Sebelum solat Jumaat tadi, dalam pukul 12.30 tengahari, sempat telefon Kak Long lagi. Semalampun 'called' juga di waktu yang sama. Boleh dikatakan, setiap hari telefon untuk mendapatkan perkembangan terkini secara tepat dari anakanda sendiri.
Menurut Kak Long tadi, dia sedang beratur di Malaysian Hall untuk menaiki bas. Bas akan membawa mereka ke airport untuk diterbangkan ke Jeddah. Katanya, dalam 350 orang akan menaiki 'flight' ini... Kak Long juga mengkhabarkan bahawa 'on the way' ke airport, mereka akan melalui beberapa 'checkpoint'. Pemeriksaan pihak berkuasa Egypt untuk melihat passport...
"Passport Kak Long ada ke?", tanyaku. "Ada, dalam poket!", balasnya. "Abah, bila sampai Jeddah nanti, Kak Long akan cuba guna nombor ini lagi, kalau tidak boleh, baru Kak Long akan beli nombor baru", tambahnya lagi.
Semua pelajar hanya dibenarkan membawa barang-barang seberat 7kg seorang! "Kak Long bawa apa yang dibawa ke Malaysian Hall aje. Tu pun, ada sehelai dua baju, tumpang simpan dalam 'locker' kakak senior di Malaysian Hall", jelas Kak Long.
Hanya pasrah pada Allah... Semoga semuanya selamat!
No comments:
Post a Comment