid lagi....

Apabila kita ada Ziarah Luar, kebiasaannya kita akan bertolak dalam pukul 9.30 pagi dan kembali ke hotel sebelum waktu Zohor. Pihak TH akan mempastikan kita mendapat sekurang-kurangnya 40 waktu solat berjamaah di Masjid Nabawi kecualilah kita saja yang tidak mahu....

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik.....

Tuesday, April 7, 2009

Kereta Terkunci Dari Dalam


Peristiwa ini berlaku pada minggu lepas. Seperti biasa, pukul 2.45 petang, saya sampai di Sekolah Rendah Islam Hidayah untuk mengambil 3 orang anak saya. Di tempat letak kereta, saya nampak seorang ibu menepuk-nepuk cermin kereta Savvy sambil memanggil nama anaknya.

Ibu ini menyuruh anaknya menguncikan kereta dari dalam, sementara beliau pergi menjemput anak yang Darjah 2 melintas jalan. Setelah sampai ke kereta, ibu mendapati anaknya yang berumur 5 tahun itu sudah tertidur begitu nyenyak sekali dalam 'air-con'! Puas ibunya memanggil nama, mengetuk cermin, menggoyangkan kereta, tetapi semua usaha tidak berhasil. Semakin digoyang kereta, semakin sedap tidur, bagai dibuai.

Saya menyuruh ibu tadi memanggil sesiapa yang ada di rumah untuk mendapatkan kunci 'spare'. Malangnya, telefonnya juga tertinggal dalam kereta! Saya memberi pinjam 'handphone' saya untuk memanggil suaminya. "Suami saya kat Singapore, nanti mahal pula caj telefon", ujarnya. "Call aje", balas saya. Setelah didail, tiada jawapan dan dipanggilnya pula ibu di rumah. Ibunya memberitahu, "Tiada kunci pendua!".

Setelah mengiringi 3 orang anak saya sampai ke kereta, saya meneruskan usaha membantu ibu tersebut. Hendak ditinggalkan saja, rasa tak sampai hati pula. Setelah usaha mengejutkan budak yang lena tidur tidak berjaya, saya memasukkan pembaris besi di tepi cermin dan menjolok apa yang ada dengan harapan punat kunci pintu akan ternaik sendiri. Malangnya, kereta Savvy tidak semudah itu. 'Foreman' dari bengkel berdekatan juga dipanggil untuk membantu. Tapi semua usaha gagal.

Akhir sekali, setelah hampir sejam pelbagai usaha dibuat, dan semakin ramai termasuk guru-guru yang datang cuba membantu, maka ditakdirkan Allah, budak tadi tersedar tetapi masih mamai. Disuruhnya buka pintu tapi budak tadi terkebil-kebil melihat sekeliling. Mungkin juga terkejut, mungkin juga hairan melihat begitu ramai orang mengerumuni keretanya.

Setelah sedar sepenuhnya, maka budak tadipun menarik naik punat kunci kereta tersebut. Sayapun berlalu ke sekolah kerana ingin membasuh jari yang luka akibat terkena pembaris besi.

Apabila kembali ke kereta, ibu tadi menekankan hon. Saya bertanya kepada anak-anak, kenapa dia menekankan hon? "Entah", jawab anak-anak saya. "Dia mengucapkan terima kasih", jelas saya.

Saya memberitahu anak-anak bahawa saya boleh terus meninggalkan ibu tadi tanpa cuba membantu. Tetapi sekiranya kita membantu orang, insyaAllah, dilain kali, orang lain pula akan membantu kita, atau anak isteri kita bila ditimpa musibah.

Apabila sampai di rumah, saya menceritakan hal tersebut kepada isteri supaya menjadi iktibar dan tauladan buatnya. "Saya dah kena dulu, masa pergi ambik duit dekat Tabung Haji", ujarnya. "Pada awalnya, Acik yang jaga tapi bila balik semula ke van, semua dah tertidur", ujarnya lagi.

Monday, April 6, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 5


Penduduk Madinah bagi saya adalah lebih bersopan santun. Ini selaras dengan gelaran golongan ansar semasa hijrah Rasulullah pada tahun 622 Masihi dahulu. Madinah atau Yathrib (nama sebelum hijrah) ialah kota suci kedua bagi umat Islam selepas Mekah.

Jarak Madinah ke Mekah ialah 425km manakala Madinah ke Jeddah ialah 400km.

