Wednesday, August 18, 2010

Balik Raya Naik Bas UTM

Aku rasa UTM telah lama mengadakan 'trip' ke Kelantan dan Terengganu apabila musim Raya ataupun cuti semester. Tak pasti pula IPTA lain... Mungkin juga ada, demi kebajikan pelajar.

Aku berpandangan idea ini adalah satu langkah yang bijak. Pertama, ia sebagai satu khidmat kebajikan kepada pelajar. Kedua, pelajar-pelajar UTM tidak perlu untuk membeli tiket bas luar seperti Transnasional, Cepat, dan sebagainya. Tiket bas luar sepatutnya dibiarkan untuk memenuhi keperluan atau pasaran orang lain di waktu puncak seperti hari perayaan dan lain-lain. Kalau tidak, pelajar-pelajar UTM saja sudah memenuhi permintaan pasaran bas luar. Orang lain dah tak boleh beli tiket!

Lagipun, UTM rugi kalau tidak menggunakan bas yang tersedia! Kita mempunyai berpuluh-puluh bas yang berkualiti tetapi hanya digunakan di waktu semester berjalan aje... 'Futhermore, they are all very well maintained'!

Pelajar juga dapat mengelak dari 'terkena' membayar tambang bas yang tinggi kepada ulat-ulat yang menjual tiket. Pelajar juga dapat dilindungi dari tertipu dengan kualiti bas tambahan yang dijanjikan.

Banyak lagilah kalau hendak disenaraikan kebaikan-kebaikannya, baik kepada pelajar, ibubapa mereka, mahupun pihak kerajaan.

Kepada pihak kerajaan, sekurang-kurangnya perkhidmatan bas UTM yang digunakan untuk membawa pelajar balik ke destinasi mereka semasa hari perayaan dapat mengatasi masalah kekurangan bas yang mana kerajaan terpaksa mengeluarkan permit kepada bas-bas sekolah yang mana kualitinya belum tentu terjamin dari segi keselamatan dan sebagainya.

Perkhidmatan bas UTM untuk balik raya ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun ini, 'trip' yang awal kalau tidak silap saya bermula pada 1 September dan yang terakhir pada 4 September.

'Trip' balik semula ke UTM Skudai pula bermula pada 17 September dan mungkin sehingga 3 atau 4 hari selepas itu.

Dengar-dengar khabar, saban tahun sambutan yang diterima amat menggalakkan. Menurut En. Ali, pengendali perkhidmatan ini dari Pejabat Harta Bina UTM, satu hari sehingga 12 bas berlepas ke Kota Bharu pada tahun ini.

UTM juga pernah membuat perkhidmatan untuk ke utara Semenanjung bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. Tetapi katanya, sambutan kurang menggalakkan! Pada tahun lepas, 2 bas yang digunakan pun tidak penuh...

Ini mungkin pelajar yang ingin ke utara mempunyai banyak pilihan syarikat bas berbanding ke pantai timur.

Pada tahun ini, aku dan keluarga juga menggunakan perkhidmatan bas UTM untuk balik beraya di kampung. Rasa tidak larat untuk membawa van ke Kota Bharu. Mungkin faktor usia sudah meningkat!

Masa muda-muda dulu untuk merentasi Arizona dan Texas, tidak menjadi masalah. Aku juga pernah membawa kereta berseorangan dari New Orleans ke Kansas City!

Pada mulanya, ingatkan hendak balik ke KB pada 8 September dan kembali ke Skudai 3 atau 4 hari selepas Raya. Lagipun 'Ammar akan menghadapi peperiksaan UPSRnya pada 20 September nanti. Tetapi perkhidmatan bas UTM yang terakhir ke KB ialah pada 4 September dan bas pertama ke Skudai pula pada 17 September.

Tak apalah, pada tahun ini anak-anak akan bersama datuk dan neneknya lama sikit. Dapat bermain dengan sepupu-sepupu mereka sampai puas, lagipun bukan selalu balik kampung, setahun hanya sekali!!!

Cuma yang susahnya, apabila hendak ke sana sini di KB nanti. Tak apa, pandai-pandailah guna 'public transport'... Atau naik beca, anak-anak mesti suka dapat naik beca atau dipanggil 'teksi' di Kelantan.

Satu lagi yang bagus berkaitan perkhidmatan bas UTM ialah dari segi tambangnya. Amat murah berbanding dengan perkhidmatan bas konvensional yang lain. Tambang ke KB hanya RM45, pergi dan balik RM90. Dengar khabar, tambang bas biasa untuk ke KB lebih kurang RM70 satu hala. Aku membayar RM810 untuk 9 tiket!

"Ada tiga jenis doa yang pasti diterima tanpa syak lagi, iaitu: Doa bapa, doa orang yang bermusafir, dan doa dari orang yang teraniaya". (Riwayat Ahmad, Abu Daud & Turmudzi)

2 comments:

  1. Assalamu'alaykum,

    kalau boleh cadangkan pada perkhidmatan bas UTM, untuk buat kerjasama dengan U lain di pantai timur@pantai barat, lagi bagus.

    bas dari UTM ke KB, then dari IPTA kat KB, bawa bas sama ke JB. haha~, lagi jimat. kurang satu kos balik sahaja, at least ada penumpang balik...boleh cadangkan ni..tapi tak tahu nak channel ke mana...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wrth wkth.,

    It's a very good idea but perhaps the semester break is not the same. Mungkin UMK cutinya awal atau lewat sikit... Macam UIA rasanya cuti lewat sikit.

    Ana rasa mungkin melalui MPP IPTA masing2 membuat contact & tanya cuti IPTA masing2 & cuba selaraskan. So, orang Johor di UMK atau UDIM dapat balik Johor dengan bas UTM.

    Brilliant Idea!

    ReplyDelete