Saturday, February 5, 2011

Kak Long Dah Di Jeddah


Baru 'called' Kak Long pukul 8.30 pagi tadi. Kak Long baru aje sampai di Jeddah dengan menaiki pesawat MAS.

Perbezaan masa Malaysia dengan Jeddah ialah 5 jam. Kalau kita pukul 8.30 pagi, waktu Jeddah ialah 3.30 pagi.

Mereka menginap di Madinatul Hujjaj atau dalam bahasa mudahnya perkampungan jemaah haji yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Saya kurang pasti samaada Madinatul Hujjaj ini sudah ada semasa saya menunaikan fardu haji pada tahun 2003.

Seingat saya, selepas bermalam di hotel di Jeddah (diberi satu bilik percuma kepada suami isteri oleh TH untuk satu malam bagi sesiapa yang mengambil pakej TH), kami terus dibawa ke airport untuk flight pulang ke Malaysia. Tak perasan pula ada Madinatul Hujjaj ni...

Di asrama ini, menurut Kak Long satu bilik ada beberapa katil 'double decker', mungkin boleh memuatkan beberapa puluh orang.

Saya juga menyampaikan berita kepada Kak Long bahawa kerajaan akan membawa pulang pelajar-pelajar Mesir dari Jeddah ke Malaysia tanpa bayaran sepertimana yang diuar-uarkan dalam TV oleh YAB Perdana Menteri, jam 8 malam tadi.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah!

No comments:

Post a Comment