Semasa di Madinah, aktiviti utama ialah solat 5 waktu di Masjid Nabawi. Disamping itu, kita beriktikaf, baca Quran dan solat sunat dalam Masjid tersebut. Program ziarah dalam masjid akan dibuat oleh Mutawif. Kita akan dibawa ke kawasan utama masjid seperti; Raudhah, melawat Maqam Nabi (SAW), Abu Bakar (RA) dan 'Umar (RA), Kubah Hijau dan Perkuburan Baqi'.

Raudhah bererti 'Taman', berkeluasan 22m panjang X 15m lebar. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim berkenaan Raudhah, "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga".

Untuk mengerjakan solat di kawasan ini, terletak kepada rezeki masing-masing. Kadang-kadang, tak semena-mena kita ditarik oleh orang yang tak dikenali untuk mengambil tempatnya. Dan dia berlalu keluar dari kawasan Raudhah...

Kawasan untuk kita solatpun teramat sangat terhad. Hanya ada sekadar tempat sujud sahaja! Gunakan peluang yang terbaik di Raudhah untuk berdoa bagi kebaikan keluarga dan umat Islam dunia dan akhirat. Jangan duduk lama kerana ramai yang menunggu untuk mendapat peluang yang sama!

Tempat kedua yang tak kurang ramai orangnya dalam Masjid Nabawi ialah kawasan maqam Rasulullah bersama Abu Bakar dan 'Umar. Kita hanya boleh melihat maqam tersebut melalui lubang-lubang yang ada. Sampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah dan sahabat baginda dan terus berjalan pergi. Kawasan ini dijaga oleh pihak polis kerana ramai yang cuba untuk menyentuh binaan yang menutupi kawasan maqam.

Dan yang tak kurang menarik juga ialah perkuburan Baqi' iaitu di luar (kiri) Masjid Nabawi. Kalau musim haji, selepas setiap waktu solat, ada saja solat jenazah. Kadang-kadang sampai 4 hingga 5 mayat disembahyangkan sekali. Selesai solat jenazah, masing-masing berebut untuk mengusung keluar jenazah ke perkuburan Baqi' yang terletak 50m dari masjid.

Cuba bayangkan kawasan yang terhad yang digunakan sejak lebih 1400 tahun dahulu bagi mengebumikan jenazah, mesti dah penuh, kalau tidak ada satu cara lain yang dipraktikkan!

Kawasan ini adalah maqam bagi semua isteri baginda kecuali Saidatina Maimunah (RA) dan Saidatina Khadijah (RA). Putera dan puteri baginda iaitu Ruqayyah, Zainab, Fatimah, Ibrahim, dan cucu baginda Hassan juga dikebumikan di sini.

Saya berpeluang mengusung jenazah dari Masjid Nabawi ke Baqi'. Di tanah perkuburan Baqi', tiada satu penandapun yang menyatakan nama si polan bin si polan. Yang ada, cuma batu-batu, mungkin sebesar satu gengaman di atas setiap kubur.

Saya mengamati bagaimana cara kubur digali. Kubur-kubur digali awal sebelum ada kematian. Setiap kubur digali sedalam 5 atau 6 kaki. Di bawah sana, digali dalam bentuk L. Maksud saya, liang lahad yang kedalam itu digali agak jauh ke dalam. Mata kasar kita dari atas tidak nampak lubang yang digali yang agak luas di bawah sana.

Apabila mayat diturunkan, mayat tersebut akan dimasukkan ke dalam liang lahad tadi dan ditutup dengan susunan batu-bata. Dan apabila kita menimbus tanah ke dalam kubur, tanah-tanah tadi akan memenuhi ruang kosong yang digali.

Setelah sekian lama, kubur tadi digali semula bagi mengebumikan jenazah baru. Setelah digali, apabila sampai ke bawah, bata-bata tadi dinaikkan ke atas. Liang lahad tadi dibersihkan dengan menolak tulang belulang yang ada ke tepi bagi meyediakan ruang bagi jenazah baru.

Setelah mayat dimasukkan, batu bata dihulur ke bawah kembali bagi menutupi ruang liang lahad tersebut. Dan seterusnya, ditimbus tanah.

Apabila selesai Ziarah Dalam, para jamaah akan dibawa untuk Ziarah Luar pada hari yang lain. Ziarah Luar termasuklah ziarah ke Masjid Quba' (masjid pertama yang dibina Rasulullah (SAW)), Jabal Uhud (tempat Peperangan Uhud yang mana Saidina Hamzah syahid di sini), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan lain-lain.

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikalla Syari Kala Kalabbaik....

