Sunday, April 26, 2009

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad


Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Koperasi Muslimin Malaysia Bhd (KMMB) di Sek. Men. Dato Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor. Saya menumpang kereta salah seorang Ahli Lembaga KMMB iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zin bin Kandar ke sana. Mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Agung Kawasan 2009.

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi jika kita menjadi ahli KMMB. Antaranya adalah Khairat Kematian, samaada bagi anggota sendiri, suami atau isteri, anak, mahupun ibubapa. Ia juga menyediakan Anugerah Pendidikan dari peringkat UPSR sehinggalah ke peringkat PhD bagi pihak anggota mahupun anaknya. Sekiranya kita atau anak kita berjaya menjadi al-Hafiz 30 juzu', Anugerah Pendidikan juga diberikan. Bantuan musibah juga disediakan.

Saya menyarankan supaya saudara saudari dapat menjadi anggota KMMB. Disamping banyak kemudahan yang bakal kita perolehi, kita juga dapat menyumbang secara tetap kepada Persatuan Ulama' Malaysia, Yayasan Muslimin dan sebagainya. Kalau kita tidak bersama membantu mereka, siapa lagi yang akan menolong mereka?

KMMB juga menyediakan kemudahan pinjaman dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain yang saudara perlu tahu. Untuk itu, layarilah www.koperasimuslimin.com.my.

Pada pandangan saya, badan-badan Islam seumpama ini wajib kita bantu disamping mereka juga membantu kita. Kita tidak boleh mengharapkan orang bukan Islam untuk membantu menegakkan Islam. Kita sendiri yang perlu berubah dan berjihad dalam ekonomi Islam. Kita juga sering mendengar, maksud ayat, Allah (SWT) tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan bangsa atau kaum itu sendiri yang merubahnya.

Bilangan keanggotaan bagi negeri Johor sungguhpun di tempat kelima bagi seluruh Malaysia, namun ianya masih kecil. Di Johor, bilangan ahlinya hanya seramai 2,064 dari keseluruhan ahli seramai 33,957 orang. Saya yakin bahawa bilangan ini dapat dipertingkatkan lagi!

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta menjadi ahli KMMB. Marilah kita sama-sama berjuang dalam jihad ekonomi ini. Mudah-mudahan Allah akan mempertingkatkan ekonomi golongan Islam, setara malah lebih baik dari mereka yang belum Islam.

4 comments:

  1. assalamualaikum
    saya setuju sangat.... tapi koperasi kena galak buat promosi.... saya pernah tahu dari ibu...baru sekarang berminat nak masuk... sebab sebelum ni.. hanya dengar ajer....
    semoga islam terus berkembang

    ReplyDelete
  2. Saya menjadi ahli koperasi muslimin dah lama..no ahli saya 20197...

    ReplyDelete
  3. Saya pun ahli koperasi juga. Saya harap dimasa akan datang. Koperasi akan lebih memperbagai produk terutama berkaitan perniagaan dan meluaskan hebahan kepada muslimin diluar sana tentang koperasi ini.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, maklumat terkini boleh layari
    http://www.koperasimuslimin.com.my/v7/index.html

    Terima kasih tuan, menyokong kmmb.

    ReplyDelete