Friday, March 11, 2011

Borang 14A (Pindahmilik Tanah, Bahagian Atau Pajakan)


Borang 14A tidak asing lagi kepada broker tanah. Ia adalah borang untuk pindahmilik tanah, bahagian atau pajakan. Borang ini termaktub dalam Kanun Tanah Negara di bawah Seksyen 215, 217, dan 218. Ia mempunyai 4 muka surat.

Apabila semua maklumat pada borang ini lengkap dan diluluskan oleh Pejabat Tanah maka geran tanah baru akan dikeluarkan ke atas penama yang menerima pindahmilik ini. Dengan kata lain, Pejabat Pendaftaran akan mengeluarkan geran bersaiz A4 kepada pemunya tanah yang baru.

Borang-borang di Pejabat Tanah amat banyak. Segala hal berkaitan tanah perlu diisi borang dengan betul. Antara borang-borangnya ialah Borang 11A iaitu Suratan Hakmilik Sementara dan Borang 16A iaitu Gadaian, dan bermacam-macam borang lagi.

Saya tiada masalah dengan bilangan borang yang perlu diisi asalkan ia menjaga dan menjamin hak kepunyaan kepada setiap individu yang mendaftar. Tetapi apa yang saya rasa agak pelik dan tidak masuk akal ialah dari segi prosedur yang mungkin betul pada masa dulu tetapi mungkin tidak relevan lagi pada masa sekarang.

Maksud saya ialah dari segi penggunaan dakwat cair berwarna hitam. Untuk menandatangani borang-borang ini, pemohon perlu menggunakan pen dan bukan ‘ball point’ yang hanya berwarna hitam.

Sampai hari ini, saya masih tidak boleh faham falsafah di sebalik PEN DAKWAT CAIR BERWARNA HITAM itu.

Kenapa perlu dakwat cair? Dakwat ‘ball point’ pun boleh tahan lama dan tidak hilang warna. Sebaliknya pula, dakwat cair akan mudah mengembang (smear) apabila terkena air.

Kenapa pula warna hitam? Warna biru pun tidak menjadi masalah pada saya.

Ini adalah gara-gara menuruti prosidur lama yang menyatakan begitu. Apa salahnya kita bergerak ke luar sedikit dan menerima warna hitam atau biru selagi warna-warna ini kekal.

Permudahkanlah perkara-perkara yang remeh supaya negara kita akan betul-betul menjadi negara maju menjelang 2020. Dan ia bukan hanya tinggal harapan dan impian semata-mata.

1 comment:

  1. Saya setuju tu. Prosedur yang menyusahkan apalagi kalau cop biru itu datang dari pihak Embassy @ Notary Public di luar negara. Bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal, menyusahkan. Bila ditolak, nak buat pertanyaan, pejabat tanah x nak jawab panggilan pulak. Mcm mana nak maju ke 2020 tok wae?????

    ReplyDelete