Sunday, April 5, 2009

Main Bowling


Pagi tadi, saya sempat pergi ke Danga City Mall untuk bermain bowling bersama pelajar-pelajar Kolej 16 & 17. Saudara Firdaus, mantan Pengerusi JKM Kolej 16 & 17 menjemput saya beberapa hari yang lepas. Untuk tidak menghampakan, saya pergi bersama anak-anak saya, Abdul Rahman, Muhammad 'Ammar, Abdul Rasyid dan Abdullah Syakir.

Mereka telah membuat program untuk bermain 2 'games'. Pertandingan adalah di antara kumpulan dan juga individu. Saya bersama Abdul Rahman dan Muhammad 'Ammar membentuk satu kumpulan.

Danga City Mall adalah projek pembangunan semula setelah bangunan ini yang asalnya dikenali sebagai Best World mengalami kegagalan. Pada pengamatan saya, ia nampak semakin mendapat perhatian pengunjung. Di Johor Bahru, banyak juga projek pembangunan yang gagal; antaranya ialah JB Waterfront City dan Kemayan City.

Di sini, saya berjumpa dengan mantan staf saya yang menjadi 'coach' bowling 'team' Johor bagi peringkat bawah 17 tahun. Saudara Hanif merupakan Penyelia Asrama saya dulu di Kolej 16 & 17. Beliau bersama isteri Yanti, baru mendapat cahaya mata ketiga iaitu seorang putera, setelah mendapat 2 orang puteri.

Pertandingan bowling Kolej 16 & 17, mengambil ruang 12 'lanes' yang merangkumi 47 peserta. Semua nampak hebat-hebat belaka. Mudah-mudahan dalam acara SUKAM (Sukan Antara Kolej Mahasiswa) tahun ini, Kolej 16 & 17 akan menjadi juara dalam acara bowling.

Dalam pertandingan tadi, saya masih mampu mendapat tempat ke-5 dalam acara individu! 'Game' pertama, jatuhan pin sebanyak 138 dan 'game' kedua, jatuhan pin 141.

Tetapi apa yang penting seperti ucapan En Baharin Mesir (Felo Kolej 16 & 17) tadi ialah suasana ukhuwwah dan kemesraan dikalangan pelajar itu sendiri dan juga dengan pegawai universiti. Saya juga diperkenalkan dengan Pengerusi JKM Kolej 16 & 17 yang baru, iaitu Saudara Saiful Amri. Semoga persahabatan kita berkekalan...

Saya doakan semoga kamu semua berjaya dalam 'Final Exam' yang akan bermula pada 19 April ini. Good Luck!

Saturday, April 4, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 4


Semasa di dalam kapal terbang, kita seharusnya menjaga waktu solat. Solatlah sambil duduk. Jangan sekali-kali meninggalkan solat, walaupun kita dalam keadaan sakit.

Di Madinah Airport, kita akan disambut oleh Mutawif (Sheikh yang akan membimbing kita sepanjang musim Haji). Passport Haji kita akan dicopkan. Passport Haji adalah berwarna hijau berbanding passport antarabangsa kita yang berwarna merah. Di sini, kita akan berbaris bersama jemaah haji yang lain untuk melalui pemeriksaan. Passport Haji kita akan dikutip oleh Mutawif untuk disimpan sehinggalah ke hari keberangkatan pulang nanti.

Setelah selesai urusan di airport, kita akan dibawa dengan bas ke hotel di bandar Madinah. Perjalanan hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Tetapi jika kita sampai di Jeddah, perjalanan ke Madinah adalah lebih kurang 5 jam. Semasa saya melakukan umrah pada tahun lepas, perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa yang lebih lama kerana bas rosak di tengah jalan...

Hotel di Madinah adalah agak cantik dan menarik berbanding dengan hotel di Mekah. Jangan kita mengharapkan suasana hotel sepertimana kita pergi seminar atau konvensyen. Kebiasaannya, jarak hotel ke pagar Masjid Nabawi lebih kurang 500 meter sahaja. Gambar-gambar Masjid Nabawi yang saya masukkan dalam blog adalah yang saya ambil dari tingkap bilik hotel.

Di dalam hotel, kita ditempatkan bersama 4 atau 5 orang lelaki lain yang baru kita kenali. Kalau kita mengambil pakej yang mahal, barulah kita dapat tinggal bersama isteri sahaja dalam bilik tersebut.

