Program ceramah bulanan FGHT telah berlangsung pagi tadi, dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi. Seperti biasa, ia dibuat pada hari Jumaat terakhir pada setiap bulan dan program ceramah bina sahsiah atau bina insan ini telah berjalan sebanyak 7 kali.
Program hari ini adalah berbeza dari sebelum ini kerana kita telah menjemput seorang kaunselor, yang juga merupakan Pengarah Pusat Kaunseling UTM, Prof Madya Dr Hj Mohamed Sharif Mustaffa. Dr Sharif telah menekankan tajuk 'Menangani Masalah Pelajar Yang Berkesan'.
Enam program Bina Sahsiah sebelum ini, kita menampilkan para ustaz dan ustazah yang menceritakan tentang pelbagai aspek kehidupan dan kekeluargaan.
Dalam ceramah Dr Sharif, beliau telah membahagikan kerjaya kepada 4 jenis, iaitu;
i) people (kemanusiaan) - kerja-kerja yang berkaitan dengan hubungan kemanusiaan seperti doktor, pensyarah, dan sebagainya.
ii) data (maklumat) - kerja-kerja yang berkaitan memanipulasi data seperti akauntan, 'statistician', dan sebagainya.
iii) ideas (pandangan) - kerja-kerja yang banyak mengeluarkan idea seperti ahli politik, pembuat dasar, dan sebagainya.
iv) things (benda) - kerja-kerja yang mengeluarkan benda atau produk seperti jurutera, arkitek, dan sebagainya.
Dalam apa jua kerjaya yang kita pilih yang bersesuaian dengan naluri kita, ianya mesti disusuli dengan niat yang ikhlas. Kita hendaklah mempunyai citarasa atau perasaan ingin menolong seseorang jika pertolongan itu dipinta. Pertolongan juga boleh diberikan tanpa adanya permintaan tetapi yang penting ialah keikhlasan kita menolong.
Sebelum kita membantu seseorang, menurut Dr Sharif, kita seharusnya mempunyai beberapa sifat yang penting iaitu;
+ Respect for Others
+ Belief that People Can Change
+ Compassion
+ Honesty
+ Reliability
+ Self-discipline
+ Discreetness
+ Self-knowledge
+ Objectivity
Dengan adanya sifat-sifat yang seperti ini, ia boleh membantu kita dalam membuat pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan.
Hello.
ReplyDeleteSaya Puan Leonardo Dora seorang pemberi pinjaman swasta yang menyediakan peluang hidup pinjaman untuk individu, firma perniagaan, insurans, dan lain-lain. Sama ada anda berada dalam masalah kewangan atau memerlukan pinjaman untuk melabur atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda tidak jauh seperti kami di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam mata wang mata wang dengan kadar 2% tanpa bayaran pendahuluan. Saya ingin menggunakan medium hebat ini untuk memberitahu anda bahawa kami berada di sini untuk membantu anda dengan apa-apa jenis pinjaman untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. ya kemudian kembali sekarang melalui email (leonardodorafinance@gmail.com) untuk keterangan lebih lanjut, anda sangat istimewa.