Saya baru balik dari Pejabat Pos yang beroperasi dalam UTM. Tujuan ke sana ialah untuk memperbaharui lesen memandu Kak Long dan memperbaharui cukai jalan kereta Kancil.
Saya menghulurkan lesen Kak Long berserta duit sebanyak RM152. "Untuk 5 tahun ya encik?", tanya pegawai kaunter. "Ya!", balas saya. Kemudian saya menghulurkan geran kereta Kancil bersama wang RM22 untuk cukai jalan setahun.
"Lesen memandu ni, encik kena pergi 'laminate' kat luar kerana mesin 'laminate' kita rosak atau encik datang bila-bila, kita akan 'laminate'kan!", sambung pegawai kaunter lagi.
"Kalau saya datang 'laminate' besok boleh?", tanya saya.
"Oh, mesin 'laminate' kita dah seminggu rosak, tengah tunggu untuk diganti", balasnya pula.
Begitulah mutu perkhidmatan yang disediakan. Duit RM2 ambil juga. Kenapa tak didiskaun RM1 saja kerana kita tidak mampu untuk memberi perkhidmatan 100%?
Bagi pihak pengguna pula, kalau tidak di'laminate'kan berapa tahun kertas nipis itu boleh bertahan? Boleh ke sampai 5 tahun?
Tertanya juga dalam benak, "Kenapa begitu lama sekali ia mengambil masa untuk mesin 'laminate' itu diganti?". Pejabat Pos bukanlah lagi badan kerajaan yang memang kita tahu prosidur badan kerajaan bertindak. Pejabat Pos adalah badan swasta. Atau penyakit lama masa jadi badan kerajaan masih membelenggu Pejabat Pos sampai sekarang?
Sedih melihat tahap servis pihak swasta beroperasi... Itu saya belum sentuh pasal 'queue' lagi.
Apa salahnya apabila kita melihat ramai orang beratur, bukalah kaunter banyak sikit. Ini tidak, walau pelanggan beratur sepanjang mana sekalipun, paling banyak 2 kaunter dibuka! Kaunter yang dibuat banyak..., rasanya ada 4! Tetapi di kebanyakan masa hanya seorang saja yang bertugas.
Sungguh berbeza sikap pekerja kita berbanding di negara barat. Di negara barat, walaupun stafnya tengah 'break' atau rehat, apabila dilihatnya pelanggan ramai di kaunter, maka dia 'cancel' masa rehatnya. Staf yang sepatutnya rehat, balik semula ke kaunter membantu rakan kaunternya yang lain. Dari 2 kaunter beroperasi maka bertambah jadi empat. Dengan kata lain, pelanggan didahulu atau diutamakan!!!
Kalau kita hendak canggih lagi, apa salahnya kita menggunakan sistem nombor. Tidaklah staf yang dah tua-tua terpaksa beratur lagi. 'Students' ok la, sebab mereka masih muda. Apa la sangat mesin panggil nombor kepada Syarikat Pos Malaysia ni...
Satu mentaliti atau tabiat yang kurang baik, yang saya nampak masih berleluasa baik di pejabat kerajaan mahupun swasta ialah "Engkau hendak perkhidmatan aku, engkau tunggulah... I'm the boss!".
Sungguhpun perkhidmatan di negara kita jauh lebih baik dari negara ketiga yang lain tetapi ia masih boleh dipertingkatkan!
Kak Long menceritakan bagaimana mesin ATM di Egypt hanya boleh beroperasi di cawangan itu saja dan tidak di cawangan lain. Mungkin masih belum di'on-line'kan...
Bersyukurlah kita... Tetapi masih boleh diperbaikkan lagi...
No comments:
Post a Comment