InsyaAllah semua akan berjalan dengan baik kerana tujuan kita semua adalah untuk mengerjakan ibadah. Kita juga selalu dipesankan supaya bersabar. Yang sebilik bersama saya dulu, ialah seorang Pakcik 70 tahun dari Selangor, Abang yang hampir pencen dari Penang, Abang yang hampir pencen dari DBKL dan Abang yang buat bisnes sendiri dari Kedah. Saya yang termuda, berumur 38 tahun.

Isteri kami juga diletakkan sebilik, selang beberapa bilik dari bilik kami di aras yang sama. Cuma, saya ingin memperingatkan supaya kita berhati-hati apabila ingin berjumpa dengan isteri. Jangan terus buka pintu kerana ada isteri-isteri orang lain yang mungkin tidak sempat untuk menutup aurat. Seeloknya, telefon dulu. Telefon dari bilik ke bilik adalah percuma!

Apabila hendak ke Masjid Nabawi, kita telefon dahulu isteri supaya bersedia dan kita turun bersama-sama ke lobi. Kalau kita hendak pergi bersama teman sebilikpun boleh tetapi jangan biarkan isteri keseorangan. Kita kena pastikan isteri kitapun keluar bersama isteri teman sebilik kita.

Kalau boleh, untuk 2,3 hari pertama di Madinah kita pergi bersama isteri dahulu kerana kitapun baru kenal Pakcik atau Abang-abang ini di Madinah. Isteri kitapun sama, baru hendak berkenalan dengan rakan sebiliknya. Tetapi semangat ingin tolong menolong dan toleransi sesama ahli sebilik, bahkan sesama maktab mesti tinggi. Ringankan tulang untuk membantu orang lain kerana pahalanya begitu besar.

Cuma, kadang-kadang si suami terlampau membantu orang lain dan membiarkan isteri keseorangan akan mencetuskan pergaduhan. Isteri akan merasa 'jealous'! Kalau boleh tahap ingin membantu kita juga harus berpada dan jangan sehingga disalah sangka oleh isteri. Ingat, kita ke sini untuk beribadah....

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik....

Friday, April 3, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 3


Saya memohon cuti dari UTM bermula 6 Januari 2003 hingga 28 Februari 2003. Tarikh penerbangan saya dan isteri ialah pada 11 Januari dan kembali ke Malaysia pada 23 Februari. Kami adalah penumpang kapal terbang KT25 dan maktab bernombor 88. Nombor KT dan nombor maktab adalah amat penting untuk diingati semasa di Mekah, Mina, Arafah dan Madinah. Kalau tidak ingat nama hotel tetapi ingat nombor maktab sudah memadai.

Saya mengambil cuti 5 hari lebih awal bagi tujuan membawa anak-anak (7 orang) balik ke Kelantan. Termasuklah Sakinah yang baru berusia sebulan lebih....

Saya diberi pilihan samaada untuk menaiki kapal terbang ke Arab Saudi dari Senai atau dari Kuala Lumpur. Kami memilih untuk bertolak dari Kuala Lumpur. Saya juga menempah tiket Air Asia dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada 11 Januari dan kembali ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada 23 Februari. Belanja tiket penerbangan domestik adalah dari poket sendiri dan bukan tanggungan TH!

Saya telah ke pejabat TH Johor Bahru untuk memohon pergi lewat dan balik awal ke Tanah Suci. Saya memaklumkan isteri saya baru bersalin. Pegawai TH menyuruh saya untuk membuat surat ke TH KL. Saya membuat surat tersebut tetapi tiada respon dari mereka. Saya merasakan ramai orang yang mempunyai alasan yang sama. Jadi, nak tak nak, tawakkal ajelah.

Kalau tiada apa-apa masalah saya nasihatkan tuan/puan ke Tanah Suci dengan menaiki kapal terbang awal. Kalau dapat KT1 hingga KT15, sangat-sangat cantik. Kapal terbang awal akan ke Madinah dulu. Di sini, jamaah haji dibenarkan tinggal antara 8-9 hari, bagi mendapat 40 waktu solat berjamaah di Masjid Nabawi.

Apabila kita naik kapal terbang awal, kita sampai di Madinah dalam keadaan lengang. Orang masih kurang, jadi untuk mendapat tempat di Raudhah adalah agak tinggi kebarangkaliannya! Raudhah adalah satu kawasan kecil dalam Masjid Nabawi, yang mana merupakan tempat ibadah utama buat Rasulullah dan para sahabat.

Apabila kita ke Mekah pula dari Madinah, Masjidil Harampun masih lengang! Senang untuk tawaf dan mudah-mudahan dapat kucup Hajarul Aswad. Hendak buat umrah berkali-kalipun tiada masalah. Cuma yang penting jaga kesihatan! Tujuan kita adalah untuk buat haji. Jangan pulun umrah tapi masa haji dah kurang sihat atau penat.

Kami menggunakan pesawat Saudi Airline. Jadi, dapat 'direct' dari KLIA ke Madinah Airport. Katanya, kalau bukan Saudi Airline, kena pergi Jeddah dan dari Jeddah menaiki bas ke Madinah.

Semasa di Malaysia, kita dikumpulkan di Kompleks TH di Kelana Jaya. Kami hanya bersama anak-anak di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Di Kelana Jaya, kita diberikan passport, lencana TH dan beberapa dokumen persiapan sebelum berlepas. Di sini juga, kita masih boleh menukar duit Malaysia kepada duit Saudi. Nasihat saya, duit tak perlu berada dalam tangan dalam jumlah yang banyak kerana kita masih boleh mengeluarkannya dari TH di Mekah atau Madinah.

Dari Kelana Jaya, kita terus di 'escort' oleh Polis Trafik ke Terminal Berlepas dengan menaiki bas. 10 buah bas (lebih kurang 400 jamaah) bagi satu-satu pesawat di 'escort' depan dan belakang seperti raja yang ingin menjadi tetamu Allah. Kita terus dibawa masuk mengikut jalan dalam ke terminal.

Berkenaan pakaian, saya nasihatkan supaya hanya membawa seluar dan kemeja sepasang (maksimum 2 pasang), tuala, kain pelikat 2 helai, baju pagoda 3 helai, seluar dalam 5 helai dan yang terpenting kain ihram 2 pasang. Kebiasaannya, kita akan pakai jubah di sana. Jubah di Madinah dan Mekah sangat murah! Paling murah berharga 10 Saudi Rial dan 60-70 Saudi Rial yang paling mahal. Begpun sama, kalau kita perlu tambah beg, jangan risau di sana beg sangat murah.

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik.....

Thursday, April 2, 2009

Mengerjakan Ibadah Haji - 2


Ibadah haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal. Bukan maksud saya, kalau tak kuat tak payah pergi atau kalau dah tua tak payah pergi. Kita lihat ramai yang tua-tua sempurna juga ibadah haji mereka. Cuma, kalau kita berumur 40an atau 50an, logik akalnya sudah pasti kita lebih bertenaga untuk beribadah berbanding yang berumur 60an atau 70an.

Hendak Sa'ie dari Bukit Safa dan Bukit Marwah, Hendak Tawaf mengelilingi Kaabah, Wukuf di Arafah, Melontar di 3 Jamrah, dan lain-lain lagi memerlukan tenaga dan stamina.

Badan yang sihat dikala usia tidak begitu tua memampukan kita untuk bersolat 5 waktu sehari semalam di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Tak mahukah kita pahala berjamaah 1,000 kali ganda atau 100,000 kali ganda berbanding solat di masjid lain? Amat rugi sesiapa yang ke Madinah atau Mekah tetapi bersolat di bilik-bilik hotel sahaja.

Saya pernah mengajak seorang kawan untuk mengerjakan ibadah haji. Dari segi kemampuan memang ada, baik dari segi kewangan mahupun kekuatan fizikal. Rumahnya bernilai setengah juta, gaji pula puluhan ribu ringgit sebulan, tanggunganpun tak ramai iaitu 4 orang saja. Jawabnya nantilah! Dan sekarang dah kena penyakit buah pinggang dan kena dialisis 3 kali seminggu.

Kadang-kadang kita 'postpone' nak pergi haji kerana ingin buat dekat-dekat nak mati, bila dah tua. Itu kalau sempat tua. Kalau tak sempat tua dah jalan dulu, macamana? Betullah boleh upah haji dan sebagainya. Tetapi upah orang dengan buat sendiri mana yang lebih baik? Hendakkah orang buat lebih-lebih untuk orang lain? Saya rasa tidak... mungkin setakat cukup syarat saja. Yang sunat-sunat dan yang afdal hanya tuan punya badan sendiri yang akan berusaha.

Bagi saya, eloklah daftar awal-awal untuk ke Tanah Suci. Apabila kita mendaftar, RM100 akan ditolak dari akaun TH kita dan sebuah buku Panduan Haji akan diberikan. Buku ini sangat berguna untuk bacaan kita. Walaupun kita mendaftar sekarang, mungkin nama kita akan naik 10 tahun akan datang.

Kepada sesiapa yang hendak pergi awal, mereka boleh berbuat demikian tetapi pergi dengan menggunakan pakej, samaada pakej TH atau pakej swasta. Yang pastinya harga pakej adalah jauh lebih mahal berbanding dengan muassasah. Harga pakej bermula dari belasan ribu ringgit hinggalah mungkin RM50,000 seorang bergantung kepada jarak hotel ke masjid dan bilangan orang sebilik.

Semasa saya dan isteri pergi dulu, kami menggunakan pakej TH yang paling murah. Kalau tak silap saya RM11,500 seorang pada tahun 2003.

Labbaikallah Hummalabbaik Labbaikala Syari Kala Kalabbaik.....

Wednesday, April 1, 2009

Hanya Ciki Yang Tinggal


Lebih kurang sebulan yang lepas, anak-anak saya mendapatkan seekor ibu kucing bersama 5 ekor anak-anaknya yang comel dari jiran selang sebuah rumah. Masing-masing gembira apabila mendapat 'green light' dari umminya untuk memelihara kucing. Tetapi syarat dari umminya, kucing-kucing tempatnya hanya di luar rumah!

Pun begitu, semua seronok dan masing-masing menamakan kucing masing-masing. Coco, kepunyaan Rasyid, Ciki kepunyaan 'Ammar, Sity kepunyaan Qanitah (anak jiran sebelah rumah), Kiki kepunyaan Asmaa, Kity kepunyaan Sakinah dan Cumi nama ibu kucing.

Minggu pertama dan kedua, semua berjalan normal. Anak-anak kucing berada di dalam sangkar di luar rumah. Cumi asyik keluar masuk menyusukan anak-anaknya. Anak-anak saya nampak lebih 'caring' dan sayang kepada binatang. Ini yang saya cuba terapkan, supaya ada perasaan kasih mengasihi dan sayang menyayangi, bukan hanya sesama manusia tetapi juga kepada binatang.

Tetapi kucing-kucing itu jangan cuba hendak masuk rumah seperti yang telah diperingatkan oleh ummi mereka, semua bersiap sedia untuk menghalau dengan kaki, lebih-lebih lagi Syakir.

Apabila masuk minggu ketiga, anak-anak kucing mula keluar sangkar dan makan bersama-sama ibunya. Kini, laman depan rumah sudah dicemari dengan najis anak-anak kucing. Tahu saja apa yang diluahkan oleh umminya kerana penat hari-hari membasuh lantai simen. Pun begitu, setiap 4 jam sekali, ummi akan memberi kucing-kucing itu makan. Penat tapi masih cuba menuruti kehendak anak-anak....

Suatu hari, mungkin kerana tak tahan penat membasuh lantai, ummi mereka menyuruh anak-anak menghantar kucing-kucing itu ke pasar. Arahan itu sebenarnya ditujukan kepada saya. Tapi saya buat tak reti aje....

Pada minggu lepas, Kity, kucing Sakinah hilang tanpa berita. Dua tiga hari kemudian, dengar khabar Cina jiran depan rumah terlanggar. Hari Ahad, saya tiba di rumah dari Universiti, Sakinah memaklumkan Coco telah dilanggar oleh ayah Qanitah. Tuannya, Rasyid menangis kerana sayangnya pada Coco. Cocolah satu-satunya yang lain dari yang lain, dia seekor saja yang berwarna coklat dan dialah juga satu-satunya yang jantan. Apabila buka saja pintu, Cocolah yang pertama berlari masuk rumah.

Hari Selasa, sebelum saya ke pejabat, tengok Sity pula mati di tempat rak kasut. Sebelum tengahari isteri menelefon saya, Cumi dan Kiki pula dijumpai mati di depan anjung rumah.

Malam tadi dengar-dengar khabar dari kawan, ada jiran yang letak racun tikus untuk memerangkap tikus. Seekor tikus besar dijumpai mati.

Maka jadilah Ciki yatim piatu, tanpa bapa, ibu dan empat adik beradiknya yang lain! Semoga Ciki mampu meneruskan kehidupan....

Can I Borrow RM25?



I've read this story so many times already. Today I receive it again, forwarded by Ibnu Abbas to Pibg-Hidayah. I think it's quite nice to be reminded again.... Well, Have A Happy Reading! Thank You.

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 7-year old son waiting for him at the door.

SON: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.

SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make RM50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Daddy, may I please borrow RM25?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM25 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have RM50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.